Bagaimana Cara Hilangkan Sakit Tekak Berpanjangan

Bagaimana Cara Hilangkan Sakit Tekak Berpanjangan

Aduhhh…memang kalau dah kena sakit tekak yang berpanjangan, hidup kita akan rasa serba tak kena. Nak makan pun, kurang rasa nikmatnya. Tidur tak berapa nak lena, rasa gatal tak henti-henti. Macam-macam lagilah.

cara hilangkan sakit tekak

Kadang-kadang dah makan pun sakit tekak pun masih tak baik-baik lagi. Ditambah pula dengan cuaca panas berdenting hari ini membuatkan keadaan yang lebih teruk lagi bukan?

Berdasarkan semakan kami, punca sakit tekak adalah disebabkan ia telah dijangkiti kuman dan alahan.

Selain ada daripada ubat dari farmasi, ada beberapa tips dan cara merawat serta cara hilangkan sakit tekak anda berdasarkan petua menggunakan bahan tradisional ataupun herba-herba yang terpilih.

Senarai Tips dan Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Cepat

1. Kalau anda ada kekuatan untuk kunyah bunga cengkih dipersila dan dialu-alukan. Ini kerana khasiat dalam bunga cengkih ini kerana ia mengandungi antibakteria dan mengunyahnya boleh menyebabkan anak tekak anda berasa kebas seketika bagi mengurangkan rasa tidak selesa pada diri anda

rawatan sakit tekak

2. Anda perlu banyak minum lagi air putih. Apabila anda kurang minum air putih, boleh menyebabkan anak tekak anda jadi kering.

Amalan minum air putih ada rawatan semulajadi terbaik bagi menghindarkan daripada kena masalah ini

KLIK SINI : Berhati hati Dengan tanda Tanda Virus Pada Anak (Penyakid Hfmd)

3. Nah, ini kami boleh katakan petua dan cara menghilangkan sakit tekak berpanjangan paling senang. Apa caranya? makan ais krim jenis vanila.

Anda akan terasa nyaman sekaligus mengurangkan sedikit sebanyak masalah ini.

petua sakit tekak

4. Madu memang seribu satu khasiatnya. Khasiat dan kebaikan yang terkandung dalam madu mampu membunuh kuman yang menjadi punca dan sebab anda kena masalah sakit tekak ini.

Lebih baik lagi jika anda minum air teh suam atau air suam bersama-sama dengan madu ini.

5. Tidak lupa air garam juga boleh membantu anda hilangkan sakit tekak. Jadi amalan setiap hari, 3 kali sehari anda kumur air garam tersebut sehingga masalah anda reda.

cara menghilangkan sakit tekak

6. Ini satu lagi cara hilangkan sakit tekak. Jikalau di dapur rumah anda ada bawah bole ambil bawang ini dalam 2 ulas masukkan di kiri dan kanan mulut anda. Kalau boleh kunyah supaya kandungan ailicin yang terdapat dalam bawang putih dalam bantu melawan kuman dan bakteria. Sesekali anda boleh hisap selepas kunyah.

P/S : Sebagai perkongsian bersama, sakit tekak in english adalah sore throat.

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...