6 Pengalaman Rakyat Malaysia Shopping Boxing Day

6 Pengalaman Rakyat Malaysia Shopping Boxing Day

boxing day

Apabila bercerita mengenai pengalaman shopping boxing day, apabila ada macam-macam cerita yang anda dengar bukan daripada kalangan yang balik daripada bercuti dan shopping di sana.

Boxing day ini tidak semestinya di kota London, tetapi ia memang diperkenalkan dari Kota London awal-awal dahulu. Boxing Day ada sahaja di Australia.

Persoalannya benarkah semasa Boxing Day di London contohnya memang murah gila gila?

Jawapan kami bergantung kepada barang yang anda mahu beli. Keduanya. Anda sanggup atau tidak sahaja. Buktinya boleh lihat gambar di bawah ini.

boxing day sale
Ada berani?

6 Fakta Realiti Shopping Boxing Day Sale

1) Boxing day. Mereka siap bermalam di tepi kedai lagi sebelum kedai dibuka. Haha.. Rasa dah pergi habis awal, bila sampai, tinggal rak kosong je. Barang-barang kebanyakan dah habis.

2) Jikalau ada yang tinggal sekalipun, harga diskaun biasa-biasa sahaja. Lagipun barang-barang yang sangat murah itu macam sudah outdated nak clear sahaja. Apapun the choice is yours. Terpulang!

3) Untuk yang mencari-cari perfume memang berbaloi. Memang gila-gila. Pernah tunggu depan kedai, dapat free perfume berjenama, siapa yang tunggu depan kedai, dia bagi sahaja random siapa angkat tangan sure dapat. Untuk peminat perfume, kami sendiri banyak beli perfume murah yang set juga. For us, it is worth a que. Cubalah!

4) Pengalaman sendiri semasa beli jacket jeans bling-bling untuk my daughter di Selfrdge Oxford untuk £20 semasa boxing day. Check di Kuala Lumpur yg sama harga sekitar RM500 lebih. Anda rasa murah atau tidak? Harry Porter leather backpack hanya £20-30 sahaja dibandingkan dengan non-sales £100.

5) Barang Branded seperti Louis Vuitton LV, Chanel, Burberry, Coach itu tiada jual murah. Berhentilah berharap. Selain daripada jenama tersohor seperti ini bolehlah intai-intai shopping handbag murah di london.

6) Akhir sekali jikalau anda tinggal di Kota London, berbaloi rasanya shopping Boxing Day. Tetapi jikalau anda melancong ada baiknya anda pergi pada waktu summer dan autumn sahaja. Lebih berbaloi. Dan jikalau mahu shopping boxing day 2019 juga, boleh pergi di Australia. Tiada beratur panjang macam di Kota London, sebab Aussie tak ambil pusing langsung.

Baca Lagi 4 Info Berkaitan Di Bawah

Scroll to Top