≡ BACK

Berita Terkini KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) : Peperiksaan PT3

Berita Terkini KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) : Peperiksaan PT3

Berdasarkan respon dan maklumbalas yang diberikan oleh golongan ibubapa dan rakyat Malaysia mengenai peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) selepas melihatkan keputusan Pt3 yang diumumkan sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.

kpm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah tampil memberikan kenyataan terkini melalui Ketua Pendidikan Malaysia bagi menjelaskan situasi sebenar yang melibatkan peperiksaan PT3 bagi mengurangkan kegusaran, persoalan yang berbangkit melibatkan kalangan ibubapa bagi pelajar Tingkatan 3.

Berita KPM Melibatkan Peperiksaan PT3

  1. Peperiksaan PT3 ganti Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  2. Peperiksaan ini diwujudkan bagi menyediakan sistem pendidikan kepada menengah rendah yang tidak hanya tertumpu kepada peperiksaan semata
  3. Peperiksaan ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dengan harapan mereka dapat berfikir di luar kotak kerana memberikan lebih penekanan kepada bentuk dan format soalan-soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi. Koleksi soalan KBAT telah menggalakkan  calon berfikir secara kreatif dan kritis.
  4. Keputusan PT3 juga tidak menjejaskan kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh dan ke aliran sains atau sastera. Pemilihan ke aliran tersebut dibuat bukan sahaja berdasarkan keputusan PT3, tetapi juga mengambilkira pelaporan keempat-empat komponen PBS.
  5. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan 3 merupakan empat komponen yang digunakan mentaksir murid Tingkatan 3 yang menduduki PT3 mulai tahun 2014, 2015 dan seterusnya.
  6. Mekanisme penentuan pemberian gred PT3 yang mana ia format dan kriteria tertentu mengikut mata pelajaran manakala pengredan PMR ditentukan prestasi keseluruhan calon. Nisbah tahap kesukaran soalan juga adalah berbeza, iaitu PT3 : 3:4:3 (rendah :
    sederhana : sukar), manakala PMR : 5:3:2 (rendah : sederhana : sukar).

Pihak MyPT3 mengharapkan perjalanan peperiksaan PT3 tahun ini lebih tersusun selepas dilihat cacar merba pada tahun 2014.

Usah diulang lagi sehingga menyusahkan majoriti guru dan pelajar Tingkatan 3 pada waktu itu.

KPM telah berjanji untuk menambahbaik sistem peperiksaan PT3 Tingkatan 3 sekaligus memperbaiki kelemahan dan kekurangan sebelum ini dengan harapan anak-anak kita melalui sistem yang terbaik. Insyaallah moda dipermudahkan

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Contoh Bank Soalan Pt3 : Matematik Bahasa Melayu Sains Bank Soalan Pt3 : Matematik Bahasa Melayu Sains Ada pelbagai usaha yang boleh adik-adik lakukan untuk membuat persiapan terakhir bagi menghadapi pepe…
Semak Format PT3 2019 : Matematik Sejarah Geografi English Sejarah Semak Format PT3 2019 Matematik Sejarah Geografi Bahasa Melayu Bahasa Inggeris (English) Sains Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pen…
Contoh Kerja Kursus Sejarah PT3 2019 : Rujukan Terbaik Tingkatan 3? Contoh Kerja Kursus Sejarah PT3 2019 : Contoh Rujukan Terbaik Tingkatan 3? Terdapat beberapa contoh rujukan yang ingin dikongsikan bersama dengan adi…