Home » travel » Bercuti di Singapura : Tips Untuk Yang Mahu Naik Bas atau Kereta

Bercuti di Singapura : Tips Untuk Yang Mahu Naik Bas atau Kereta

Tips Untuk Yang Mahu Bercuti di Singapura Naik Bas atau Kereta

bercuti di singapura

Ada banyak bertanya apa yang perlu disediakan jikalau mahu melakukan percutian ke Singapura samada naik kereta atau naik bas.

Mana yang lebih baik? Ikuti artikel ini seterusnya.

Jikalau Mahu bercuti di sana ikuti tips ini. Salam kepada semua warga pembaca, saya ingin berkongsikan pengalaman melancong ke Singapura.

Di bawah ini ada dinyatakan tips dan bajet perbelanjaan yang diperlukan ketika berada di Singapura.

Tips Trip Bercuti di Singapura Naik Baik atau Naik Kereta

Ini adalah sedikit tips dan panduan untuk yang  mahu bercuti di Singapura dan perbezaan kos menaiki kenderaan dan menggunakan pengangkutan awam :-

1. Naik kenderaan kereta Malaysia.

  • Sila isi minyak penuh di Johor Bahru sebab kalau isi di Singapura anda akan rugi.
  • Touch And Go : RM30 (pergi – balik)
  • Wajib daftar Autopass : SGD25
  • Standby EZLink Card : SGD10 (untuk parking jangan guna autopass, untuk parking di pusat beli-belah atau parking block apartment hbd)

Tips Penting Untuk Sesiapa Bercuti di Singapura Naik Kereta

Wajib pandu kereta bawah 90km setiap jam kalau tidak kena saman dan bayar dengan kadar segera masa balik dari Singapura ke Johor Bahru). Dan elak naik lebuh raya ERP waktu jam puncak sebab tol dia SGD 7 untuk 1 kereta (guna jalan alternatif pakai waze gps).

Dan pastikan periksa baki autopass sebelum sampai ke Kastam Singapura. Kalau tidak akan dikenakan penalti SGD 20 atau RM70.

2. Naik pengangkutan awam ke Singapura untuk percutian bajet

  • Letak kereta di dalam Building CIQ JB (RM12 / 1 hari)
  • Turun lif jalan kaki sampai KTM Johor Bahru – Singapura RM3 / pax sehala, turun di Woodland. (Tidak penat kalau berjalan kaki nak jalan naik turun bus, sesuai untuk yang bawa kanak-kanak kecil dan orang tua)
  • Kalau naik bas memang kena berasak-asak sebab ramai orang Malaysia yang berkerja di Singapura pilih untuk naik Causeway Link Bus sebab kos paling murah dan jimat. RM 1.50 / pax (sehala dari Ciq ke Woodland Singapura).
  • Lepas sampai di Woodland, naik bas terus ke Kranji MRT atau  Woodland Causeway Point MRT.
  • Sebelum naik MRT, beli dahulu di 7eleven Kad EzLink dan Simkad Singtel SGD 10 untuk mudahkan perjalanan ke mana-mana destinasi.
  • Jika anda keliru atau sesat tanya sahaja di kaunter MRT atau LRT, mereka bimbing anda dengan mesranya sampai anda paham.
  • Teliti peta LRT atau MRT dahulu. Kalau anda mahu pergi dari Woodland ke Orchard, harganya hanya bawah SGD1.80 atau pax sahaja.
  • Penginapan Hotel atau Homestay boleh ikut kemampuan masing-masing. Kalau backpaker boleh guna AirBnB atau Agoda untuk tempahan.

Nota :
Kalau nak tukar duit RM ke SGD jangan tukar di mall Citysquare Mall, mahal di sana. Tukar sahaja di Kuala Lumpur atau tukar di Causeway Point, Woodland.

Lagi Perkongsian 2 Gambar Trip ke Singapura

Sekian itu sahaja dari saya. Diharapkan entri ini dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin berkunjung dan bercuti di Singapura. Rancanglah perjalanan anda dengan hemat dan teliti. Sekian, terima kasih.

Scroll to Top