Borang Permohonan duit Bantuan Wang Ihsan 2022 dan Bayaran RM1000 bwi dari NADMA, kerajaan selangor dan pahang
Sekarang boleh kita lihat masalah banjir di beberapa negeri sudah kembali surut, ada juga beberapa negeri dan tempat masih lagi berhadapi dengan bencana banjir. Kita boleh lihat sendiri banjir kali ini telah menyebabkan berpuluh ribu kereta dan kenderaan yang tersadai di tepi jalan.
BACA SINi >> Special Perils: Insurans Bencana Alam Banjir Untuk Kereta
Yang mana setiap kerosakan dianggarkan antara RM5,000 ke RM20,000. Belum masuk lagi kerosakan rumah yang dialami mangsa banjir. Masalah tekanan perasaan dihimpit dengan kerosakan teruk, fizikal, mental, masalah kewangan lagi.
Melihatkan situasi teruk pada ketika ini, kerajaan Malaysia bersetuju untuk memberikan bantuan nadma sebanyak RM1000 kepada setiap ketua keluarga isi rumah.
Senarai Kandungan Penting:
Borang Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 2022
Untuk makluman anda, anda sama sekali tidak disediakan borang permohonan bantuan wang ihsan RM1000 untuk anda isikan.
- BACA SINI >> Permohonan & Semakan Bayaran bantuan btr 2023
- BACA SINI >> Semakan MySalam B40 M40: Cara Daftar Pendaftaran Online
Ini kerana kerajaan mahu mudahkan cara mohon duit bantuan bwi 1000. Apa yang perlu anda lakukan adalah:
- Serahkan senarai nama anda sebagai ketua keluarga penerima bantuan kepada ketua kampung atau pegawai daerah di tempat anda
- Pegawai daerah akan kumpulkan senarai nama penerima untuk diserahkan kepada setiausaha kerajaan negeri Selangor dan Pahang untuk tujuan semakan dan pengesahan
- Kerajaan negeri Selangor dan Pahang akan memberikan wang bayaran terus kepada anda selepas menerima pembayaran dana peruntukkan dari pihak NADMA Malaysia
SUMBER: https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/informasi-bencana

Berita Bantuan Wang Ihsan Selangor Pahang & NADMA



Soalan Lazim & FAQ
1) Bolehkah saya mohon secara online?
Tidak boleh sama sekali
2) Adakah saya boleh mohon walaupun saya tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara?
Boleh
3) Saya mengalami banjir beberapa kali dalam tahun ini, boleh saya mohon banyak kali?
Tidak boleh. Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja
4) Saya hanya penyewa sahaja, tetapi rumah sewa mengalami banjir. Boleh saya mohon bantuan bwi?
Boleh
Semoga dengan bayaran bantuan wang ihsan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan anda untuk bangkit dari musibah banjir kali ini.