Sme Business Loan Malaysia 2023: SJPP Maybank CIMB RHB

Cara Apply SJPP Maybank CIMB RHB SME Business Loan Malaysia 2023

sme business loan malaysia 2023

Sme loan malaysia seperti ini merupakan kemudahan kredit ansuran kewangan yang dibuat khas untuk tujuan mulakan business samada sebagai modal, pengurusan atau pentadbiran.

Seperti loan yang lain, biz loan juga melibatkan hutang dan komitmen bayaran yang perlu dijelaskan mengikut kadar faedah yang telah dipersetujui.

BACA SINI: Senarai pinjaman pks yang terbaik dan mudah lulus

Terdapat pelbagai jenis business loan termasuk dari pihak bank, mezanin, pengurusan kewangan, kemudahan kredit berasaskan asset, untuk tujuan invois, kategori mikro, untuk aliran tunai dan pendahuluan tunai operasi business.

Sme Business Loan 2023 di Malaysia

1. Business Loan MIDF

MIDF Group merupakan penyedia khidmat kewangan untuk tiga bidang business utama iaitu perbankan pelaburan, pembangunan kewangan dan pengurusan aset.

MIDF membantu para peniaga membangunkan business mereka dari mula sehingga business mereka mencapai tahap matang. 

MIDF menguruskan dana kerajaan dan menyediakan kemudahan kewangan berasaskan shariah kepada syarikat milik warga Malaysia untuk membangunkan projek, menguruskan aset dan sebagai modal kerja dalam semua sektor ekonomi bagi tujuan pembangunan business.

BACA SINI: Bisnes dari rumah tanpa modal

Cara Mohon

  1. Layari laman web MIDF, https://www.midf.com.my klik pada pautan “kembangkan business saya” dan pilih “Financing for SMEs & Mid-Tier Businesses”. 
  2. Di halaman berikutnya, klik pautan “apply for financing”.
  3. Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun sila daftar terlebih dahulu kemudian log masuk
midf business loan

2. Maybank Business Loan 2023

BACA SINI >> Maybank personal loan: syarat pinjaman peribadi maybank 2023

Maybank sme loan menawarkan beberapa produk sme loan maybank bagi membantu para peniaga.

Ini termasuk loan Digital PKS, sme loan Modal Kerja maybank, loan Kontrak dan Projek, Sewa Beli Komersial untuk PKS dan Perbadanan, loan Harta Benda dan Bantuan Kerajaan.

cimb rhb maybank business loan 2023

Cara Mohon

  1. Pertama sekali log masuk ke dalam akaun maybank2u.
  2. Pada paparan berikutnya, klik pada menu permohonan dalam talian dan klik pada SME Clean Loan/Financing Application
  3. Selepas itu pilih amuan dan tempoh loan yang anda inginkan.
  4. Seterusnya isikan semua maklumat berkenaan business anda.
  5. Semak terlebih dahulu sebelum anda hantar permohonan.

Produk Yang Sesuai

Sekiranya business anda telah beroperasi selama setahun dan anda memerlukan tunai tambahan yang pantas sebagai modal pekerja, anda boleh memohon loan Digital PKS Maybank.

Loan ini menyediakan jumlah loan dari RM10000 hingga RM250000 kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baru Maybank yang merupakan Syarikat Pemilikan Tunggal, Perkongsian, atau Sendirian Berhad (Sdn Bhd).

Permohonan loan ini sangat pantas dan mudah di mana anda tidak perlu menyediakan sebarang dokumen sekiranya anda merupakan pelanggan sediada Maybank dan anda boleh mengetahui status permohonan anda hanya dalam masa 10 minit. 

Selain daripada itu, peniaga juga boleh memanfaatkan skim-skim bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk mengembangkan lagi business.

Antara skim yang ada adalah seperti Dana Sektor Pertanian Utama, Dana Semua Sektor Ekonomi, Skim CGC seperti BizJamin dan Skim Jaminan Fleksi, Skim Jaminan Penjana Pelancongandan Skim SJPP.

3. PUNB Loan For Business

PUNB ditubuhkan pada 17 Julai 1991 bagi membantu meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan seterusnya melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.

Antara loan business PUNB yang ditawarkan ialah loan PROSPER, PROSPER Profesional, PROSPER Didik, PROSPER Automotif dan PROSPER Stesen Minyak.

punb loan

Cara Mohon

Pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan business loan PUNB

Produk Yang Sesuai

Loan PROSPER boleh dimohon oleh pemilik business tunggal dan perkongsian serta syarikat-syarikat besar.

Namun loan untuk business jenis enterprise dan perkongsian, jumlah loan adalah sehingga maksimum RM300 ribu sahaja.

Selain daripada wang tunai, loan ini juga menyediakan pakej-pakej lain seperti khidmat rundingan, pemantauan prestasi business dan pembangunan business melalui kursus serta latihan keusahawanan.

4. Exim Bank Corporate Loan Malaysia

Exim Bank menawarkan loan perdagangan patuh Syariah dan konvensional yang komprehensif untuk urusan eksport dan import.

Bagi urusan eksport, Exim Bank menyediakan loan Pembekal-i yang menyediakan modal kerja bagi membiayai aktiviti pengeksportan pembekal Malaysia kepada pembeli dari luar negara.

Kemudahan ini menawarkan loan untuk pra-penghantaran dan loan selepas penghantaran.

Bagi urusan mengimport barangan ke Malaysia Exim bank menawarkan loan Resit Amanah-i untuk membiayai aktiviti import dan memberi keperluan modal kerja kepada pedagang.

Produk Yang Sesuai

Bagi pedagang yang melibatkan urusan import-export ke dalam dan luar negara, kedua-dua produk loan iaitu loan Pembekal-i dan Resit Amanah-i adalah sangat sesuai.

5. Capital By Boost Loan

Capital merupakan loan digital yang disediakan oleh Boost Credit dan dahulunya dikenali sebagai aspirasi.

Capital membantu pemilik business mengurus aliran tunai dengan lebih cekap melalui loan yang cepat dan mudah.

Peniaga boleh mendapatkan loan mereka dalam tempoh sesingkat 2 hari sahaja.

boost loan

Cara Mohon Start-up Business Loan Malaysia 2023

  1. Permohonan loan capital melibatkan 5 langkah mudah dan 100 peratus secara dalam talian. 
  2. Layari laman web https://credit.myboost.co
  3. Pada halaman utama klik pautan “GO TO PASAR”.
  4. Skrol sedikit ke bawah dan pada bahagian loan Mikro pilih capital by boost credit dan tekan pautan “Mohon Sekarang”.
  5. Sebelum meneruskan permohonan, pastikan anda telah bersedia dengan dokumen-dokumen dan maklumat yang diperlukan semasa mengisi borang permohonan nanti.
  6. Lengkapkan semua maklumat pada setiap halaman. Anda juga akan dikehendaki untuk mengambil gambat swafoto bersama kad pengenalan anda.

Produk Yang Sesuai

Capital itu sendiri merupakan loan mikro yang disediakan oleh boost credit. Ianya merupakan loan khas yang dibina untuk PKS.

Peniaga-peniaga PKS boleh memohon loan ini untuk menambahkan bilangan kakitangan, beralih kepada penyelesaian digital, membeli keperluan perlatan business, menguruskan aliran tunai dan meningkatkan jualan.

Capital menyediakan jumlah loan dari RM1000 sehingga RM100000 dengan kadar faedah keuntungan serendah 1.5 peratus. Proses permohonan adalah sangat pantas dan peniaga boleh menerima loan dalam masa 48 jam sahaja.

6. Sme Business Loan Malaysia (IMSME)

ImSME merujuk kepada ‘mikro, kecil dan sederhana’ yang merupakan platform kepada usahawan PKS untuk membuat rujukan berkenaan sme business loan 2023.

imSME bertindak sebagai saluran unruk mendapatkan maklumat berkenaan pilihan sme loan malaysia yang terkini dan tersedia sepanjang masa.

Ianya juga membantu usahawan PKS mencari bank-bank yang menyediakan business loan malaysia dengan mudah dan selesa.

Melalui imSME, peniaga boleh membuat permohonan sme business loan melalui satu sistem sahaja.

sme loan

Cara Mohon

  1. Layari imsme.com.my dan masukkan keperluan kewangan anda serta tempoh bayaran balik.
  2. Seterusnya isikan jenis business anda dan isikan maklumat berkenaan business anda. 
  3. Sekiranya anda belum memiliki akaun imSME, daftar akaun anda terlebih dahulu. Setelah selesai, anda boleh log masuk ke dalam sistem. 
  4. Setelah log masuk, anda boleh pilih produk loan yang disediakan oleh bank-bank panel termasuk cimb business loan
  5. Dalam masa 2 hari, pembiaya pilihan anda akan menghubungi anda.

Produk Sesuai

imSME bukanlah entiti yang menyediakan business loan 2023.

Ianya hanyalah medium atau platform yang menghubungkan peniaga dengan pilihan-pilihan loan yang ditawarkan oleh bank-bank panel.

7. Loan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

AIM merupakan sebuah badan Amanah persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 di bawah Akta Pemegang Amanah 1952.

Objektif utama AIM adalah untuk menyediakan loan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menjana dan menambah pendapatan bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain daripada bantuan kewangan, AIM juga menyediakan bantuan khidmat bimbingan dan latihan yang berterusan bagi memperkasakan lagi pengetahuan usahawan ini. 

Cara Mohon

Untuk memohon bantuan kewangan AIM, anda perlu mengisi borang permohonan seperti di bawah:

  • Isikan semua maklumat dengan lengkap dan tepat.
  • Setelah lengkap, anda boleh menghantar borang tersebut ke pejabat AIM terdekat

Produk Yang Sesuai

AIM menawarkan enam skim bantuan kewangan iaitu i-mesra, i-srikandi, i-wibawa, i-sejahtera, i-bestari, i-penyayang dan i-muda.

Skim i-mesra merupakan skim pertama yang perlu anda mohon sebelum anda layak untuk memohon skim-skim yang seterusnya. 

Business Loan SJPP Malaysia

SJPP merupakan sebuah syarikat yang dimilki oleh Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir skim-skim jaminan kerajaan.

Skim-skim ini merupakan skim di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang bertujuan membantu syarikat-syarikat PKS mendapatkan kemudahan business loan 2023 daripada instistusi-institudi kewangan yang terlibat termasuk sjpp maybank.

Antara skim-skim yang ditawarkan adalah seperti Skim Jaminan Kerajaan PEMULIH (PGGS), Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK), Skim Jaminan Modal Kerja – Start Up (SJMK-SU), Skim Jaminan Modal Kerja – Bumiputera (SJMK–B), Skim Jaminan Modal Kerja – Eksport (SJMK-X), Skim Jaminan Modal Kerja – Wanita (SJMK-W), Skim Jaminan Automasi & Digital (SJAD), Skim Khas untuk COVID-19 di bawah BNM, Skim Kemudahan loan Pelancongan PENJANA (PPP) dan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi (SRSBBT).

Cara Mohon SJPP Loan

Berikut merupakan langkah-langkah permohonan skim di bawah pentadbiran SJPP:

sjpp loan

Produk Yang Sesuai Pinjaman SJPP

SJPP bukanlah syarikat yang menyediakan loan mahupun kemudahan kredit kepada usahawan PKS tetapi ia bertanggungjawab menilai permohonan skim jaminan kerajaan untuk tujuan kelulusan dan akan memaklumkan kepada institusi kewangan yang terlibat.

Namun bagi peniaga yang baru sahaja ingin memulakan business, mereka boleh memohon untuk mendapatkan Skim Jaminan Modal Kerja – Start Up (SJMK-SU).

Bagi peniaga yang ingin membuat loan bagi menampung kos modal kerja dan perbelanjaan modal pula, mereka boleh memohon Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK).

Peniaga yang berstatus bumiputera pula boleh memohon Skim Jaminan Modal Kerja – Bumiputera

Sme RHB Business Loan Bank Malaysia 2023

RHB Bank menyediakan empat pilihan biz loan iaitu BizPower SME Business Loan, BizPlus/-i, BizPower SME Property Loan dan BizPower Relief Financing.

Cara Mohon Rhb Business Loan

  1. Layari laman web RHB Bank dan pilih Negara Malaysia. Skrol sedikit ke bawah dan pilih biz loan yang anda inginkan.
  2. Pertama sekali, anda perlu menjawab beberapa soalah untuk menyemak kelayakan anda.
  3. Sekiranya anda melepasi kelayakan loan, anda boleh teruskan permohonan dengan memuatnaik dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan pengarah dan pemegang saham bagi syarikat dan pemilik atau rakan kongsi bagi business enterprise serta penyata bank. 
  4. Seterusnya semak jumlah loan, pegangan dan terma dan syarat sebelum menerima tawaran.

Produk Yang Sesuai

Loan Dalam Talian PKS membantu peniaga mengembangkan business mereka serta menggalakkan lagi aliran tunai dengan dana yang mereka boleh dapatkan dalam beberapa hari sahaja.

Proses permohonan loan PKS ini sangat mudah dan cepat di mana peniaga boleh mendapatkan dana mereka dalam tempoh masa lima hari bekerja.

Jumlah loan yang ditawarkan juga sangat besar iaitu sehingga RM1000000.

Kelebihan Apply Sme Business Loan Malaysia 2023

Modal yang cepat

Kadang-kadang para peniaga tidak memiliki tunai ataupun modal dalam tangn yang cukup untuk memulakan business, menggaji pekerja baru, membeli aset baru dan juga mengembangkan business mereka.

Dengan adanya loan kewangan business yang rata-rata mempunyai tempoh kelulusan yang pantas, para peniaga dapat mengatasi masalah ini.

Keburukan Tidak Dapat Sme Loan Malaysia 2023

(i) Tiada Loan Untuk Memulakan Business

Tiada institusi yang menyediakan loan kepada peniaga yang baru sahaja ingin memulakan business mereka.

Rata-rata loan adalah untuk peniaga yang telah berniaga sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas.

Keadaan ini mendorong peniaga untuk membuat personal loan untuk memulakan business mereka.

Keadaan ini membawa kepada risiko muflis yang sekiranya peniaga gagal melunaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

(ii) Terikat 

Hutang tetap hutang walau apa sekali pun bentuknya.

Apabila anda membuat loan sudah tentu anda akan mempunyai komitmen tetap bulanan yang perlu anda selesaikan.

Daripada itu, anda akan hilang fleksibiliti dan kebebasan dalam aktiviti harian anda. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia