≡ BACK

Bercuti di Koh Samui Thailand : Tips dan Pengalaman Awek Selama 4 Hari

Ini Tips dan Pengalaman Awek Cantik Bercuti di Koh Samui Thailand selama 4 hari

Apa agaknya destinasi bajet koh samui oleh awek cantik bernama Salam kepada semua warga pembaca, kali ini saya akan berkongsi tentang pengalaman saya berkunjung ke Koh Samui. Saya berkunjung dan bercuti ke Koh Samui selama 4 hari 3 malam.

Pengalaman Sebenar Backpacker Bercuti Koh Samui Thailand

Tips Dan Pengalaman

bercuti di koh samui

Beberapa benda penting dan tips yang anda perlu tahu jika mahu merancang bercuti di koh samui :

1. Tiket Penerbangan : Mahal atau tidak flight ke koh samui? Kalau mahu yang murah, ambil penerbangan Air Asia penerbangan pulang dari Kuala Lumpur ke Suratthani.

Ketika itu, saya beli RM138 sahaja. Kalau tidak, boleh beli MAS terus sampai ke Koh Samui.

2. Hotel : Ikut selera dan keselesaan masing-masing. Seperti kami, pada hari pertama cuma ambil hotel murah-murah sahaja di Cheweng dan kalau boleh cari yang berdekatan dengan Festival Central sebab situ adalah tempat yang paling meriah.

Hari seterusnya, kami tinggal dekat Baan Hin San Resort dan Spa dekat Cheweng Noi. Kami sengaja pilih hotel itu sebab sangat cantik dan murah untuk taraf resort & spa.

3. Perbelanjaan : Kalau jenis yang tidak kisah duduk hotel biasa-biasa RM1k sudah mencukupi. Tapi kalau mahu duduk di resort bawa wang dalam RM1500. Melainkan anda tidak mahu beli apa-apa pun.

4. Pengangkutan : Kalau mahu lebih senang dan murah kena sewa motor dlm 200Bath (RM24) untuk 1 hari = 24 jam. Ini adalah yang paling mencabar sebab masa kami pergi, kami dua orang tidak tahu bawa motor dan apabila ditanya rupanya mat saleh yang datang pun ada yang tidak pernah bawa motor.

Jadi kami lagi yakin untuk sewa juga. Pemuda Thailand itu siap pesan “i crossed my finger and hope that you return to me with the same condition” . Hehe.

5. Makanan : Adakah susah untuk mencari makanan sepanjang bercuti di koh samui? Di sana ada sahaja makanan halal.

Kalau di Cheweng boleh pergi ke Far East, terletak betul-betul jalan nak masuk Cheweng Festival guna jalan utama dengan kedai yang berwarna ungu yang kelihatan agak hipster. Di Festival Central pun ramai sahaja muslim yang jual makanan di tepi jalan.

Dapat kami beli bebola harga 30bhat. Dengar cerita di sana ada perkampungan nelayan muslim dekat sana dan masjid, jadi boleh cuba ke sana untuk makan. Pancake pun ada dijual yang kebanyakannya adalah muslim dari Myanmar.

6. Shopping : Rasanya untuk lebih senang, cepat dan murah boleh pergi ke Lamai Night Market, penjual tidak akan minta harga bukan-bukan dan senang untuk berunding harga. Ada seorang kakak ini bagi harga yang murah betul dan dapat barang percuma.

Kalau pergi shopping dan membeli-belah di Cheweng memang mula-mula mereka akan tawarkan harga yang sangat tinggi. Jadi pastikan minta harga yang lebih murah dari harga Malaysia.

Dekat Festival Central itu ada street yang banyak seperti pasar malam. Di situ ada seorang abang jual dream catcher boleh bercakap Melayu Kedah. Katanya dari keturunan mahsuri. Di sana ada juga surau yang disediakan di tingkat dua Festival Central.

7. WiFi : Di sana, sangat susah untuk mencari Wifi. Di hotel ada sahaja Wifi tapi cuma ada di lobi sahaja. Sila beli sim kad 200Bhat untuk 7 hari. Kedai-kedai di sana ada sahaja Wifi, rajinkan diri untuk bertanya.

8. Hanya Di Thailand : Kalau jalan mana-mana anda mesti akan nampak 7E dengan farmasi di merata-rata tempat. Jadi sangat senang untuk dapatkan apa-apa. Hotel di sana tidak menyediakan seterika.

Sila bawa dan sediakan jika perlu. Tapi kalau mahu boleh sahaja minta staf hotel untuk seterikakan. Upah mereka dengan 10bhat sahaja.

Jadual Perjalanan 4 Hari Dan Itinerary Bercuti di Koh Samui

Hari Pertama 

Pada 12 tengahari, kami berlepas  dari KLIA2 sampai dekat lapangan terbang dalam 1 petang, kami sahaja beli pakej shuttle (bas – feri – van ke hotel) pergi balik dalam 1200bhat lebih kurang dalam RM 120.

Perjalanan ke feri sangat lama dalam 2 jam! Sesampai terus naik feri dalam 1.5 jam. Pukul 6 petang, barulah smpai Koh Samui. 5 jam juga jumlah perjalanan yang diharungi.

Jadi saya tidak galakkan untuk bawak anak kecil kerana perjalanannya agak mencabar. Keluar dari jeti mesti anda tidak tahu mahu pergi ke mana. Usah risau, anda tunjuk sahaja tiket dekat abang-abang van nanti mereka akan bawakan.

Kami ambil Hotel The Avenue Samui (hotel ini keperluannya sangat asas dan terhad dengan apa yang dibayar, jadi tidak sarankan). Check in, mandi, solat dan terus keluar cari 1 sim kaddan selebihnya berkongsi hotspot.

Kami tidak sewa motor lagi sebab seperti tidak berbaloi sebab sudah pukul 8 malam, maka kami berjalan kaki pergi ke Night Market dalam jarak 1.5km. Jauh jugalah untuk pergi. Oleh kerana itu, saya sarankan beli hotel berdekatan dengan Festival Central!

Hari Kedua

Sebenarnya masa beli Shuttle Bus di lapangan terbang, agen itu ada mempromosikan pakej island hopping.

Memandangkan kami memang merancang untuk pergi hiking maka kami pun beli dengan 1200bhat termasuk yuran kemasukan ke Marine Park (pulau-pulau) 300bath. 7.30 pagi kami checkout hotel, van datang ambil dan terus ke jeti.

Jangan risau kalau anda mempunyai beg yang banyak pun, agen akan jaga beg anda semua. Pakej koh samui yang diambil termasuk sarapan dan makan tengah hari.

InsyaAllah semua halal! Habis melawat 3 Pulau, kami terus check in Baan Hin San Resort & Spa. Lepas check in kami terus keluar. Kami mahu sewa motor dekat hotel tapi motor semua sudah habis disewa.

Maka kami ambil tuktuk pergi ke Cheweng dan sewa motor di sana kerana hari terakhir memang sudah dirancang untuk pergi ke sana.

Sewa pukul 9 malam dan pulangkan kembali 9 pagi keesokannya. Anda kena bagi passport sebagai deposit. Selepas itu, terus pergi ke Lamai Night Market. Malam-malam di sana memang sejuk!

Hari Ketiga

Hari ini, memang bertujuan untuk bersantai di hotel sahaja untuk menikmati hotel yang cantik. Pada tengah hari, kami mencari makan di Cheweng.

Tengahari di sana sangat panas dan tidak banyak kedai buka pada waktu siang jadi kami pergi urut badan. Urut di sini boleh jimat RM10 dari Malaysia.

Oleh itu, teliti betul-betul pakej yang ingin diambil. Hari itu, saya minta untuk urut kuat sedikit tetapi kena tambah duit kerana pakej yang diambil adalah “Relaxing Package”.

Bayarannya 150bhat untuk 30 minit 150 pada bahagian kaki. Pada 9 malam, kami pulangkan kembali motor dan membeli-belah kali terakhir di Cheweng.

Hari Keempat

Pada 6.25 pagi, kami bersarapan dan van pun datang. Pada 1 petang, kamu berlepas dari Suratthani.

Sesiapa yang sudah check in dari Malaysia tapi tiada pas masuk, tidak perlu beratur balik di Counter Checkin tapi boleh pergi terus ke kaunter tiket.

Perkongsian 4 Gambar Menarik Sepanjang Bercuti di Koh Samui

Diharapkan entri kali ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang perjalanan dan destinasi bajet bercuti di koh samui bagi percutian anda. Sekian, terima kasih.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Tiket Air Asia Murah : Bagaimana Cara Dapatkan Pada Harga Promo Bagaimana Cara Dapatkan Tiket Air Asia Murah Pada Harga Promo Dahulu untuk terbang ke mana-mana bukannya mudah. Tiket mahal, pilihan dan akses penerb…
Cuti di Koh Lipe Thailand : Berhabis Hanya RM1900 Untuk 4 Hari Berhabis RM1900 4 Hari Cuti di Koh Lipe Thailand Inilah yang dipanggil MALDIVES of THAILAND.Antara tempat yang mempunyai pantai yang cantik, biru…
Bercuti di Lombok Indonesia : Belanja Hanya RM504 Untuk 6 Hari Tips Belanja budget dan Trip pengalaman Bercuti di Lombok Indonesia Hanya RM504 Untuk 6 Hari. Juga termasuk kos pergi dan tempat menarik di Lombok Lo…