Bercuti di Cameron Highland : Pengalaman Percutian Bajet

Pengalaman percutian bajet Bercuti di Cameron Highland, tempat makan dan tempat menarik di cameron highland waktu malam dan waktu siang

Sebelum memulakan perjalanan percutian ke Cameron Higlands, pastikan anda check kondisi kereta, isi minyak secukupnya, pastikan tak banyak barang bawak untuk mengelakkan kereta tak berat untuk mendaki bukit.

bercuti di cameron highland

Penting! Bawak Jumper cabel dan tools. In case kalau ada kecemasan kereta breakdown. Pastikan angin tayar dan bunga tayar baik kerana jalan kadang-kadang agak licin.

Untuk penginapan di Cameron Highland, anda boleh menginap di hotel mewah, hotel bajet di cameron highland murah atau homestay. Jika anda dalam kumpulan yang ramai, dicadangkan anda menginap di homestay.

Banyak rumah homestay di kawasan tanah rata dan Ringlet. Anggaran kos penginapan dalam RM300-450 sehari.

Anda boleh berkongsi dengan adik beradik dan kawan-kawan untuk menjimatkan kos. Pastikan anda memilih tempat penginapan yang ada water heater, kalau tak menangis nak mandi, air sejuk tak hengat terutama kepada anak anak yang masih kecil.

Saya memilih duduk di homestay Cameron Highland untuk percutian bajet di Cameroh Highland iaitu homestay Greenhills macam dalam gambar yang dikongsikan dalam artikel ini.

7 Perkara Penting Sepanjang Bercuti di Cameron Highland

1) Cuaca

bercuti di cameron highlands

Cuaca di Cameron Highlands adalah dalam kategori sejuk. Cuacanya dalam 15-19 °c. Sangat sejuk pada waktu pagi. Anda WAJIB bawak baju sejuk dan stokin tebal. Kalau hujan lagi lah sejuk ya amat. Ada juga kedai yang menjual baju sejuk dan stokin di tanah rata dalam harga yang agak murah. Anak2 kecil wajib dibekalkan dengan baju sejuk dan stokin. Waktu petang sampai ke malam memang sejuk giler…

BACA SINI:
Percutian di Monaco : Pengalaman Travel Tahun 1978 vs 1985 vs 2010

2) Stesen minyak

Di tanah rata, Ringlet dan Brinchang ada disediakan stesen minyak seperti Petronas dan shell, jadi kalau minyak anda dah nak habis, boleh topup kat situ.

3) Tempat Makan

Jika anda memilih homestay dan hotel yang boleh masak, anda boleh bawak makanan yang ringkas untuk digoreng. Kalau anda malas, banyak jer gerai-gerai dan tempat makan di cameron highland di tepi jalan untuk anda lawati. Kedai-makan macam KFC, starbucks, secret recipe juga ada untuk anda pergi di tanah rata.

Tempat menarik di cameron highland waktu malam lagi meriah, banyak gerai-gerai makan yang disediakan untuk anda pilih. Ada juga kedai makan steamboat, sup daging di uptown tanah rata (Adeq mee sup). Anda boleh jalan-jalan untuk cari makanan dengan senang.

Jika anda berkunjung ke ladang strawberi, jangan lupa beli ais krim, memang lazat dan sedap sebab ianya dibuat pakai strawberi asli yang pekat dan padu.

tempat menarik di cameron highland

Jika anda pergi ke ladang teh, anda boleh minum teh yang fresh Dan segar sambil makan kek dan menikmati pemandangan yang indah di atas bukit.

4) Kedai serbaneka

Di tanah rata ada disediakan 7 eleven, ada juga kedai-kedai runcit untuk anda beli barangan keperluan.

Perjalanan ke tempat tempat menarik di Cameron Highlands

  • gerai Sayur sayuran, buah buahan, petai
  • lavender garden
  • tempat menjual sayuran
  • bee farm
  • strawberry pluck
  • ladang teh dan tempat minum teh
  • agro farm
  • Air terjun lata iskandar
  • banyak lagi tempat tempat menarik di Cameron Highland yang mungkin saya tak sempat nak pergi.
air terjun di cameron highland

air terjun di cameron highland

Pastikan anda bertolak awal awal untuk ke bercuti Cameron Highland kerana jika waktu cuti, memang agak jem dan banyak kereta, parking juga susah nak dapat jika terlalu banyak orang.

BACA SINI:
Pengalaman Umrah 1979 PART 4 : Tragedi Masjidil Haram Ditawan

5) Ubat ubatan

Sila bawak ubat ubatan asas seperti Panadol, ubat selsema dan batuk. Jika anda ada penyakit lain, sila bawak ubat secukupnya . Ada juga klinik disediakan di tanah rata. Sila juga bawak ubat asas untuk anak-anak anda. Cuaca di sini memang cukup syarat untuk demam dan selsema . Sejuk…

6) Kelengkapan asas

Sila bawak kelengkapan asas seperti berus gigi, ubat gigi, shampoo dan sabun mandi, jika anda duduk di hotel mungkin takda masalah. Takda lah nak keluar semata-mata nak beli keperluan tu sahaja.

7) Bank dan ATM

Di tanah rata, bank dan ATM tiada masalah, Maybank, CIMB, AmBank , agro bank semua ada. Bagus kemudahan di sini.

percutian bajet ke cameron highland

Secara keseluruhannya, tempat percutian di Cameron Highlands banyak berubah dari segi kawasan dan kemudahan. Banyak tempat tempat menarik di Cameron Highland yang boleh dikunjungi dan kemudahan asas yang banyak. Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi.

Selamat bercuti di Cameron Highland. Diharapkan perkongsian percutian bajet bercuti di Cameron Highland ini membantu anda merancang dan plan yang terbaik untuk anda pada masa akan datang