≡ BACK

Bagaimana Cara Pengiraan Agihan Pendapatan Asb 2019

Bagaimana Cara Pengiraan Dividen Asb 2019

Nampaknya ramai kalangan pembaca Mypt3 yang perlukan bantuan bagaimana cara pengiraan dividen asb yang mereka perolehi seperti yang diumumkan kepada pelabur seperti anda setiap tahun.

cara pengiraan dividen asb

Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap tahun anda mendengar dua pengumuman iaitu satu dividen asb manakala satu lagi pengumumman adalah bonus asb.

Tetapi persoalannya bagaimana cara pengiraan agihan pendapatan asb milik anda bukan? Itu yang bermain main di fikiran anda sekarang.

Mypt3 mulakan dengan contoh angka untuk anda untuk memudahkan anda faham. Kalau dapat agihan dividen asb seperti ini alhamdulillah.

Cara Pengiraan Dividen ASB

1) Anda jumlahkan baki minimum setiap bulan dari bulan januari hingga bulan Disember dan bahagikan dengan jumlah bulan dalam setahun iaitu 12 bulan bagi mendapatkan purata baki minimum setiap bulan.

cara kira dividen asb

2) Kemudian hasilnya anda darabkan pula dengan kadar yang diumumkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Jikalau kadar dividen asb adalah 8 peratus darabkan dengan 8 peratus

3) Purata baki minimum bulanan bermaksud di sini, contohnya jikalau pada bulan januari salah satu hari mencatat baki terendah akibat aktiviti pengeluaran yang berterusan daripada anda, angka tersebut akan dikirakan sebagai baki terendah untuk bulan Januari. Ulang langkah tersebut sehingga bulan Disember.

Anda juga masih ada peluang untuk meningkatkan pulangan agihan asb dengan cara asb loan maybank ataupun asb loan cimb.

Cara Pengiraan Bonus ASB

Langkah dan cara pengiraan bonus asb sama sahaja dengan cara pengiraan dividen asb. Cuma apabila darab dengan kadar bonus ASB.

Jikalau kadar bonus asb adalah 0.25 peratus, darabkan dengan kadar tersebut hasil purata baki minimum setiap bulan untuk tahun tersebut.

4 Contoh Cara Pengiraan Dividen ASB dan Bonus

Andaikata anda masih lagi tidak faham, kami kongsikan kepada 4 contoh kiraan yang boleh anda semak dan perhatikan seperti di bawah ini :

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Pinjaman ASB Loan : 3 Teknik Dapat Pulangan Lebih RM130,000 Pinjaman ASB loan : 3 Teknik Dapat Pulangan Lebih RM130,000 Ada yang lebih selesa dan tenang dengan memasukkan lebihan pendapatan dengan melakukan si…
Sistem ASB Online : Bagaimana Cara Login MyASNB Sistem ASB Online : Bagaimana Cara Login MyASNB Dahulu punya cara memang legend. Bawa buku pelaburan ke mana-mana cawangan Amanah Saham Bumiputera ya…
Dividen ASB 2018 : Pengumuman Agihan Pada 2019 dan Cara Pengiraan Pengumuman Agihan Dividen ASB 2018 untuk pengeluaran 2019 : Cara Pengiraan Terbaik Kami pasti ramai di sini yang melakukan simpanan di Amanah Saham B…
Dividen Tabung Haji 2018 : Tarikh Pengumuman Keluar Tahun 2019 Pengumuman Dividen Tabung Haji 2018 Tarikh Keluar Hari ini Untuk Tahun 2019 Sekarang ini dianggarkan sejumlah 600,000 yang menyimpan duit simpanan ma…