Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (RM250 Sebulan)

Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan ESH Naik Kepada RM250 Sebulan

elaun sara hidup nelayan

Pada ketika awal mengambi alih kerajaan Pakatan Harapan selepas menang Pilihan Umum, terdapat teka teki melibatkan nasib nelayan di Malaysia.

Ini kerana selama ini nelayan terus diberikan bayaran bantuan dengan harapan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup sekaligus dapat menyerap bahang kenaikan kos sara hidup di Malaysia. Dalam pada masa yang sama nelayan dapat meneruskan tangkapan ikan tanpa di bawah tekanan hidup setiap bulan.

Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia terus memberikan komitmen di mana bantuan akan terus diberikan, dan sama sekali tidak akan dihentikan malah akan ditambah baik.

Berdasar rekod ada sejumlah 57,000 ribu nelayan di Malaysia Jika pada pembentangan Bajet 2019, tiada berita gembira kepada golongan nelayan.

Pembayaran Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan

Tidak pada pembentangan belanjawan 2020 kali ini, di mana kerajaan Malaysia mengumumkan bantuan naik sebanyak RM50 menjadikan ia berjumlah RM250 sebulan.

PERKARAJUMLAH
2020RM250 sebulan
2019RM200 sebulan
2018RM200 sebulan

Dengan dana sejumlah RM152 juta ia akan diagihkan kepada semua nelayan yang layak untuk tahun 2020 bagi membolehkan kalangan layak menerima RM250 sebulan

Bagi memastikan kalangan yang benar-benar layak menerima bantuan elaun sara hidup nelayan ini, kerajaan telah menapis jumlah penerima, supaya tidak timbul kalangan yang tidak layak menerima bantuan dan sampai kepada penerima yang benar-benar layak.

Tahniah diucapkan kalangan yang layak.

Kalangan nelayan memang patut pun dibantu. Ini bagi memastikan bekalan ikan  di Malaysia terus konsisten.

Yang mana samada kumpulan nelayan dapat turut atau tidak menangkap ikan, bergantung kepada keadaan kesihatan, selain daripada musim tengkujuh di Malaysia.

Cadangan Penambaikan

Masalah nelayan ini, adalah tertumpu sebenarnya kepada oraang tengah yang menjadi ‘duri dalam daging’ untuk sekian lama.

Orang tengah nelayan ini, contohnya kerajaan bagi elaun seperti ini yang sedikit sahaja sampai kepada golongan nelayan yang sebenar-benarnya.

Jadi, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu memastikan masalah ini diselesaikan segera supaya dana yang diperuntukkan benar-benar sampai ke tangan golongan nelayan.

Scroll to Top