Tarikh Buka Sekolah 2022: Pembukaan terkini sesi persekolahan sekolah rendah dan sekolah menengah ditangguhkan
Kita boleh lihat sendiri tahun 2020, menyaksikan sekolah kejap buka kejap tutup. Tahun 2021 ada sedikit perubahan di mana pelajar lebih jelas bila waktu pembukaan sekolah baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Semuanya gara-gara kerana serangan dan musibah covid di Malaysia. perancangan telah pun diaturkan oleh pihak KPM untuk takwim sekolah 2022.
Siapa sangka bencana banjir tahun ini lebih teruk berbanding berpuluh tahun kejadian banjir sebelum ini di Malaysia. Banyak kemusnahan yang membabitkan ibu bapa mahupun persiapan pelajar itu sendiri.
Akhirnya Kementerian Pendidikan Malaysia KPM mengambil langkah drastik untuk supaya pembukaan sekolah rendah dan sekolah menengah ditangguhkan. Butiran lanjut adalah seperti di bawah ini. Teruskan membaca….
Senarai Kandungan Penting:
Tarikh Buka Sekolah 2022 Penggal 3
Ini adalah butiran berita terkini pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai tarikh baru buka sekolah 2022 selepas ditangguh akibat bencana alam di beberapa tempat dan negeri di Malaysia
- Tarikh buka sekolah 2022 untuk kumpulan A, pembukaan sesi persekolahan negeri Johor Kedah Kelantan Terengganu bermula 9 JANUARI 2022
- Tarikh buka sekolah bagi kumpulan B, pembukaan sesi persekolahan di negeri Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur KL, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Sarawak, Selangor, Pahang, Labuan, Putrajaya bermula 10 JANUARI 2022
Jadual Pembukaan Sesi Persekolahan 2022
Jadual bagi pembukaan sesi persekolahan penggal 3 ini akan kami kemaskini tidak lama sahaja lagi. Sementara itu, sila FOLLOW GROUP Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia, https://t.me/bantuankerajaanmalaysia untuk terima terus kemaskini di sana
Tarikh Buka Sekolah 2022 / 2023

KUMPULAN | TARIKH |
---|---|
A | 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 |
B | 21 Mac hingga 12 Mac 202 |

Soalan Lazim & FAQ
1) Benarkah sesi persekolahan ditangguhkan
Ya. Benar ditangguh seminggu kerana bencana banjir dikebanyakan tempat di Malaysia
Kepada mangsa banjir, semoga darurat dan musibah yang menimpa anda dan keluarga anda, Tuhan akan gantikan dengan yang lebih baik.
Dengan tarikh buka sekolah 2022 ditangguhkan ini sekaligus tarikh pembukaan sesi persekolahan yang lambat seminggu akan memberikan masa tambahan untuk semua buat persediaan dan persiapan kembali ke sekolah kelak.