Str Bujang 2024: Bantuan Tambahan Berapa Dapat One Off

Berapa Penerima Bantuan str bujang 2024 & Berapa Banyak Dapat sumbangan tunai rahmah bujang untuk fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan juga fasa 4

bantuan str bujang 2024

Individu yang berstatus bujang merupakan individu yang tidak mempunyai tanggungan isi rumah seperti isteri dan anak-anak. Individu tersebut merupakan golongan yang berusia 21 tahun dan ke atas.

Di Malaysia, mereka ini merupakan golongan yang tidak berkeluarga dan berpendapatan.

BACA SINI >> Semak Daftar Bantuan Lesen Memandu Percuma & Motor Free

Oleh yang demikian, golongan bujang juga diberi keistimewaan oleh kerajaan Malaysia dengan menyediakan bantuan sara diri yang dikenali dengan bantuan rahmah (STR) untuk bujang yang berpendapatan rendah iaitu golongan B40. 

Siapa Yang Perlu Hantar Str Bujang 2024 Yang Baru

Bantuan kerajaan yang dikenali dengan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini diperuntukkan sebanyak 10 bilion ringgit Malaysia untuk semua golongan penerima yang terdiri daripada golongan isi rumah, warga emas dan sumbangan tunai rahmah bujang.

Individu yang memenuhi syarat kelayakan yang telah digariskan di bawah bantuan ini boleh membuat permohonan baharu STR ini, termasuklah golongan bujang di sini, https://bantuantunai.hasil.gov.my

Antara individu yang layak memohonn sumbangan tunai rahmah bujang adalah seperti berikut;

  1. Pemohon merupakan individu yang gagal menerima bantuan STR bujang sebelum ini.
  2. Pemohon yang layak menerima sumbangan tunai bujang ini kerana memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, akan tetapi terdapat perubahan terhadap butiran peribadi mereka.

Perlukah Maklumat Str Bujang Dikemaskinikan

Golongan bujang yang layak menerima bantuan STR ini digalakkan untuk membuat pengemaskinian data permohonan STR mereka.

Ianya penting untuk memastikan setiap data dan maklumat diri penerima adalah benar dan sah serta layak untuk menerima bantuan kerajaan ini.

Oleh yang demikian, kemaskini sumbangan tunai rahmah bujang ini perlu dilakukan.

Namun begitu, ianya hanya tertakluk pada butiran maklumat penerima golongan bujang yang mempunyai perubahan dan perlu dikemaskini.

Jika tidak mempunyai apa-apa perubahan, maka kemaskini maklumat tidak perlu dilakukan.

Antara maklumat diri yang perlu dikemaskini oleh penerima STR untuk kekal menerima bantuan ini bagi tahun 2024 adalah jumlah pendapatan terkini, status diri penerima, alamat terkini penerima dan nombor akaun bank penerima.

Kesemua ini adalah penting untuk memastikan seseorang individu bujang ini masih layak dan memenuhi syarat kelayakan untuk menerima sumbangan tunai bujang ini.

Kesalahan dalam membuat permohonan dengan menyatakan maklumat peribadi yang sah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah Bujang 2024

Tidak semua golongan dan individu bujang akan menerima bantuan ini.

Individu golongan bujang yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja akan menerima sumbangan tunai bujang ini.

Antara syarat kelayakan bantuan bujang 2024 yang perlu dipenuhi oleh golongan bujang untuk membolehkan mereka membuat permohonan bantuan ini dan menerimanya adalah seperti berikut;

sumbangan tunai rahmah bujang
  1. Golongan bujang merupakan individu warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
  2. Mereka adalah individu yang berusia 21 tahun sehingga 59 tahun dan bagi golongan bujang OKU, mereka adalah individu bujang yang berumur 19 tahun sehingga 59 tahun.
  3. Individu bujang mestilah bekerja di Malaysia dan menerima pendapatan kasar bulanan RM2500 dan ke bawah.
  4. Individu bujang adalah bukan dalam kalangan pelajar IPTA atau IPTS sepenuh masa.

Ada Tambahan Bantuan Rahmah Untuk Individu Bujang

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu bantuan tambahan kepada golongan berpendapatan rendah iaitu B40 yang dikenali dengan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024.

Penerima akan menerima bantuan tambahan sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan bermula Januari 2024 menerusi pengkreditan ke dalam MyKad.

Bantuan ini diberikan khusus kepada golongan miskin tegar daripada semua golongan penerima STR.

Oleh itu, golongan bujang akan menerima bantuan tambahan SARA ini sebanyak RM150 jika nama mereka tersenarai dalam data e-Kasih dan JKM.

Berapa Bayaran STR Bujang

Setiap penerima yang layak menerima bantuan STR 2024 bujang fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan juga fasa 4 (TIADA) ini akan disalurkan sejumlah tunai yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama LHDN.

Jumlah sumbangan tunai rahmah bujang ini adalah berbeza mengikut golongan pemohon.

Bantuan ini ternyata diberikan kepada golongan berpendapatan rendah adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.

bantuan tunai rahmah bujang

Bantuan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat dalam menampung beban kewangan yang dihadapi oleh mereka. 

Berikut merupakan jumlah bayaran STR bujang 2024;

KATEGORIJUMLAH BAYARAN (RM)
Bantuan Rahmah Yang Belum Berkahwin350
Bantuan Tambahan Sumbangan Asas Rakyat (SARA) 150 (hanya kepada penerima di mana namanya tersenarai di dalam sistem e-Kasih dan JKM)

1. Bantuan Rahmah Bujang Fasa 1

KATEGORIJUMLAH BAYARAN (RM)
Bantuan tunai rahmah bujang BULAN JANUARI100

2. Bantuan Tunai Rahmah Bujang Fasa 2

KATEGORIJUMLAH BAYARAN (RM)
Bantuan tunai rahmah bujang BULAN APRIL100

3. Str Fasa 3 Bujang

TARIKHJUMLAH BAYARAN (RM)
BULAN JULAI150

4. Bantuan Str Bujang Fasa 4

TARIKHJUMLAH BAYARAN (RM)
Bantuan bujang 2024 Bulan NOVEMBERRM150

Berapa Pendapatan Layak Terima STR Bujang

Individu bujang merupakan individu yang mempunyai pendapatan tetap secara bulanan.

Mereka mestilah bekerja di Malaysia. Pendapatan kasar bulanan yang membolehkan golongan bujang ini menerima STR ini adalah pendapatan bulanannya secara kasar adalah RM2500 dan ke bawah.

Dengan pendapatan sejumlah yang berikut, mereka dikategorikan sebagai bantuan bujang berpendapatan B40.

Secara tidak langsung, individu bujang yang menerima pendapatan kasar melebihi RM2500 sebulan tidak layak menerima bantuan rahmah untuk golongan bujang ini. 

Adakah Memiliki 3 Rumah / Hartanah & SSM Layak Menerima Bantuan Rahmah untuk kategori Bujang

Segala aset atau hartanah yang dimiliki oleh seseorang individu akan dinilai menerusi agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Individu bujang yang mempunyai 3 hartanah dan mempunyai syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pastinya berpendapatan kasar bulanan melebihi RM2500.

Secara tidak langsung, sepertimana yang tertakluk pada syarat kelayakan bantuan STR bujang, sudah terang lagi bersuluh golong individu ini adalah tidak layak untuk menerima bantuan rahmah untuk golongan bujang yang berkelayakan ini.

Hal ini kerana kesemua aset yang dimiliki adalah melebihi pendapatan golongan B40.

Adakah Duda Tiada Anak Layak Dapat?

Duda merupakan golongan individu yang tiada pasangan. Ianya dikira sebagai individu bujang sekiranya beliau merupakan individu yag berumur 21 tahun sehingga 59 tahun.

berapa penerima bayaran str bujang

Oleh yang demikian, golongan duda ini layak menerima bantuan STR bujang selagimana mereka memenuhi syarat kelayakan.

FAQ Bantuan Bujang

1. Bila Permohonan Bantuan Rahmah Untuk Orang Bujang

Permohonan bantuan rahmah untuk bujang yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia bagi Belanjawan 2024 ini akan dibuka pada 1 November 2023.

Semua golongan penerima termasuklah golongan bujang boleh mula membuat permohonan ini pada tarikh tersebut.

2. Bila Tarikh Tutup Bantuan Rahmah Bujang

Tiada tarikh tutup yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam membuat permohonan ini.

Ini bermaksud golongan bujang boleh membuat permohonan STR ini sepanjang tahun 2024

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia