Cara Jual Kereta Terpakai di Carsome Mudah dan Cepat

Tips dan Cara Jual Kereta di Carsome Mudah dan Cepat berbanding jual kepada used car guna car loan calculator malaysia. Jom baca pengalaman jual kereta di carsome bagi memudahkan urusan anda kelak.

pengalaman jual kereta di carsome

Adakah anda mahu menjual kereta lama anda? Ada bercadang untuk tukar dengan beli kereta baru? Tahniah diucapkan namun pastikan nasihat kewangan telah dipatuhi sebelum membuat sebarang tempahan. Janganlah sampai nanti seperti pepatah “biar papa asalkan bergaya”. Tetapi yang lecehnya apabila mahu menjual kereta yang sedia ada. Banyak prosedur yang harus dilakukan.

Kebiasaannya, cara ‘trade in’ ini dipilih oleh orang ramai untuk mendapatkan diskaun dan promosi harga apabila membuat tempahan kereta baru. Ataupun jual di kedai kereta terpakai. Ramai yang masih terpedaya dengan tawaran trade in kedai jual kereta terpakai kerana kebiasaannya rata-rata kereta lama akan dibeli dengan harga yang juah lebih murah daripada harga pasaran. Sebenarnya jual sendiri lagi mendatangkan banyak untung berbanding cara jual kereta kepada used kereta tetapi disebabkan prosesnya yang agak leceh dan sukar membuatkan ramai ‘angkat tangan’.

Pastinya agak sukar untuk mendapatkan harga yang dihajati dengan cara ‘trade in’ dan ianya bukan satu proses yang mudah. Harga yang ditawarkan car some kebiasaannya lebih rendah daripada harga pasaran kerana kos untuk memperbaiki kereta harus ditanggung kedai-kedai kereta dan memberi jaminan kepada pembeli baru. Anda dinasihati untuk berpada-pada apabila berunding berkenaan harga yang dikehendaki nanti.

Pengalaman menjual kereta termasuk cara nak jual kereta belum habis bayar atau tak mampu bayar pinjaman kereta ataupun car loan, jual kereta habis bayar dengan mudah dan cepat akan kami kongsikan pada entri ini. Pada pendapat kami sangat mudah, cepat, selamat dan sangat berbaloi jual kereta guna Carsome. Seperti yang kita sedia maklum, selain MyTukar, EzSellCar, Carlist, Carsome merupakan sebuah laman web di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan menjual kereta paling dipercayai, terpantas, percuma dan telus sejak dari 2015 lagi.

Pengalaman Jual Kereta Terpakai di Carsome Malaysia

Lebih daripada 24 ribu buah kereta sudah dijual oleh mereka setakat ini.

Kereta kami juga termasuk dalam statistik berkenaan. Yang paling menarik adalah harga yang ditawarkan jauh lebih tinggi berbanding harga trade-in di kedai ‘used car’ iaitu antara 10 hingga 20 peratus. Jadi usahlah terpedaya dengan propaganda ‘high trade-in value’!

BACA SINI: Senarai Kereta Jimat Minyak 2023 untuk Sedan MPV SUV

Terpulang kepada anda –

  1. Jika anda mempunyai kenderaan lain – mahu jual sebelum menempah kereta baru untuk dijadikan deposit
  2. Jika tiada kenderaan lain – hanya jual apabila dapat kereta untuk ‘upgrade’ kereta baru anda.

Kami memilih pilihan kedua kerana tiada kepastian bila kereta baru kami sampai.

4 langkah mudah termasuk syarat jual kereta di carsome yang boleh anda ikuti seperti di bawah ini

Langkah 1: Akses Portal Laman Web Carsome

Maklumat kereta anda hendaklah dihantar untuk mendapatkan temujanji pemeriksaan secara PERCUMA sahaja!

Maklumat berkenaan kereta yang mahu dijual hanya perlu disi di laman web rasmi mereka. Kemudian, tarikh dan waktu temujanji untuk periksa kenderaan anda akan diminta oleh pihak mereka selepas selesai submit. Urusan ini hanya memerlukan 2 minit daripada masa anda.

Langkah 2: Hantar Kereta Untuk Pemeriksaan

Mengikut tarikh yang telah ditetapkan, bawalah kereta anda ke pusat pemeriksaan kenderaan Carsome yang telah dipilih.

Terdapat banyak pejabat cawangan pemeriksaan kereta Carsome di Malaysia baik di Melaka, Negeri Sembilan Kuala Lumpur Kl, Pulau Pinang Penang, Sabah, Sarawak, Johor, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Mereka dalam proses untuk buka lebih banyak cawangan pusat pemeriksaan di seluruh negara ini. Juruteknik akan mengambil masa yang tidak lama dalam 15-30 minit sahaja untuk melakukan proses pemeriksaan.

Langkah 3: Tawaran Terus atau Carsome Bidding Online

(a)Terus menerima tawaran

Anda boleh terus menjual kereta anda kepada mereka jikalau anda bersetuju untuk menerima harga akhir yang ditawarkan oleh mereka semasa Langkah 1.

Jika anda setuju boleh terus ke langkah 4, tetapi anda boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu 3(b) iaitu membuat bidaan sekiranya anda mahukan harga yang lebih tinggi.

(b) Membuat bidaan secara online di portal Carsome login (pilihan)

Di portal ini, kereta anda boleh diletakkan untuk bidaan secara online oleh para penjual kereta terpakai yang mungkin dapat memberikan harga yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan. Selama 3 jam bidaan ini akan berlangsung.

Lebih daripada 3000 penjual kereta terpakai yang diperakui seluruh Malaysia akan terlibat dalam bidaan ini.

Harga jual kereta di Carsome Malaysia yang terbaik dan tertinggi akan diletakkan untuk membeli kenderaan anda. Anda akan diberikan tempoh masa 24 jam untuk menerima tawaran harga selepas bidaan selesai sekiranya anda gembira dengan harga yang ditawarkan. Selepas itu, terus ke langkah akhir pula.

Langkah 4: Tukar Hak Milik Kereta dan Terima Bayaran Carsome

cara beli dan cara jual kereta di carsome

Langkah terakhir ini bagi kami sangatlah memudahkan pengguna. Ini kerana anda selaku pemilik kereta hanya perlu duduk dan tunggu sahaja, pihak mereka akan menguruskan semua urusan pemindahan hak milik, dokumen berkaitan sehinggalah kepada proses pembayaran.

Jadi, anda tidak perlu beratur panjang di PUSPAKOM mahupun JPJ. Mudah sahaja bukan? Wang akan terus dipindahkan ke dalam akaun anda selepas semua urusan selesai.

Disebabkan kereta lama kami masih berhutang dengan bank dan belum habis bayar lagi, maka bank pembiayaan yang akan melakukan proses akhir itu.

Untuk proses penyelesaian hutang dengan bank dan seterusnya proses menukar nama, anda perlulah hadir bersama dengan pegawai mereka di bank.

Setelah selesai semuanya, kereta anda akan diserahkan kepada pegawai mereka dan baliklah rumah menaiki Grab ataupun minta tolong ahli keluarga atau rakan taulan untuk mengambil anda. Wang lebihan telah saya terima dalam tempoh 2 jam!

Kebanyakan daripada pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka berpuas hati dengan servisnya!

Maklumbalas bagi mereka yang telah menggunakan perkhidmatan mereka boleh anda lihat di bawah ini. Semuanya sangat berpuas hati dan memberi maklum balas positif dengan perkhidmatan yang telah diterima.

Carlist juga telah kami kunjungi untuk membuat perbandingan. Kedua-duanya hampir sama dari segi prosedur dan harga permulaan yang ditawarkan namun apa yang membezakan adalah RM150 akan dicaj oleh Carlist sekiranya anda tidak menjual kereta kepada mereka tetapi tiada peraturan sebegini dan semuanya adalah PERCUMA jika berurusan dengan Car some. Pengalaman jual kereta di carsome, sangat mudah dan selamat

Anda boleh melayari link berikut untuk sebarang maklumat lanjut:

Ada Persoalan Cara Jual Kereta di Carsome Malaysia?

Hubungi mereka melalui 2 platform di bawah ini

Contoh Surat Perjanjian Jual Beli Kereta

Jika anda menjual kereta selain platform car some malaysia, anda boleh rujuk Contoh Surat Perjanjian Jual Beli Kereta seperti yang dikongsikan di bawah ini

contoh surat perjanjian jual beli kereta

Carsome vs Carlist vs Mytukar

Mana satu jadi pilihan anda sekarang?

Soalan Lazim & FAQ

1. Portal website beli kereta terpakai terbaik di malaysia?

Berdasar pengalaman kami sendiri jual beli kereta terpakai, Carsome adalah yang terbaik

P/S: Jangan pula anda jual kereta yang sudah rosak. Diharapkan dengan perkongsian info termasuk pengalaman dan cara jual kereta di carsome malaysia dapat membantu anda menjual kereta dengan cepat dan selamat!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia