Cara Buat Website Sendiri Free & Percuma Untuk Bisnes

Cara Buat Website sendiri secara free & Percuma Untuk jualan Bisnes online & Perniagaan (for business) di Malaysia

cara buat website sendiri free percuma

Pembangunan laman web telah menjadi semakin mudah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lupakan tentang bagaimana cara untuk coding website, juga perkataan yang sukar seperti HTML dan FTP. Hari ini, cabaran utama adalah untuk cari dan upah yang boleh ambil job untuk buat website untuk bisnes dan perniagaan anda.

Realitinya hari ini, banyak platform yang menawarkan pelan untuk bantu anda buat sendiri website jualan free untuk bisnes online dan perniagaan secara free dan percuma. Dan di sebabkan ianya dihoskan pada cloud, anda tidak perlu risau tentang kapasiti web.

BACA SINI: Lazada voucher code Free Shiping 2021 Kod Baucer Harga Promo

Apa yang anda perlu hanyalah komputer dan pelayar web seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox. Itu sahaja! Tawaran yang agak bagus, bukan? Namun mungkin patut kita lihat dengan lebih dekat kebaikan dan keburukan setiap platform ini. Oleh itu, berdasarkan kajian yang terperinci yang dilakukan, kami bantu menjimatkan masa anda dalam membuat pilihan yang terbaik!

Pilihan Terbaik Cara Buat Website Sendiri Free

Melalui penyelidikan dan ujian kami yang teliti, Wix muncul sebagai pemenang keseluruhan, manakala GoDaddy menduduki tempat kedua (ada kelebihan fungsi SEO yang menarik dan peningkatan fungsi rekabentuk.

Dan Weebly mendapat markah ketiga selaku pilihan yang ideal untuk perniagaan kecil yang dijalankan secara online

  1. Webnode : Editor tampak moden & ada sedikit limitasi
  2. Wix : Ada banyak fungsi terbaik untuk perniagaan online
  3. Ucraft : Boleh hubungkan domain anda secara percuma!
  4. Weebly – Pembina website yang hebat dengan hanya satu Kelemahan
  5. Webstarts – Ada akses kepada (Hampir) segala ciri-ciri yang diperlukan
  6. Site123 – Semudah 1-2-3?
  7. Jimdo – Penyuntingan website dikuasakan oleh AI
  8. GoDaddy – Segalanya menjadi mudah
  9. Webflow – Fungsi editor yang agak menarik
  10. Mozello : Menyediakan laman web pelbagai pilihan bahasa secara percuma

BACA SINI >> Idea bisnes online plaing laku tanpa modal

Kami telah menguji setiap pembina laman web di dalam senarai seperti di atas.

Kini sudah tiba masanya, anda memilih pembina laman web yang sesuai dan terkini buat website sendiri secara free dan percuma untuk jualan bisnes online dan perniagaan anda!

Kami senarai 21 pembina laman web percuma dan free termasuk kelebihan dan kelemahan (keburukan), tawaran fungsi rekabentuk (design) & optimasi SEO.

BACA SINI: Cara Buat Duit Dengan Tiktok Berapa Bayaran Gaji & Pendapatan

1) Buat Website For Business Dengan Webnode

website for business

Webnode telah merombak sepenuhnya fungsi editor mereka, menjadikannya lebih moden. Mereka telah menambahkan pilihan tema yang lebih cantik dan responsif.

Agak sayang sekali kerana anda tidak boleh memilih tema baru sepenuhnya.

Cara buat website sendiri dengan Webnode sangat intuitif dan anda turut ada pilihan untuk menaik taraf dari pelan percuma dan free kepada pelan berbayar (paid plan).

Webnode menawarkan varian kos rendah pada harga hanya $3.90 sebulan (pelan Limited), yang pada asasnya membolehkan anda menggunakan nama domain yang anda sudah miliki di samping boleh menghubungi sistem sokongan premium mereka.

Sebuah iklan kecil akan kekal terpapar untuk pilihan pelan ini. Malangnya, tiada pilihan buat website ecommerce dalam pelan percuma dan free.

  • URL yang anda akan dapat secara percuma : customname.webnode.com
  • KELEBIHAN: Iklan pelan percuma yang tidak mengganggu dan pilihan template yang cantik dan responsif.
  • Tiada had halaman dan tetapan SEO boleh ditukar untuk semua halaman.
  • KEKURANGAN: menambah / memperbaiki ciri mereka (blog, e-commerce). Selain itu, storannya tidak begitu besar, hanya 100 MB untuk pelan percuma.
  • Website for business: https://www.webnode.co.uk/

2) Buat Website Sendiri Dengan Wix

cara buat website jualan free

Wix adalah adalah pilihan terbaik dan ramai pengguna di antara pembina buat website sendiri yang lain di internet. Wix padat dengan pelbagai ciri-ciri dan fungsi yang unik serta menawarkan template yang hebat.

Berdasarkan ujian kami, ini merupakan pembina website sendiri terbaik dan terbagus untuk membuat laman web berbayar. Namun bagaimana dengan untuk laman web free dan percuma untuk jualan bisnes dan perniagaan online anda dengan wix?

Baiklah, ianya bergantung sebenarnya dengan fungsi yang anda perlukan untuk buat website tanpa perlu upah sesiapa. Wix tidak mengehadkan pada pelan percuma mereka untuk beberapa funggsi dan pemilihan tempele website.

Mereka juga akan memaparkan iklan yang akan kelihatan di kelihatan di bahagian atas website. Untuk menggunakan nama domain anda sendiri, anda, memerlukan anda subscribe pelan Combo, iaitu pada harga sendiri US$14 sebulan sahaja.

  • URL yang anda akan dapat secara percuma : accountname.wix.com/customname
  • KELEBIHAN: Pilihan tema mereka yang menakjubkan dan fleksibiliti editor DRAG dan DROP. Selain daripada itu, mereka mempunyai pilihan aplikasi yang banyak di samping ruang web percuma sebanyak 500MB. Tiada had halaman. Mudah untuk optimiasi SEO dan ada pelbagai aplikasi percuma dalam Wix App Market. Dari segi fungsi, ia sememangnya pembina website percuma yang paling hebat.
  • KEKURANGAN : iklan Wix sangat kelihatan dan tidak perlu dipaparkan dalam format sticky. Selain itu, URL percuma terlalu panjang dan agak susah untuk diingat.
  • Website for business: https://www.wix.com

3) Ucraft

job websites

Ini adalah produk yang menarik kerana ia adalah satu-satunya pembina website yang membolehkan anda menghubungkan pilihan nama domain anda secara percuma dan free!

Ucraft turut menyertakan keselamatan SSL tanpa sebarang kos tambahan untuk 15 halaman pertama pada pelan percuma mereka. Pelan berbayar termurah mereka dipanggil Pro, bermula pada hanya $10 sebulan dan merangkumi ciri-ciri pro seperti laman web untuk pelbagai pilihan bahasa.

Ucraft ialah pembina laman web yang agak canggih, membolehkan anda memperhalusi stail anda seperti corak tulisan, warna dan jarak. Secara keseluruhan, kami mendapati ia lebih rumit, berbanding pembina laman web percuma lain kerana editornya tidak begitu user friendly.

Kami harapkan fungsi seperti masih ditawarkan untuk jangka panjang. Ucraft memberikan agak banyak fungsi secara percuma (bagus!).

  • URL yang anda akan dapat secara percuma : customname.ucraft.net
  • Laman web web demo kami : RSVP Perkahwinan (akan diaktifkan)  
  • KELEBIHAN : Boleh menyambungkan nama domain yang tepat secara percuma (unik sekali!). Template percuma mereka kelihatan cukup moden dan pilihan fungsi yang baik turut ditawarkan. Pasukan sokongan mereka amat membantu dan saiz iklan di laman web web percuma boleh diterima. SSL turut disertakan dalam laman web percuma.
  • KEKURANGAN: Pilihan fungsi terhad hanya pada Elemen Asas sahaja dalam pelan percuma. Itu tidak termasuk dengan artikel, media sosial atau ecommerse. Sistem editor kadangkala agak perlahan dan terasa sedikit buggy (namun tidaklah terlalu teruk) dan secara umumnya lebih rumit berbanding pembina laman web lain. Had halaman ialah 15, dan anda tidak boleh menggunakan pilihan SEO.
  • Website for business : https://www.ucraft.com

4) Weebly

upah buat website

Weebly merupakan salah satu pembina laman web dan website jualan terbesar di luar sana dan antara pilihan terbaik berdasar pengamatan kami.

Pelan percuma yang ditawar Weebly kurang mengujakan terutamanya paparan iklan yang sangat ketara di bahagian footer laman web.

Weebly adalah produk yang sangat baik, yang menawarkan beberapa fungsi yang hebat terutamanya fungsi FRAG & DROP. Malah terdapat pilihan App Store yang menawarkan dengan ciri tambahan. Pelan berbayar bermula pada $6 sebulan.

  • URL yang anda akan dapat secara percuma : customname.weebly.com
  • Laman web demo kami : Perniagaan Yoga 
  • KELEBIHAN : Menawarkan tema yang responsif & app store yang menyediakan add-ons pihak ketiga. Selain itu, turut terdapat 500MB ruang web percuma. Tiada had pada halaman. Tetapan SEO boleh diedit pada semua halaman
  • KEKURANGAN: Satu-satunya kelemahan ialah iklan footer yang sangat jelas. Tampak menjengkelkan. Tiada sebarang cara untuk mematikannya.
  • Website for business : https://www.weebly.com

5) Webstarts

cara buat website e-commerce percuma

Dengan bilangan pengguna yang mencecah 4 juta, mereka mendakwa telah menjadi Pembina Website percuma dan free No # 1 yang anda boleh buat sendiri. Itu kata mereka.

Untuk berlaku adil, pelan percuma Webstarts adalah tawaran pilihan yang agak baik. Ia termasuk akses kepada semua ciri-ciri penting seperti blog, dan anda turut boleh mengaktifkan untuk buat online store.

Webstarts bagi kami agak menyamai Wix – kerana semua elemen boleh dialihkan dengan agak bebas. Namun demikian, dalam bahagian ciri dan template, anda akan menemui agak lebih sedikit variasi. Mereka juga menambah editor berasaskan AI di bahagian yang klasik.

  • URL yang anda akan dapat secara percuma : customname.webstarts.com
  • KELEBIHAN : Ruang storan 1GB yang luas, fungsi online store termasuk 10 produk secara percuma, tetapan SEO boleh diedit untuk semua halaman. Iklan footer tidak begitu mengganggu dan boleh ditutup oleh pelawat laman web web anda.
  • KEKURANGAN : Template agak kelihatan biasa, walaupun anda pasti boleh menemui sesetengah yang bagus. Dan walaupun ia bukan editor yang dahsyat, dalam banyak aspek ia terasa agak kuno dan tidak semoden Wix atau Jimdo, sebagai contoh. Kadar pembaruan untuk pelan berbayar tidak begitu jelas.
  • Website for business : https://www.webstarts.com

6) WordPress.com – Platform Blogging

cara buat website untuk wordpress

Anda sama sekali jangan keliru jangan keliru antara WordPress.com dengan WordPress.org

Oleh itu, jika anda hanya mahu mencipta dan cara buat blog yang mudah, WordPress.com mungkin menjadi penyelesaian yang hebat untuk anda. Untuk laman web, kami dapati terdapat penyelesaian yang lebih baik. Pelan berbayar bermula pada $5 sebulan. Anda boleh cuba.

7) Google Sites

google sites

Google baru-baru ini telah merombak pembina website mereka di Google Sites. Kini ianya lebih kelihatan bersih, kemas, dan lebih moden. Selepas bermain-main dengannya selama beberapa minit, anda akan perasan dua perkara:

  • yang ianya sangat mudah untuk digunakan;
  • yang hampir tiada sebarang ciri tambahan

Anda boleh memilih daripada enam template yang semuanya kelihatan agak kosong apabila anda mula buat website sendiri kerana tiada contoh kandungan langsung.

  • URL yang anda akan perolehi secara percuma : sites.google.com/view/yoursitename
  • KELEBIHAN : Menawarakan integrasi yang sangat baik dengan produk Google yang lain (Peta, Kalendar, Dokumen, Slaid, dsb.).
  • KEKURANGAN: perlu ada lebih banyak tema serta unsur-unsur reka bentuk. Tiada akses kepada tetapan SEO laman web ini seperti tajuk laman dan penerangan meta (!!!). Fungsi yang ditawarkan terlampau asas.
  • Website for business: https://sites.google.com

8) Mozello

mozello

Syarikat Latvia ini merupakan salah satu pemain kecil di dunia online untuk bantu sesiapa yang mahu cari cara buat website free dan percuma dengan sendiri.

Mozello membenarkan anda membuat laman web berbilang bahasa secara percuma – sesuatu yang anda tidak akan perolehi di tempat lain.

Pelbagai ciri termasuk blog, stor dalam talian dan pilihan SEO yang agak baik. Mujurlah, iklannya hanyalah pautan di footer yang kebanyakan pelawat anda tidak akan perasan.

500MB storan percuma disertakan dan seharusnya mencukupi untuk kebanyakan kita.

Kekurangannya ialah editor, walaupun mudah digunakan, ia amat terhad berbanding pesaingnya. Elemen tertentu seperti galeri hanya boleh ditambah pada jenis laman galeri tertentu, contohnya. Ini menjadikan Mozello agak tidak fleksibel.

  • URL yang anda akan dapat secara percuma : customname.mozello.com
  • KELEBIHAN : iklan yang hampir tidak kelihatan dan boleh mencipta laman web berbilang bahasa percuma.
  • KEKURANGAN: editor perlu menjadi lebih fleksibel dan penuh dengan ciri. Tiada cara mudah untuk menambah penyulitan SSL. Menerusi ujian kami, editor Mozello tidak membantu.
  • Website for business : https://www.mozello.com

9) Cara Buat Website Sendiri Dengan GoDaddy

cara buat website wordpress

GoDaddy ialah syarikat gergasi dalam nama domain dan perniagaan hosting laman web online. Jadi tidak hairanlah mereka turut menawarkan pembina laman web mereka sendiri.

GoDaddy ingin memudahkan urusan anda daripada pemilihan template mesra mobile yang mudah untuk diedit, sehingga kepada tawaran add-ons yang memantu untuk tujuan pemasaran e-mel, blog, temu janji dan halaman ahli. Semua ditambahkan ke laman web anda secara percuma.

Apa yang bukan percuma adalah keupayaan untuk menggunakan nama domain anda sendiri, atau untuk mula menjual produk melalui onlien store. Sepanduk GoDaddy turut akan di paparkan di bahagian atas semua halaman anda.

Walaupun ini semua cukup standard untuk pelan percuma, agak mengejutkan yang pilihan SEO anda adalah amat terhad. Anda perlu menaik taraf kepada salah satu pelan berbayar tahap lebih tinggi untuk mengedit elemen seperti tag alt imej dan kata kunci

  • URL yang anda akan perolehi secara percuma: yoursite.godaddysites.com
  • KELEBIHAN: Ia amat mudah untuk digunakan, serta ciri ciri terbina dalam, seperti alat pemasaran blog dan e-mel, turut berfungsi dengan baik. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja yang masih baru, mempunyai keperluan yang ringkas.
  • KEKURANGAN: Pilihan SEO adalah terlalu asas, walaupun pada pelan berbayar yang lebih tinggi.
  • Website for business: https://www.godaddy.com

10) Jimdo

cara buat website sendiri untuk peniaga online

Jimdo ialah ia tidak akan membebankan anda pun, walaupun anda memutuskan untuk menjadi premium suatu hari nanti. Pelan Jimdo Dolphin termurah mereka bermula pada $9 sebulan dan akan membolehkan anda menggunakan domain yang tepat.

Namun walaupun anda tidak berniat untuk menaik taraf laman web Jimdoa, anda masih akan menikmati pengalaman penetapan laman web mereka yang sangat lancar dan pantas.

Jimdo bukan sekadar pembina laman web dengan muatan terpantas yang kami temui, malah reka bentuk mereka juga responsif untuk paparan mobile dan kelihatan agak bagus.

Namun jika anda seorang beginner dan hanya ingin memastikan kehadiran laman web itu secara langsung di web, kami rasa apa yang ditawarkan untuk meudahan buat website sendiri secara free dan percuma sudah lebih daripada cukup..

  • URL yang anda akan dapat secara percuma : customname.jimdofree.com
  • KELEBIHAN : pelan percuma hanya memaparkan iklan yang kecil. Menyediakan ruang web 500MB, yang sepatutnya lebih daripada mencukupi untuk kebanyakan laman web.
  • KEKURANGAN: Dengan pelan percuma, anda dihadkan kepada hanya 5 muka surat. Selain itu, tiada pilihan app store, blog atau kata laluan perlindungan.
  • Website for business : https://www.jimdo.com

11) Site123

cara buat website facebook instagram

Site123 mendakwa sebagai pembina laman web yang paling mudah “setakat ini”, dan walaupun peralatan mereka tidaklah terlalu sukar untuk digunakan. Itu kata mereka.

Apa yang menarik tentang pembina laman web mereka ialah mereka mempunyai beberapa tema yang kelihatan cantik dan semuanya responsif. Pelan berbayar bermula pada $9.80 sebulan dan merangkumi stor ecommerce asas berserta alat pemasaran e-mel.

  • URL yang anda akan dapat secara percuma : accountname.site123.me
  • KELEBIHAN : Ia membolehkan anda membuat laman web satu halaman atau banyak halaman. Terdapat pilihan plugin yang baik dan kami mendapati ianya cukup mudah untuk berfungsi dengan Site123. Template mereka responsif dan laman web tersebut ada disediakan SSL. Oh, dan anda mempunyai akses penuh kepada tetapan SEO! Anda juga boleh gunakan sistem sokongan sembang langsung (live chat) mereka secara percuma.
  • KEKURANGAN : Kami tidak begitu meminati editornya. Untuk mencapai perkara yang asas sekalipun di bahagian editor pun, anda sentiasa memerlukan banyak klik. Selain itu, pilihan template agak terhad.
  • Website for business : https://www.site123.com

12) Webflow

cara buat website sendiri

Webflow ialah sistem yang agak terkeluar daripada semua pembina laman web biasa yang lain.

Webflow menyasarkan developer, designer dan pengguna yang ingin membuat laman web, memerlukan lebih banyak kebebasan untuk mereka bentuk berbanding apa yang pembina laman web tradisional seperti Squarespace atau Weebly boleh tawarkan.

Walaupun di Webflow menawarkan pelbagai pilihan tetapan kompleks, Webflow masih cuba menjadikannya semudah mungkin untuk pengguna mereka.

  • URL yang anda akan dapat secara percuma: http://yourwebsite.webflow.io/
  • KELEBIHAN: Anda boleh mendaftar (melalui Google atau alamat e-mel) dan tidak memerlukan kad kredit. Jumlah ciri-ciri yang ditawarkan agak banyak dan mempunyai pelbagai pilihan penyesuaian yang lebih baik. Ada pelbagai sokongan (video, artikel, forum). Selain itu, iklan di laman web percuma hampir tidak kelihatan. Malah, anda boleh menerbitkan dua projek laman web dengan pelan percuma. Bagus sekali!
  • KEKURANGAN: Walaupun anda mempunyai banyak pilihan dengan Webflow, alangkah baiknya jika terdapat lebih banyak ciri binaan dalam. Terdapat banyak template reka bentuk percuma yang tersedia, namun untuk kebanyakan darinya, anda perlu membayar. Harganya di antara $19 dan $79 (sekali sahaja). Editor boleh menjadi agak luar biasa pada awalnya.
  • Website for business: https://webflow.com

6 Langkah Cara Buat Website Sendiri Secara Free & Percuma

Untuk semua pembina laman web yang kami senaraikan di sini, proses bina website tanpa upah orang perlu melalui 6 langkah dan proses asas ini:

  1. Daftar dan register untuk dapatkan akaun laman web percuma
  2. Pilih template yang menjadi pilihan anda
  3. Tambahkan halaman pada laman web anda
  4. Sesuaikan kandungan anda (tambah teks, imej, video, dll.)
  5. Pilihan: Menguruskan tetapan dan optimasi SEO untuk ranking di enjin carian Google
  6. Terbitkan laman web anda untuk paparan umum

Pembina Buat Website e-Commerce Percuma Terbaik?

Ramai yang bertanya kepada kami apakah pembina laman web yang boleh bantu anda untuk buat website e-commerce sendiri secara free dan percuma, dan ini senarai yang anda mahukan berdasar pilihan kami.

  1. Webstarts bukan sekadar membenarkan anda menambah sehingga 10 produk, bahkan anda turut mempunyai fungsi menerima pembayaran kad kredit melalui Stripe, WePay atau Authorize.net.
  2. Pengurusan inventori turut disertakan dan malah terdapat pilihan untuk menjual barangan digital.
  3. Satu-satunya kekurangan dan kelemahan ialah jualan anda dihadkan kepada hanya 20 setiap hari. Jika anda mahukan lebih, anda perlu UPGRADE untuk pilihan fungsi yang lebih baik.
  4. Webstarts juga menyokong penetapan berbilang bahasa di sini.

Kesimpulan: Pembina Website Percuma Terbaik Untuk Buat Sendiri

Webnode dan Wix ialah pembina laman web dan website percuma dan free menjadi pilihan kami untuk anda sendiri cuba dan buat sendiri tanpa perlu upah developer atau freelancer di Malaysia.

Iklan yang dipaparkan di Webnode tidak kelihatan mengganggu dan mempunyai banyak pilihan yang untuk template yang responsif.

Wix banyak menawarkan banyak fungsi hebat yang diperlukan secara percuma. Jika anda mahu menambah beberapa tambahan fungsi yang lebih baik, boleh upgrade kepada pelan berbayar (paid plan).

Sekiranya anda sedang mencari pembina laman web percuma yang membolehkan anda menghubungkan nama domain anda secara percuma, boleh cuba Ucraft. Walaupun pembina laman web ini mungkin bukan yang paling mudah untuk di gunakan, kami rasa ia adalah pilihan yang cukup baik.

Jika anda ada rancangan untuk menaik taraf (upgrade ke pakej premium dalam masa-masa yang terdekat), anda boleh cuba pilihan terbaik kami, Wix dan Weebly. Walaupun pelan percuma mereka mempunyai kelemahan tertentu, tetapi masih lebih baik daripada website yang lain.

Untuk yang mahu tahu berapa harga buat website malaysia, kami akan kongsikan tidak lama lagi. Nantikan kemaskini daripada kami.

Semoga perkongsian cara buat website sendiri secara free dan percuma sesuai untuk jualan bisnes dan perniagaan online memudahkan anda. TERBAIK!

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia