Pengumuman Bonus Raya 2020 Kerajaan Baru Pakatan Harapan Untuk Penjawat Awam dan Kakitangan Awam di Malaysia sempena Hari Raya ini, ada atau tiada?
Dahulu orang tidak kisah sangat pengumuman bonus seperti ini.
Yelah, dapat pun berapa je sebenarnya. Sikit sangat dahulu. Sekarang?
Tetapi semenjak pesta berlumba-lumba untuk penjawat awam menjelang Hari raya Aidilfitri antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan negeri pemimpin pembangkang, masing-masing mahu berikan bayaran yang terbaik.
Mari kita buat perbandingan bayaran di setiap negeri di Malaysia
Senarai Bonus Raya Kerajaan 2020
Mari sama-sama kita semak berapa yang anda dapat mengikut negeri anda masing-masing dibandingkan dengan pemberian daripada kerajaan baru Pakatan Harapan sepertimana yang pm umum secara rasmi.
NEGERI | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Kerajaan Malaysia | RM450 dan RM220 |
Bonus Selangor | Bonus sebulan gaji (kakitangan negeri). RM1,000 untuk kakitangan persekutuan |
Bonus Melaka | RM1000 |
Bonus Johor | Setengah bulan gaji @ minimum RM1000 |
Bonus Sarawak | RM500 |
Bonus Sabah | RM500 |
Bonus Kelantan | RM500 |
Bonus Terengganu | RM400 |
Bonus Penang (Paulau Pinang) | setengah bulan gaji @ RM1000 |
Bonus Perak | Satu bulan gaji @ minimum RM2000 |
Bonus Negeri Sembilan | setengah bulan gaji @ minimum RM1000 |
Bonus Pahang | RM600 |
Bonus Perlis | Nantikan |
Bonus Kedah | RM1000 |
Sejarah Tarikh Pembayaran
TAHUN | PENJAWAT AWAM | PESARA |
---|---|---|
2020 | Akan dikemaskinikan | Akan dikemaskinikan |
2019 | RM450 | RM220 |
2018 | RM400 | RM200 |
Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam
Boleh semak pekeliling yang dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam JPA seperti yang tertera pautan di bawah ini :
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
Pautan Pekeliling dari JPA | https://docs.jpa.gov.my |
Kesan Bantuan Raya Penjawat Awam
1. Pembayaran bonus penjawat awam ini tidak boleh dinafikan sedikit sebanyak membantu terutamanya penjawat awam yang beragama Islam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah
2. Apabila penjawat awam berbelanja ia sekaligus memberikan pusingan dan aliran duit tersebut di pasaran, iaitu dikalangan peniaga, dikalangan anak-anak buah, dikalangan masyarakat. Ini sedikit sebanyak membantu menaikkan kuasa beli menjelang Hari raya
3. Dalam sudut politik, pengumuman siapa dan negeri mana bayaran yang lebih baik akan memberikan satu mata tambahan di mata rakyat di mana hasil yang dikutip oleh kerajaan baik kerajaan persekutuan mahupun kerajaan dipulangkan dengan saksama kepada rakyat Malaysia
4. Ia sebenarnya akan memberikan tonik dan semangat untuk memberikan yang terbaik daripada segi servis yang diberikan mereka. Apabila melihatkan usaha dan pengorbanan mereka memberikan perkhidmatan terbaik di sektor awam dihargai
P/S : Di era jumlah hutang negara Malaysia yang tinggi, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk jumlah pengumuman pembayaran bonus raya penjawat awam di Malaysia