Car Loan Calculator Malaysia: Boleh Guna Untuk Proton Honda Perodua Toyota Public Bank Maybank
Apabila anda membeli sebuah kereta, sama ada kereta baru atau kereta terpakai (second hand), anda mempunyai pilihan sama ada terus membayar secara wang kertas (cash) atau mendapatkan pinjaman daripada bank (hire purchase loan).
Terdapat dua jenis kadar yang dikenakan dalam pinjaman bank, iaitu Kadar tetap (Fixed rate loans) dan juga Boleh ubah (Flexible rate loans)
Melalui pinjaman kadar tetap, bayaran bulanan adalah tetap. Sekiranya anda membayar lebihan wang dalam suatu bulan tersebut, bayaran lebihan akan dikira sebagai bayaran untuk bulan depan. Ini tidak akan mengurangkan bayaran faedah yang anda kena bayar.
Pinjaman kereta boleh ubah adalah lebih fleksibel kerana sekiranya anda membuat bayaran lebihan, bayaran tersebut akan dimasukkan dalam akaun semasa pinjaman kereta tersebut. Sekiranya pada masa hadapan, anda memerlukan duit, anda boleh memohon untuk mengeluarkan semula lebihan bayaran pinjaman tersebut.
Car Loan Calculator Malaysia
Sedang dikemaskinikan….
- BACA SINI >> Cara buat pinjaman bank maybank
- BACA SINI >> Insurans kereta terbaik dan murah : senarai syarikat insurance 2022
Cara Calculate Car Loan Malaysia: Kadar Tetap
Anda dapat mengira jumlah bayaran bulanan bagi pinjaman kereta Malaysia anda menggunakan Car Loan Calculator seperti yang dikongsikan di atas ini.
Sekiranya anda ingin mengira pinjaman bank tanpa menggunakan Car Loan Calculator Online, anda boleh membuat pengiraan secara manual. Sebagai contoh:
BACA SINI >> Personal loan 2022: cara apply pinjaman peribadi bank
- Jumlah faedah pinjaman = Kadar faedah x Jumlah pokok pinjaman kereta x Tempoh pinjaman (tahun)
- Jumlah bayaran bulanan anda = (Jumlah pokok + faedah) / [Tempoh pinjaman (bulanan)]
Senario A: Pinjaman kadar tetap |
Tempoh pinjaman: 5 tahun (60 bulan) Jumlah faedah: 2.5% x RM 70,000 x 5 tahun = RM 8,750 Bayaran bulanan anda: (Jumlah pokok + faedah) / 60 bulan = RM 1,312.50 |
Cara Calculate Pinjaman Kadar Flexible
Andaikan kadar faedah dan tempoh pinjaman adalah sama dengan Senario A, B, dan C.
Sekiranya anda memasukkan RM 10,000 dalam akaun semasa pinjaman kereta, pengiraannya adalah seperti yang ditunjukkan dalam contoh di bawah.
- Jumlah pokok pinjaman: RM 70,000
- Jumlah dalam akaun semasa: RM 10,000
- Kadar faedah pinjaman kereta: 2.5%
- Jumlah pinjaman yang akan dikenakan faedah: RM 60,000
Senario B: Pinjaman kadar berubah-ubah |
Tempoh pinjaman: 5 tahun (60 bulan) Jumlah faedah: 2.5% x RM 60,000 x 5 tahun = RM 7,500 Bayaran bulanan anda: (Jumlah pokok + faedah) / 60 bulan = RM 1,125 |
Sekiranya anda membuat pinjaman kadar tetap, anda perlu membayar RM1,315.50 sebulan.
Tetapi, anda hanya perlu membayar RM 1,125 sebulan sekiranya anda mengambil pinjaman kadar berubah-ubah.
Cara Check Model Kereta Yang Boleh Dengan Gaji Anda
Cara menyemak sama ada anda mampu atau tidak membeli model kereta yang anda mahukan, anda boleh gunakan kalkulator online seperti Car Loan Calculator di atas, iaitu CTOS Calculator.
Anda boleh menyemak kelayakan pinjaman anda berdasarkan CTOS Calculator yang terdapat dalam pautan link ini. https://ctoscredit.com.my

Gambar di atas merupakan contoh CTOS Calculator dalam pautan link tersebut.
- Pendapatan bersih sebulan (Monthly Net Income) ialah jumlah gaji pokok anda setelah potongan KWSP, EPF, SOCSO, atau elaun tambahan gaji.
- Outstanding Credit Card Balance merupakan jumlah duit yang anda berhutang dengan pihak bank melalui penggunaan kredit kad.
- Existing Montly Loan Repayment ialah jumlah duit yang perlu anda gunakan untuk kelangsungan hidup seperti bayaran bil air, elektrik, Astro, Unifi, Maxis, Celcom, Digi, bayaran bulanan rumah, pembelian makanan, minyak petrol, kos penyelenggaraan kereta, atau jumlah duit yang perlu diberikan kepada ibu bapa.
- Loan Tenure merupakan tempoh pinjaman kereta yang anda ingin mohon daripada pihak bank, iaitu sebaik-baiknya 5 tahun.
- Annual Interest Rate merupakan kadar faedah pinjaman kereta yang ditawarkan oleh pihak bank kepada anda.
SUMBER: Maybank
Setelah anda memasukkan maklumat yang diperlukan, langkah seterusnya ialah klik ‘Calculate’ dan keputusan jumlah pinjaman yang layak akan dipaparkan di sebelah kanan skrin.
Berdasarkan gambar, anda layak untuk membuat pinjaman kereta dengan jumlah harga kereta sehingga RM 64,466.67 dengan bayaran bulanan sehingga RM 1,057.78.
Anda perlu mengelakkan daripada melebihi bajet kewangan anda seperti RM 1,190 sebulan supaya anda mempunyai emergency cash untuk digunakan semasa waktu kecemasan.
Untuk membantu anda mengira jumlah bayaran bulanan bagi pinjaman kereta, anda perlu memasukkan maklumat dalam Car Loan Calculator Malaysia.