≡ BACK

Berita Terkini : Veteran Tentera Mahu Bantuan Dipermudahkan

Berita Terkini : Veteran Tentera Mahu Permohonan Bantuan Sara Hidup Dipermudahkan

Dahulu dipanggil bantuan rakyat 1Malaysia ataupun BRIM. Sekarang ini dipanggil dengan nama bantuan sara hidup. Semua ini dengan harapan dapat membendung seketika lonjakan kos sara hidup di Malaysia hari ini.

permohonan bantuan sara hidup

Bersama-sama ini beberapa persatuan telah tampil memberikan beberapa cadangan supaya mekanisme kemaskini bantuan sara hidup ini diperkemaskan dengan harapan lebih ramai mendapatkan hak dan pembelaan sewajarnya.

Contohnya, baru-baru Persatuan Veteran Angkatan tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) mahukan supaya permohonan bantuan sara hidup dibuat tanpa saringkan untuk semua ahli persatuannya iaitu kalangan veteran tentera di malaysia.

Ini bermakna Persatuan Veteran Angkatan tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) mahukan supaya permohonan mereka diluluskan tanpa sebarang kesulitan dan halangan.

Jumlah Yang Sesuai Diberikan

Tambah mereka lagi jumlah bantuan sara hidup sebanyak RM300 sebulan adalah jumlah yang ideal untuk dilaksanakan dan diberikan kepada mereka veteran tentera.

Sebelum ini bantuan hanya yang sakit dan tidak ada pendapatan yang tetap setiap bulan. Oleh itu harapan mereka supaya mekanisme yang sedia ada ini ditambah baik.

Khususnya mereka mahu dipermudahkan kepada kumpulan veteran tentera yang bertugas di zaman komunis sehingga awal tahun 1990.

Keutamaan harus dberikan kepada kumpulan veteran tentera di zaman ini di mana mereka bertempur hebat dengan tentera komunis

P/S : Kami sendiri dipihak Mypt3 menyokong penuh cadangan ini dan diharapkan dapat direalisasikan secepat mungkin.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bantuan Sara Hidup Bujang BSH : Sila Tunai Duit RM100 di BSN Berita Pengumuman permohonan Bantuan Sara Hidup rakyat 2019 BSH Ganti Bayaran BRIM BR1M. Dapatkan borang bantuan sara hidup BSH rakyat bujang isi ruma…
Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 : Semakan BSH Status Lulus atau Tidak Bagaimana Cara Buat Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 cek status Lulus atau Tidak selepas rayuan bsh bantuan sara hidup rakyat semakan BSH 2019 …
Bayaran Bantuan Sara Hidup 2019: Pembayaran BSH Fasa 2 Untuk Bulan Mei Tarikh bayaran bantuan sara hidup 2019 hari ini 23 atau 24 Mei 2019 dan bujang 2019. Tarikh pembayaran bantuan sara hidup 2019 bsh duit masuk bank. K…