Bayaran PTPTN Potongan Gaji : Bermula Dengan Pendapatan RM2000

Bayaran PTPTN Potongan Gaji : Jadual Potongan Gaji PTPTN berjadual PGB Bermula Dengan Pendapatan Rm2000

Jikalau ikutkan janji asal kerajaan melalui manifesto mereka yang mana kalangan peminjam ptptn akan mula buat bayaran ptptn pada ketika gaji dan pendapatan masing masing mula cecah RM4 ribu sebulan.

bayaran ptptn

Itu ketika sewaktu mencanang manifesto pada Pilihanraya Umum yang lalu.

Tapi itu dahulu. Selepas nama masing-masing yang terlibat dikeluarkan dari senarai hitam ptptn untuk keluar negara melalui pihak imigresen malaysia, akhirnya ptptn membuat ketetapan baru.

Kerajaan malaysia melalui pembentangan bajet 2019 malaysia telah mengarahkan kalangan peminjam ptptn mula buat bayaran ptptn melalui cara dan mekanisme baru selepas kemaskini ptptn dilakukan.

Cara Bayaran Ptptn Pada Bajet 2019

  1. Peminjam yang mana gaji dan pendapatan cecah RM2,000 perlu buat bayaran ptptn dengan cara potongan gaji samada anda kerja kerajaan atau kerja swasta
  2. Melalui kerjasama dengan sektor swasta yang akan dapat pelepasan cukai pendapatan khas jika membantu kerajaan buat potongan gaji ptptn untuk bayaran ptptn 2019
  3. Berapa banyak yang anda kena potongan gaji ptptn berdasarkan gaji yang anda terima setiap bulan boleh anda rujuk kepada jadual potongan gaji berjadual PGB seeprti yang mypt3 kongsikan pada gambar di bawah ini.
  4. Kadar bayaran ptptn potongan gaji berjadual PGB yang ditetapkan oleh kerajaan melalui potongan gaji adalah bermula dengan 2 peratus sehingga 15 peratus. Semakin tinggi gaji anda semakin banyak jumlah bayaran potongan gaji yang perlu anda lakukan
  5. Jadual potongan gaji ptptn berjadual ini adalah seperti yang diumumkan sendiri oleh Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi PTPTN

jadual potongan gaji ptptn
jadual potongan gaji ptptn (pgb)

NOTA : Ini bermakna jikalau anda gaji masih Rm1900 sebulan, Rm1500 sebulan ataupun RM1000 sebulan anda masih tidak kena bayaran potongan gaji ptptn

Ramai Tidak Setuju Sistem Jadual Potongan Gaji PTPTN

Walaubagaimanapun pengumuman ini mendapatkan kritikan yang hebat daripada kalangan peminjam pinjaman pendidikan. Ini kerana mereka merasakan mereka telah ditipu merujuk kepada manifesto Pakatan Harapan.

potongan gaji ptptn

Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh kerajaan dengan tekanan dan kekurangan dana yang kerajaan alami pada ketika ini.

Walaubagaimanapun, Lim Guan Eng telah memberikan respon balas dengan mengatakan jikalau wang negara tidak hilang disebalik skandal 1MDB oleh Jho Low dan perompak perompak duit negara yang lain, pastinya mereka dapat laksanakan janji mereka secepat mungkin.

Jadi buat masa ini kerajaan berharap rakyat dapat terus memberikan kerjasama sehingga kewangan negara dapat dipulihkan dengan kadar segera. Itu janji kerajaan buat masa ini.

P/S : Kerajaan harapkan dengan kaedah dan cara baru bayaran ptptn ini dapat mengurangkan beban hutang yang ditanggung oleh perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional selama ini.

PP/S : Ia sekaligus dapat meneruskan kelangsungan pinjaman pendidikan untuk generasi seterusnya

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...