≡ BACK

Berita : Rizab Antarabangsa Malaysia Merisaukan Ramai Pelabur?

Berita : Rizab Antarabangsa Malaysia Merisaukan Ramai Pelabur?

Selepas kerajaan pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan Barisan Nasional selepas Pakatan harapan berjaya menumbangkan BN semasa Pilihanraya Umum yang lalu, umum mengetahui rizab antarabangsa Malaysia telah jatuh selama tempoh 2 bulan berturut-turut.

rizab antarabangsa malaysia

Ini pasti membuat ada segelintar merasa risau melihatkan situasi ini. Berbanding US$108.5 bilion pada bulan Mei 2018, telah merudum kepada US$104.7.

Tetapi apa kata pakar ekonomi melihatkan situasi ini?

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid telah tampil dengan memberikan beberapa analisa dan pandangan melihatkan kepada situasi rizab antarabangsa Malaysia hari ini:

Analisa Pakar Ekonomi Mengenai Rizab Antarabangsa Malaysia

  1. Kedudukan rizab antarabangsa Malaysia masih lagi ditahap yang stabil, tidak merisaukan
  2. dengan kedudukan terkini ini, ia mampu menyerap import tertangguh selama 7.5 bulan
  3. Ia melepasi paras yang ditetapkan diperingkat antarabangsa iaitu 3 bulan import tertangguh

Apapun, sebenarnya pelabur pasaran sebenar-sebenarnya ternanti-nanti apa sebenarnya yang terkandung dalam intipati Bajet 2019 kali ini.

Adakah bertambah baik berbanding pada tahun tahun sebelumnya :

Semuanya akan terjawab pada pembentangan Bajet 2019 pada 2 November 2018.

P/S : Semestinya di pihak MYpt3 mahukan supaya rizab antarabangsa Malaysia akan mula tumbuh dan meningkat naik secepat yang mungkin. Ia sememangnya akan menambah lagi keyakinan dikalangan pemain pasaran dan pelabur. Harap-harap begitulah.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bajet 2019 : Intipati Pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan Live Streaming, Siaran langsung Pengumuman Intipati Pembentangan Bajet 2019 Malaysia oleh Tun Mahathir pada Tarikh Belanjawan 2019 2 November 2018 Pe…
Ucapan Bajet 2019 : Senarai Ringkasan Teks oleh Tun Mahathir Senarai ringkasan Bajet 2019, rumusan dan kesimpulan berdasarkan Teks Ucapan Bajet 2019 Sudah pastilah ramai yang ternanti-nanti apa perancangan kera…
Hutang Negara Malaysia : 6 Sebab Mencapai Kadar RM1 Trilion 6 Sebab Hutang Malaysia Semakin Melonjak Tinggi. Jumlah Hutang Negara Malaysia terkini Rm1 trilion Sejak dari era pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Tu…