Undang Undang Car Seat Wajib Umur & ketinggian yang ditetapkan kerajaan Malaysia
Jumlah kematian yang membabitkan kanak-kanak dan bayi di Malaysia sangat tinggi. Bagi mengelakkan anak anak kecil anda ditimpa kecederaan parah apatah lagi kematian, kerajaan telah membuat satu formula undang-undang bagi membendungnya daripada menjadi semakin parah.
Kerajaan Malaysia telah mengarahkan JPJ untuk menguatkuasakan undang-undang car seat wajib 2020 umur anak-anak anda yang mempunyai ketinggian kurang 135cm. Yang ingkar akan dikenakan saman jpj RM300
BACA SINI: Diskaun Saman Trafik 2021: Cara Semak Rebat JPJ Polis Pdrm Online
Penguatkuasa undang-undang ini akan bermula 1 Januari 2020.
5 Fakta Car Seat Wajib Bermula 2020
Ada 5 fakta kesemuaanya boleh semak seperti di bawah ini:
BACA SINi: Bayar Saman Atm Maybank & Promo Saman Pdrm Dilanjutkan
- Kerajaan tidak menetapkan had umur mahupun berat untuk anak-anak anda memakai car seat
- Tetapi kerajaan menggunakan ketinggian anak-anak anda sebagai penanda aras untuk menggunakan car seat sewaktu pemanduan di atas jalan raya. Mana-mana anak-anak anda yang ketinggian kurang 135cm tidak kiralah bayi, budak darjah, daarjah 5 selagi umur kurang 135cm wajib pakai car seat
- Semua car seat hendaklah diletakkan di bahagian belakang tempat duduk kereta
- Car seat yang anda perlu pilih dan beli hendaklaah sesuai dengan ketinggian dan berat anak-anak anda. Spesifikasi mengikut jenis car seat ada kami kongsikan seperti gambar-gambar di bawah
- Dan paling pentingnya, car seat yang anda bakal beli mesti ada cop kelulusaan ECER44/04 atau ECE R129 bersama-sama dengan label QR MIROS & MYCRS
BACA SINI: Bantuan kanak kanak dan keluarga
Jenis Car Seat Yang Dibenarkan Kerajaan Malaysia
Boleh semak gambar-gambar yang dikongsikan di bawah, mana satu car seat yang sesuai dan yang dibenarkan oleh kerajaan
![Undang Undang Car Seat Wajib Tahun 2020 [IBU BAPA BACA] car seat bayi](https://mypt3.com/wp-content/uploads/car-seat-bayi.jpg)
![Undang Undang Car Seat Wajib Tahun 2020 [IBU BAPA BACA] kerusi bayi](https://mypt3.com/wp-content/uploads/car-seat-umur-15-bulan.jpg)
![Undang Undang Car Seat Wajib Tahun 2020 [IBU BAPA BACA] car seat booster](https://mypt3.com/wp-content/uploads/car-seat-booster.jpg)
![Undang Undang Car Seat Wajib Tahun 2020 [IBU BAPA BACA] car seat booster 135cm](https://mypt3.com/wp-content/uploads/car-seat-booster-135cm.jpg)
SUMBER : Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia JKJR
2 Kesan Tidak Ikut Undang Undang
- Anak anda akan terdedah kepada risiko kecederaan dan kematian apabila terlibat dengan kemalangan
- Akan dikenakan saman jpj sejumlah RM300
Boleh juga ikuti video penerangan daripada meneri mengenai undang-undang car seat wajib umur 8 tahun ke bawah

Cara Mohon Bantuan Program Subsidi Carseat
1) Sila klik pada pautan yang kami kongsikan di bawah ini untuk hantar permohonan bantuan kerusi keselamatan kanak kanak / carseat anda secara online. Lengkapkan butiran yang dipelrukan selengkapnya.
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
Permohonan secara online di sini | https://www.safensound.com.my/pages/program-subsidi-kerusi-keselamatan-kanak-kanak |
BACA SINI: Bantuan kanak kanak serta keluarga
2) Kepada yang terpilih, mereka akan maklumkan kepada emel yang telah anda daftarkan pada borang permohonan online.
3) Kepada yang layak, kami ucapkan TAHNIAH! Sila buat pembayaran dan bawa bukti pembayaran untuk menuntut car seat baby ini di pejabat urusan Safe’n Sound di Gelenmarie Shah Alam.
Terima kasih kami ucapkan kerana menganjurkan program subsidi yang cukup hebat ini. Harap lebih banyak syarikat yang bersama-sama menjayakan program hebat untuk membantu lebih ramai memilikinya pada harga mampu milik.
Dengan penjimatan ini dapat membantu kalangan ibu bapa menggunakan untuk persiapan anak anak tahun ini.
P/S : Warwarkan berita baik kepada kenalan dan family anda yang masih ada anak kecil di Facebook dan Whatapps mereka
P/S : Kepada penerima bantuan sara hidup atau bonus penjawat awam, mungkin boleh peruntukkan sedikti duit tersebut untuk tujuan beli car seat yang baru demi keselamatan anak anda.