Nah, ini syarat permohonan Biasiswa mara scholarship 2023 untuk skim Pelajar Cemerlang mara scholarship untuk program ijazah sarjana muda dan degree termasuk yang mahu belajar ke luar negara
Tahukah anda selain daripada biasiswa JPA, permohonan biasiswa mara juga antara menjadi rebutan pelajar cemerlang dengan semakan keputusan peperiksaan mrsm / sbp anda. Biasalah untuk satu tajaan yang popular sebegini rupa, pastinya agak sukar untuk lulus dan berjaya. Anda mesti jadi terbaik dikalangan yang terbaik.
Walaubagimanapun, untuk biasiswa dari mara ini agak unik sikit. Bukan jaminan untuk anda berjaya memperolehinya walaupun anda memperolehi result dan keputusan spm yang cemerlang.
Ini kerana Majlis Amanah Rakyat mara sememangnya ditubuhkan untuk membantu kalangan pelajar cemerlang dalam keputusan SPM & datang daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah menerima biasiswa.
Dengan harapan tajaan ke peringkat pengajian tinggi itu dapat merubah kehidupan dan membantu keluarganya khususnya dan masayarkat serta negara umumnya.
Permohonan Biasiswa MARA 2023
Setiap tahun, mara scholarship / biasiswa mara ke luar negara ini diperuntukkan untuk kalangan pelajar cemerlang yang akan sambung belajar di antara dalam senarai universiti terbaik di malaysia mahupun universiti di luar negara untuk peringkat ijazah sarjana muda, sarjana (master) sehingga ke peringkat doktor falsafah (PHD)
- BACA SINI >> Scholarship malaysia 2023: Best for degree master phd
- BACA SINI >> Permohonan scholarship jpa biasiswa
- BACA SINI >> Permohonan bantuan hpipt selangor
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Permohonan online ijazah sarjana muda | www.mara.gov.my |
Syarat Kelayakan
1. Hanya kalangan bumiputera sahaja yang dibenarkan memohon, cara memohon biasiswa mara degree dikongsikan melaui link pautan di jadual atas
2. Doktor yang bertauliah telah mengiktiraf dan memperakukan anda, sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit seperti HIV, AIDS, HEPATITIS dan sebagainya
3. Pengajian yang anda ingin sambung baik universiti di Malaysia mahupun universiti di luar negara mesti kursus pengajian sepenuh masa bukannya separuh masa
4. Tidak pernah ada sejarah yang mana anda pernah ditamatkan sebarang tajaan atas nama masalah disiplin
5. Pastikan yang mana anda datang dari keluarga yang berpendapatan paling maksimum RM10 ribu sebulan dan tidak lebih RM120,000 setahun
6. Anda pilih kursus yang berkaitan dengan permintaan negara seperti kejuruteraan, perubatan, matematik, teknologi bagi membolehkan permohonan bagi lepasan ijazah sarjana muda anda dipertimbangkan
Proses Mara Scholarship 2023 For Degree
1) Anda perlu mengikuti a level atau foundation (asasi) atau IB di pusat pengajian seperti yang tersenarai di bawah ini
2) Selepas tamat pengajian a level atau foundation (asasi) atau IB, anda akan mula ditempatkan di universiti di dalam malaysia atau universiti luar negara (oversea) untuk peringkat ijazah sarjana muda
Kami doakan semoga permohonan anda untuk biasiswa mara 2023 ini diluluskan