Bantuan Kahwin B40 2022 untuk bantu perkahwinan dikalangan pasangan baru dan orang bujang di Malaysia
Satu Malaysia sekarang ini terutamanya dikalangan golongan bujang di Malaysia bagi berhadapan dengan situasi proses dan kos perkahiwnan melambung tinggi sekarang ini.
BACA SINI: Barang hantaran tunang dan hantaran kahwin
Masakan tidak, masing masing dihimpit dengan trend mas kahwin yang diletakkan untuk berkahwin dilihat tidak munasabah.
Sudahlah mas kahwin tinggi, majlis perkahwinan pula mesti dilihat grand dan mewah oleh kalangan ibu bapa, dan masyarakat. Akhirnya anak anak muda baru merancang nak berkahwin terhimpit dengan tertekan dengan situasi yang sudah pun menjadi kebiasaan selama ini.
Senarai Kandungan Penting:
Bantuan Kahwin B40 2022
Melihatkan situasi ini, setiap agensi kerajaan negeri sekarang ini mahu melaksanakan beberapa siri program dan skim bantuan perkahwinan b40 yang boleh membantu golongan bujang b40 berkahwin dengan lebih mudah dan lancar tanpa terhimpit dengan bebanan kewangan selepas kahwin.
BACA SINI: Kadar harga mas kahwin 2022 ikut negeri di malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Majlis Agama Wilayah Persekutuan melancarkan apa yang dikenali dengan satu bantuan yang membantu anda semua yang mahu berkahwin dan mendirikan rumah tangga masing-masing terutamanya golongan asnaf yang berkelayakan.
- Anda boleh terus download borang permohonan melalui link pautan ini, https://www.maiwp.gov.my

PERKARA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Skim MAIWP | TIDAK DINYATAKAN |
BACA SINI: SPPIM daftar kursus kahwin online 2022
Kelantan
Bagi mengelakkan rakyat negeri kelantan terkesan dengan beban kewangan untuk berkahwin, satu skim program antuan Gerbang Az Ziwaaj telah pun dilancarkan.
Kepada yang berminat untuk memohon, borang permohonan online tidak disediakan.
Sebaliknya, anda perlu pergi ke terus samada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri / Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim / Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
PERKARA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Skim Gerbang Az Ziwaaj | RM1000 one off |
Bantuan Pasangan Baru Kahwin Selangor 2022
Untuk Selangor pula, Insentif Generasi Muda diperkenalkan (igems) bagi membolehkan yang lahir atau sudah tinggal 10 tahun di negeri ini untuk menikmati bantuan khas ini.
- Kepada yang berminat boleh semak di link pautan ini, https://igems.yawas.my/web/
PERKARA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Skim iGems | Bantuan RM300 one off |
Pahang
Kepada anak anak Pahang ini berita baik untuk anda di bawah Insentif Khas Pasangan Pengantin bagi membolehkan anda claim dan tebus bantuan ini.
PERKARA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Bantuan Pasangan Pengantin Pahang | Bantuan RM200 one off |
Bantuan Raja Sehari Johor
Mana-mana daripada anda yang menerima gaji dan pendapatan RM5000 sebulan dan ke bawah layak untuk menikmati Bantuan Raja Sehari Johor untuk pasangan baru berkahwin.
Semak dan download borang bantuan berkahwin melibatkan negeri Johor di link pautan ini, https://jainj.johor.gov.my
PERKARA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Bantuan untuk pasangan baru kahwin di Johor | Bantuan RM1000 one off |
Kami sekarang sedang kemaskini senarai bantuan kahwin melibatkan semua negeri di Malaysia selain Selangor Kuala Lumpur Pahang Terengganu Kelantan dan Johor, iaitu Pulau Pinang Penang Kedah Perlis Perak Melaka Negeri Sembilan Sabah dan juga Sarawak.