Pekeliling Bantuan Khas Kewangan aidilfitri pembayaran kepada Penjawat Awam dan pesara pencen kerajaan (One Off) & tarikh bayaran tahun 2022
Dahulu tidak ada yang ambil pusing mengenai mengenai intipati Bajet 2021. Sekarang lain. Satu demi satu intipati Bajet 2022 diteliti dan disemak. Mereka mahu cari apa bahagian untuk mereka samada mereka terdiri daripada golongan nelayan, bomba, ahli perniagaan, pekerja swasta ataupun penjawat awam.
Dalam banyak intipati disebalik pembentangan Bajet 2022 ini, kerajaan tidak boleh mengenepikan terus hasrat dan impian kalangan 1.7 juta penjawat awam di Malaysia termasuklah golongan pencen. Jikalau tidak dapat hujan lebat, dapat tempias jadilah bukan? Daripada tiada langsung.
Akhirnya penantian kakitangan kerajaan tidak sia-sia. Kerajaan Malaysia berbesar hati meneruskan legasi pemberian dan pembayaran seperti tahun-tahun sebelum ini. Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan aidilfitri RM500 akan diberikan secara one off kepada semua 1.7 penjawat awam di Malaysia termasuk kalangan kumpulan pelaksana penjawat awam. Dan tidak lupa juga golongan pesara pencen diberikan juga RM250 secara on off.
BACA SINi: Tarikh Bayaran Pencen 2022 JPA: Jadual & Penyata Pesara Kerajaan
Senarai Kandungan Penting:
Pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022
Tarikh pembayaran bantuan khas kewangan akan dibayar sebelum raya aidilfitri 2022 ini, sama-sama kita nantikan
- 2022: RM500 (kakitangan awam) dan RM250 golongan pesara kerajaan
- 2021 : RM500 (kakitangan awam) dan RM250 golongan pencen
- 2020 : RM500 (kakitangan awam) dan RM250 golongan pencen
- 2019 : RM500 (kakitangan awam) dan RM250 golongan pencen
- 2018 : RM500 (kakitangan kerajaan) dan RM250 golongan pencen
SUMBER: https://www.jpa.gov.my
Manfaat Pemberian Bantuan
BACA SINI: Pengumuman elaun penjawat awam & kakitangan kerajaan
Kami telah turun ke bawah meninjau kalangan penjawat awam di Malaysia, apa yang mereka lakukan dengan duit pemberian daripada kerajaan Malaysia ini. Antaranya:
- Dapat digunakan untuk tujuan membuat persiapan anak-anak bersekolah atau yang masuk tadika
- Ada yang mahu simpanan terus di ASB untuk tujuan simpanan pelaburan pada masa hadapan
- Bawa keluarga melancong dalam negara bersama keluarga tersayang
- Dapat menggunakan sepenuhnya untuk pembelian barangan dapur untuk tempoh sebulan
- Ada juga mahu menggunakan duit ini menukar tayar kereta yang sedang ditunda-tunda masa penukarannya sebelum ini
Bagaimana pula dengan anda? Apa kata anda dengan bantuan khas kewangan aidilfitri kali ini?