Barang Hantaran Tunang dan Hantaran Kahwin

Senarai Barang Hantaran Simple Semasa Tunang dan Kahwin Yang Wajib baik utuk lelaki dan perempuan

barang hantaran untuk tunang simple

Tahniah diucapkan kepada anda baik untuk pasangan lelaki mahupun kepada pasangan perempuan, kerana anda sudah mengambil langkah untuk membina hubungan kekeluargaan antara kedua-dua belah pihak.

Ada yang memilih untuk kahwin terus. Ada yang bertunang lama baru berkahwin.

Ada yang tunang beberapa bulan sahaja kemudian terus kahwin mengikut adat melayu selama ini.

Untuk majlis pertunangan pastinya ada beberapa checklist yang perlu anda ikuti termasuklah juga senarai hantaran tunang lelaki atau perempuan tidak satu pun terlebih pandang.

Senarai Barang Hantaran Tunang

Sireh junjung adalah termasuk dalam senarai hantaran untuk diberikan tunang yang wajib ada untuk majlis pertunangan. Jikalau tiada, boleh gantikan sahaja dengan tepak sireh

Untuk yang memilih hantaran kahwin yang wajib tetapi masih lagi bajet berpatutan anda boleh ikuti tips dan panduan yang dikongsikan di bawah ini :

  • Pastikan anda sudah menentukan terlebih dahu berapa banyak dulang untuk bagi lelaki dan berapa dulang untuk bagi perempuan. Biasanya kalau pihak lelaki kepada pihak perempuan yang lelaki beri 7 dulang, belah perempuan balas dengan 9 dulang.
  • Elakkan buat suprise. Lebih baik maklumkan atau beli bersama-sama barangan hantaran yang diingini. Ini bagi mengelakkan barangan hantaran pertunangan tidak digunakan selepas itu
  • Jangan beli barangan terlalu besar kerana ia menyebabkan gubahan hantaran menjadi lebih sukar

13 Senarai Barang Hantaran Kahwin Lelaki

Ini pula diberikan pihak lelaki hantaran untuk pasangan perempuan anda

senarai barang hantaran lelaki
contoh gambar hiasan terbaik bagi pihak hantaran lelaki: SUMBER (https://www.pinterest.com/izza0601/hantaran-kahwintunang/)
  1. Dulang untuk mas kahwin atau dulang duit hantaran
  2. Dulang untuk batal air sembahyang ( dulang hantaran Cincin gelang atau rantai atau barang kemas yang lain)
  3. Dulang tepak sirih junjung
  4. Dulang bunga rampai
  5. Set wangian
  6. Beg tangan
  7. Hantaran kasut
  8. Kek
  9. Buah buahan
  10. Jam tangan
  11. Telekung
  12. Set Al Quran
  13. Barangan alat solek

14 Senarai Barang Hantaran Kahwin Perempuan

Ini pula senarai dulang hantaran untuk pihak perempuan, hantaran dari bakal pasangan lelaki anda

contoh barang hantaran perkahwinan

  1. Kemeja ataupun baju melayu atau kedua-duanya sekali
  2. Kain Pelikat
  3. Dompet dan juga tali pinggang
  4. Kasut
  5. Set Minyak Wangi
  6. Satu Naskah Al Quran
  7. Buah buahan
  8. Gajet seperti smartphone ataupun tablet
  9. Jam Tangan
  10. Tuala
  11. Bunga Rampai
  12. Coklat
  13. Kek
  14. Set sejadah

P/S : Hari ini, tutorial cara buat hadiah orang sebelah ada banyak. Semua orang boleh deko dan buat sendiri untuk gubahan hantaran yang simple simple. Tepuk dada tanya selera dan bajet serta perancangan pertunangan dan majlis perkahwinan anda dengan pasangan