≡ BACK

Berita : Penilaian Pelajar Bukan Sahaja Semakan Keputusan UPSR Semata

Berita : Penilaian Pelajar Sekolah Rendah Bukan Sahaja Semakan Keputusan Semata

Nampaknya jikalau sebelum ini kalangan ibu bapa terutamanya mahukan anaknya mendapat seberapa banyak A dalam keputusan UPSR. Bilangan A menjadi kayu pengukur bagi kejayaan kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia.

semakan keputusan upsr

Tetapi itu dahulu selepas ini tidak lagi. Ini kerana kerajaan melalui Kementerian pendidikan Malaysia KPM mahukan supaya penilaian pelajar sekolah rendah tidak lagi bersandarkan kepada result upsr semata.

Selepas ini penilaian pelajar sekolah rendah bukan sahaja berdasarkan result upsr semata, tetapi juga berdasarkan penilaian sepanjang di dalam kelas, penilaian aktiviti kokurikulum dan juga penilaian aktiviti sukan.

Jadi ada 4 elemen dan laporan yang perlu dirujuk untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah sepanjang 6 tahun bersekolah rendah.

Senarai Penambaikan Disebalik Semakan Keputusan UPSR

1) Ini bermakna keputusan untuk masuk ke tingkatan 1 samada SBP, SMKA, MRSM akan mengambil kira 4 elemen laporan ini. Ini bagi membolehkan pencapain pelajar lebih seimbang bukan bersandarkan kepada akademik semata-mata.

2) Tiada lagi pencapaian result upsr mengikut negeri dan pengumuman sekolah terbaik seperti tahun-tahun sebelum ini

3) Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum adalah teras tambahan yang cukup penting bagi membolehkan pelajar yang ada hari ini bukan sahaja baik daripada akademik tetapi juga kecergasan fizikal

4) Tidak menggalakkan majlis yang meraikan pelajar cemerlang di sekolah supaya mengelakkan pelajar pelajar lain terasa hati

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Keputusan UPSR 2019 : Tarikh Bila Result Untuk Semakan Online dan SMS Tarikh Keputusan UPSR 2019 keluar hari ini. Semak bila keluar tarikh result upsr yang mana semakan secara online dan sms Pasti lega perasaan adik-adi…
Berita Terkini : Teknik dan Tips Jawab Soalan di Klinik UPSR Teknik dan Tips Jawab Soalan Dalam KLinik UPSR Nampak peperiksaan ujian pencapaian sekolah rendah semakin hampir. Inilah waktu dan ketikanya untuk me…