Download semakan Borang Permohonan Bantuan Johor 2022 Covid 19 dan pkp Bernilai Antara RM250 hingga RM500 ihsan dari kerajaan negeri Johor untuk bujang b40 m40
Perhatian buat semua penduduk yang menetap di Johor.
Ramai rakyat yang terkesan dalam usaha melawan penularan pandemik COVID-19 iaitu daripada susulan perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh dunua. Dalam membantu rakyat negeri Johor, bantuan akan diberikan kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau penerima Bantuan Sara Hidup oleh kerajaan negeri Johor.
Bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri Johor berjumlah RM250 sehingga RM500 boleh dipohon sekiranya anda terkesan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Di bawah ini kami kongsikan butiran lanjut mengenai permohonan Bantuan COVID 19 johor dan borang permohonan boleh didapatkan pada perkongsian di bawah.
Senarai Kandungan Penting:
Bantuan Ihsan Johor Covid 19 & PKP
Individu yang bukan warganegara Malaysia yang melepasi kriteria kelayakan yang ditetapkan dan golongan M40 adalah golongan yang termasuk dalam bantuan ini. Bantuan ihsan johor ini merupakan tanda prihatin kerajaan negeri terhadap individu yang hilang punca pendapatan atau pekerjaan
Kumpulan Sasar Bantuan
Bagi bantuan ini, terdapat empat kumpulan yang disasarkan iaitu :
- Individu atau isi rumah yang tidak menerima sebarang bantuan lain sama ada kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan.
- Individu atau isi rumah yang wajar dipertimbangkan untuk bantuan tambahan walaupun menerima bantuan sama ada daripada persekutuan atau kerajaan negeri.
- Individu dan isi rumah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor yang hilang sumber pendapatan akibat musim PKP ini.
- Individu dan isi rumah bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di negeri Johor dan hilang sumber pendapatan akibat PKP.
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat yang ditetapkan berikut hendaklah dipenuhi pemohon :
- Menetap di Johor
- Warganegara Malaysia ATAU bukan warganegara
- Berumur 18 tahun ke atas
- Borang diisi lengkap berserta passport atau salinan kad pengenalan.
Cara Memohon
Melalui perkongsian di bawah ini, anda boleh melalukan permohonan dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun pada pautan di bawah ini nanti.
Pengesahan oleh Ejen Pusat Saluran yang dilantik melalui empat pusat saluran utama di bawah perlu didapatkan untuk borang yang lengkap :
- Pejabat-pejabat Daerah (http://mppg.gov.my/ms/mppg/pusat-media/berita/penjelasan-permohonan-bantuan-tunai-ihsan-covid-19-johor)
- Pejabat Menteri Besar
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Ejen Pusat Saluran
Bagi membantu individu atau isi rumah untuk membuat permohonan, Ejen Pusat Saluran telah dilantik oleh Ketua Pusat Saluran yang telah dilantuk oleh Kerajaan negeri Johor.
Pejabat Menteri Besar
- YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy
- YB Dato’ Zulkarnain Bin Haji Kamisan
- YBhg. Datuk Tee Siew Kiong
Pejabat Daerah
- Ketua Kampung
- Penghulu
Pihak Berkuasa Tempatan
- Ketua Jabatan PBT
- Ahli Majlis
Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
- Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)
Prosedur Permohonan Bantuan Ihsan Johor
MAKLUMAT LANJUT berkaitan untuk borang bantuan ihsan covid 19 negeri johor, Sila hubungi Bilik Gerakan Pusat Maklumat Ihsan COVID-19 Johor untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
- Laman web : ihsan.johor
- Talian : 07 – 266 6766
- Emel : ihsancovid19@johor.gov.my
Bantuan Johor 2021 PKP 3.0
Bagi membantu rakyat negeri johor khas untu yang hilang punca pendapatan, b40 dan m40 serta bujang dan pendapatan terjejas semasa pkp dan covid 19 ini melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Bantuan Ihsan Johor 3.0 dilancarkan kepada semua.
Antara bantuan kerajaan negeri Johor yang ada adalah bakul makanan dan duit bantuan.
Butiran lanjut akan menyusul