Cara Kira Pointer STPM Matrikulasi MRSM Universiti

Cara Kira Pointer STPM Matrikulasi MRSM Universiti Untuk Dapat Dekan

cara kira pointer stpm

Setiap kali peperiksaan akhir semesta, pointer menjadi fokus utama bagi setiap pelajar dalam menentukkan tahap kelayakan dan penguasaan dalam sesuatu pelajaran.

Pointer merupakan merit yang ditentukan oleh pihak universiti atau sekolah berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh pelajar.

Kiraan pointer ini berbeza-beza mengikut tahap institusi pelajaran seperti kiraan pointer universiti berbeza dengan kiraan pointer MRSM, Matrikulasi, pointer uitm dan STPM pointer. 

Pointer yang terpapar pada slip keputusan peperiksaan menjadi penanda aras kepada tahap pendidikan seseorang sama ada mereka berjaya menguasai subjek yang dipelajari sepanjang semesta atau tahun tersebut.

Cara Kira Pointer STPM

STPM pula menggunakan sistem Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK). Gred pemarkahan adalah seperti pada Rajah di bawah ini.

pointer dekan

Cara untuk mengira pointer STPM adalah berdasarkan nilai wajaran.

Nilai ini berbeza mengikut subjek atau jurusan seperti pengajian am, bahasa arab, syariah dan sejarah.

Untuk mendapatkan nilai NGMP, cara kira pointer keseluruhan stpm adalah seperti berikut:

Nilai Baru (1 subjek) =
Nilai Wajaran (%) x Pointer Gred Mata Pelajaran / 100

Nilai baru yang diperolehi perlulah ditambah dengan kesemua subjek untuk mendapatkan nilai NGMP dengan merujuk kepada julat gred mata pelajaran.

Sebagai contoh hasil jumlah nilai baru 3.78, maka ianya dalam lingkungan 3.68 sehingga 4.0, mengikut gred bagi mata pelajaran adalah A. Bagi gred A, NGMP adalah 4.0. 

Walhal, bagi mendapatkan nilai PNGK, hasil tambah nilai NGMP bagi semua jurusan daripada pengajian am, bahasa arab, syariah dan sejarah, kemudian dibahagikan dengan empat (4) jurusan ini untuk mendapatkan nilai julat.

Maka, keputusan rasmi STPM bagi pelajar adalah berdasarkan nilai PNGK yang diperolehi.

PNGK = (NGMP Subjek 1 + NGMP Subjek 2 + NGMP Subjek 3 + NGMP Subjek 4) / Jumlah Subjek)

SUMBER: KPM

Cara Kira Pointer Universiti

Setiap pelajar universiti kini tidak asing lagi mendengar perkataan “CGPA” dan “GPA”.

Ini kerana dua perkara ini sangat penting untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke semesta seterusnya serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Cara kiraan pointer bagi subjek-subjek pelajar universiti adalah seperti berikut;

  • Pelajar perlu tahu gred dan mata nilai gred terlebih dahulu untuk memudahkan pengiraan pointer. di bawah menunjukkan senarai gred dan mata nilai gred.
pointer uitm
  • Pelajar perlulah mengenalpasti jam kredit subjek yang diambil pada semesta tersebut (jam kredit adalah berbeza mengikut mata pelajaran yang dipilih oleh pelajar pada setiap semesta).
  • Setelah mengenalpasti kedua-duanya, pelajar boleh mengira GCPA & GPA. Cara pengiraan adalah seperti berikut, contohnya;
PERKARABUTIRANNYA
GPAHasil tambah semua jumlah mata nilai / hasil tambah jam kredit setiap mata Pelajaran (bagi satu semester sahaja).
CGPAHasil tambah semua jumlah mata nilai bagi semua semesta yang diduduki oleh pelajar / hasil tambah jam kredit bagi semua semesta yang diambil oleh pelajar.

Cara Kira Pointer MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan institusi pengajian yang ditubuhkan dibawah Majlis Amanah Raya. MRSM juga menggunakan sistem pointer bagi pemarkahan peperiksaan setiap tahun.

Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar terhadap sistem pointer yang dijalankan di peringkat universiti.

Cara kiraan pointer MRSM adalah berdasarkan PNG iaitu purata nilai gred dan TPNG iaitu total purata nilai gred, iaitu;

pointer mrsm

Anda boleh check dan semak sendiri seperti di atas tafsiran kepada nilai mata yang akan diperoleh oleh pelajar.

PERKARABUTIRANNYA
PNG(Jumlah nilai kredit setiap subjek x Jam kredit setiap subjek)
Jumlah jam kredit
TPNGHasil tambah semua jumlah mata nilai bagi semua semesta yang diduduki oleh pelajar / hasil tambah jam kredit bagi semua semesta yang diambil oleh pelajar.

Pihak guru atau sekolah boleh menilai prestasi pelajar berada di tahap mana dengan melihat pada nilai PNG dan TPNG yang diperolehi pelajar. Semoga akhirnya nanti, anda boleh berjaya dapat pointer stpm untuk masuk universiti.

Cara Kira Pointer Matrikulasi (Matrik)

Berbeza dengan peringkat universiti dan sekolah, matrikulasi mempunyai sistem pemarkahan pointernya yang tersendiri.

Matrikulasi menggunakan kaedah Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).

Keputusan akhir pelajar matrikulasi akan berdasarkan pemarkahan seperti pada Rajah di bawah ini

pointer matrikulasi

Cara pengiraan pointer matrikulasi adalah berdasarkan gred yang diperoleh oleh pelajar dalam kerja kursus mereka seperti berikut;

1) Bagi setiap keputusan pelajar, terdapat gred, mata nilaian dan jam kredit mata pelajaran, maka bagi mendapatkan nilai PNGS dan PNGK, pelajar perlu mengira nilai mata yang diperoleh terlebih dahulu. Cara kiraannya adalah;

Mata = mata nilai x jam kredit mata pelajaran

Kiraan PNGS adalah berdasarkan jumlah mata.

PNGS = Jumlah mata / Jumlah kredit bagi semesta tersebut / Jumlah kredit bagi semesta tersebut

Kiraan PNGK pula berdasarkan PNGS setiap semesta.

PNGK = Jumlah mata keseluruhan semesta
Jumlah kredit keseluruhan semesta

Beza Pointer GPA vs CGPA

GPA atau Grade Point Average iaitu Purata Nilai Gred merupakan merit atau markah pelajar bagi peperiksaan setiap semesta.

Bagi pelajar semesta pertama, nilai GPA dan CGPA adalah sama kerana tidak dicampur dengan semesta lain.

GPA memainkan peranan yang penting kerana ianya boleh menjejaskan nilai CGPA secara keseluruhan.

Oleh itu, setiap pelajar mesti berusaha menjaga GPA mereka pada setiap semesta dengan menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya untuk mengelakkan daripada mendapat GPA yang rendah.

Akan tetapi, CGPA atau Cumulative Grade Point Average iaitu Purata Nilai Gred Terkumpul yang bermaksud purata nilai gred bagi kesemua semesta yang telah dilalui oleh pelajar.

CGPA yang baik terhasil daripada keputusan GPA yang baik pada setiap semesta.

CGPA ini memberi kesan kepada keputusan akhir pelajar dan keputusan graduasi pelajar.

Wajarlah, pelajar yang mempunyai CGPA yang tinggi akan mendapatkan tempat di pasaran kerja sekali gus membina masa depan yang cerah dalam bidang kerjaya.

Mengapa Dapat Markah Pointer Tinggi Penting?

Ianya juga penting untuk pelajar menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana pointer yang tinggi akan menjurus seseorang pelajar untuk sambung ke peringkat Diploma, Sarjana Muda atau Doktor Falsafah serta memudahkan pelajar mendapat tajaan biasiswa daripada Kementerian Pelajaran.

Bukan itu sahaja, pointer yang baik juga akan memudahkan graduan untuk mendapat kerja di syarikat-syarikat besar dan mendapat tempat di pejabat kerajaan.

Oleh itu, pointer yang tinggi sangat penting untuk diusahakan bagi masa depan yang lebih cerah.

Tips Dapat Pointer Dekan

Anugerah dekan daripada institusi pengajian menjadi idaman setiap pelajar kerana ianya bukan sahaja boleh mengharumkan nama keluarga, tetapi juga boleh mencorak masa depan yang cerah pada masa hadapan.

Untuk mendapatkan anugerah dekan tersebut, pointer pada setiap semesta mestilah tinggi.

Terdapat beberapa tips untuk mendapatkan pointer yang tinggi bagi setiap semesta.

  1. Pertama, setiap pelajar mestilah berazam dan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan pointer yang tinggi. Kejayaan tanpa usaha hanyalah angan-angan. Bahkan, kejayaan bukan senang untuk dicapai, ia perlu kepada usaha yang keras.
  2. Oleh itu, membuat persediaan awal seperti belajar pada awal waktu, hadir ke kelas selalu dan menyiapkan kerja kursus mengikut masa merupakan antara cara untuk mendapatkan pointer yang tinggi.
  3. Seterusnya, pelajar perlu bijak dalam memilih subjek yang ingin diambil pada setiap semesta. Pemilihan ini penting bagi menghasilkan nilai pointer GPA yang cemerlang.
  4. Ini kerana jika satu subjek gagal, ianya akan memberi impak kepada pointer GPA, sekaligus memberi kesan kepada pointer CGPA. Pelajar perlu tahu subjek mana mereka boleh menguasai dengan baik dan tidak dapat menguasai dengan baik. 
  5. Akhir sekali, pelajar juga perlu mengambil tahu untuk mengira pointer supaya pelajar dapat merancang keputusan mereka.

Cara pengiraan hendaklah berdasarkan kepada sistem pemarkahan yang digunakan oleh institusi pengajian pelajar. Ini penting supaya pelajar boleh score pada setiap subjek di setiap semesta.

Kelebihan Guna Sistem Pointer Untuk Ukur Pretasi Pelajar

Sistem pointer ini merupakan sistem yang kini digunakan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan.

Ini adalah untuk memastikan keputusan yang didapati oleh pelajar adalah telus dan tepat.

Sistem pointer ini juga penting dalam menjadi kayu ukur kepada prestasi setiap pelajar pada setiap semesta. Ia bukan sahaja digunakan di negara kita, akan tetapi digunakan juga di negara-negara lain.

Sistem ini diselaraskan dengan sistem pemarkahan secara global. Ianya juga boleh menentukan tahap penguasaan pelajar dalam sesuatu pelajaran dan boleh memberi petunjuk kepada pelajar untuk memilih jurusan mana yang sesuai dengan kelayakan pelajar berdasarkan sistem pointer ini.

Pelajar juga akan mudah untuk membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya atau ke bahagian mana.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia