Permohonan Guru Ganti 2023: Cara Memohon dan Gaji

Sila mohon jawatan guru ganti 2023 di sekolah tertentu dan nikmati tawaran gaji ditawarkan kementerian pelajaran malaysia, terbuka kepada lulusan spm stpm diploma untuk permohonan tahun ini

permohonan guru ganti 2023

Tidak kira anda memiliki kelulusan SPM, lulusan STPM, Diploma mahupun Ijazah Sarjana Muda (Degree) lebih baik, anda dipelawa untuk hantar borang permohonan guru ganti

Pastikan juga, anda melepasi syarat kelayakan permohonan guru ganti sekolah yang telah ditetapkan. Senarai kekosongan yang ada bagi mengisi kekosongan sementara guru yang tiada untuk jawatan guru ganti di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, sarawak, Kelantan, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang (Penang), Perak, Kedah, Selangor, Putrajaya , Kuala Lumpur KL

Kebanyakan kekosongan baik untuk guru ganti di sekolah rendah atau sekolah menengah adalah disebabkan kalangan guru yang perlu cuti bersalin sekurang-kurangnya 2 bulan atau 3 bulan lamanya.

Dalam pada yang sama boleh juga cuba mohon guru interim. Atas sebab itu, Mypt3 berbesar hati untuk berkongsi makumat dan prosedur yang tepat dan betul kepada anda berdasarkan pengalaman sendiri.

Cara Mohon Guru Ganti 2023

Ramai yang berminat mengisi kekosongan yang ada. Tetapi malangnya tidak ramai yang tahu bagaimana cara memohon guru ganti yang betul.

BACA SINI >> permohonan egtukar bukan guru

  1. Anda pergi ke pejabat pendidikan daerah (PPD) ambil borang. Anda boleh pilih nak mengajar di sekolah menengah atau pun sekolah rendah.
  2. CONTOH KLIK SINI: http://ppdkbb.moe.gov.my
  3. Tetapi akhirnya pihak PPD yang akan buat keputusan samada permohonan anda diluluskan atau tidak untuk anda diterima menjadi guru ganti
  4. Kemudian lengkapkan permohonan guru ganti dan hantar semula ke PPD
  5. Sesi temuduga sebenarnya bergantung. Ada yang hantar borang permohonan, terus kena interview.
  6. Ada yang tidak perlu interview, terus dapat tawaran jawatan ini. Jadi bergantung kepada masa dan situasi semasa. Yang penting anda pelru sentiasa bersedia.
  7. Apabila dapat tawaran, akan dimaklumkan juga bila perlu anda lapor diri sebagai guru ganti
  8. Pada hari lapor diri, anda perlu berjumpa dengan pengetua untuk sekolah menengah dan guru besar untuk sekolah rendah.
  9. Dan selepas itu berjumpa pula dengan guru penolong kanan GPK untuk mendapatkan jadual mengajar.

Berapa Gaji Guru Ganti

Bayaran upah bagi Guru Ganti yang diberikan agak subjektif sebenarnya. Tiada tangga gaji yang ditetapkan untuk ini.

cara memohon guru ganti yang ditempatkan di sekolah

Ia bergantung kepada tahap kelayakan anda sebenarnya. Lagi tinggi kelayakan anda lagi tinggi gred gaji yang ditawarkan kepada anda. Tidak lupa juga ia bergantung juga kepada keadaan kewangan semasa pada waktu itu.

Secara asasnya ini tawaran gaji yang ditawarkan kepada anda yang berminat dan berjaya diterima bekerja sebagai guru ganti.

  • Untuk lulusan SPM : Gaji RM54 sehari
  • Untuk lulusan STPM : RM72 sehari
  • Untuk lulusan Diploma : RM72 sehari
  • Untuk lulusan ijazah Sarjan Muda : RM100 sehari

Butiran yang lebih terperinci info ini, anda boleh tanyakan terus kepada kakitangan PPD di sana

Sementara anda tiada komitmen kerja tetap dan kelapangan masa sekurang-kurangnya 2 bulan lamanya, boleh cuba apply

Syarat Kelayakan

SEMAK SINI: Berapa yuran pendaftaran ipg

Adakah saya mesti lulusan IPG atau PISMP untuk apply jawatan ini? Tidak perlu sama sekali. Pastikan anda…

  1. Mesti warganegara Malaysia
  2. Berumur antara 18 – 30 tahun (Bukan Siswazah) dan 18 – 35 tahun (Siswazah)
  3. Anda mesti dapat paling kurang kepujian dalam 4 subjek termasuk Bahasa Melayu dalam keputusan SPM anda
  4. Masih sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota badan

Soalan Lazim & FAQ

1. Apakah pakaian untuk saya pakai ke hantar permohonan ke PPD?

Berpakaian formal. Pastikan anda bawa sijil sijil dan dokumen penting mengenai diri anda

2. Apa antara dokumen yang boleh saya sertakan?

Sijil spm, sijil kelulusan akademik anda yang lain, sijil kokurikulum anda serta tidak lupa juga salinan kad pengenalan dan gambar berukuran passport.

3. Senarai skop kerja & tugas di sekolah?

(i) Akan terlibat dengan aktiviti kokurikulum berdasar jadual dan acara yang telah disusun oleh pihak sekolah
(ii) Buku persediaan mengajar boleh anda sediakan
(iii) Memantau rekod pelajar sekolah daripada masa ke semasa
(iv) Meneruskan pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan oleh guru yang anda gantikan

4. Selain guru cuti bersalin, apa lagi cuti guru yang boleh saya gantikan?

Guru yang sedang terlibat dalam kursus, pergi haji, cuti sakit, cuti tanpa gaji, cuti sakit, sakit cuti mengerjakan haji, cuti rehat khas, gurut sedang terlibat dalam aktiviti kokurikulum atau kurikulum. Semua ini, anda boleh mohon untuk gantikan

5. Syarat kelayakan memohon guru ganti untuk saya, jika saya mahu mengajar dalam mata pelajaran bahasa Cina?

Kepujian dalam bahasa Cina semasa keputusan SPM yang lalu

6. Syarat tambahan untuk saya, jika saya mahu mengajar bagi guru ganti bahasa Tamil?

Kepujian dalam bahasa India semasa keputusan SPM yang lalu

7. Bagaimana pula untuk mengajar dalam Pendidikan Islam?

Kepujian Bahasa Arab (SPM) atau Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam

Yang pastinya, kedua jawatan ini skop kerja tetap sama

Kongsikan maklumat permohonan guru ganti 2023 kepada ahli keluarga terdekat dengan anda sekarang yang sedang menunggu kerja kosong. Share di FACEBOOK & WHATAPPS mereka.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia