Bantuan Awal Persekolahan BAP 2023: Syarat Permohonan RM150

Syarat borang permohonan Bantuan Awal Persekolahan bantuan BAP 2023 RM150 untuk pelajar

syarat borang permohonan bantuan awal persekolahan bap 2023

Setiap tahun, ibu bapa pasti sibuk dengan persekolahan anak-anak apabila menjelang awal tahun kerana pada waktu itu perbelanjaan untuk sesi pembukaan sekolah menelan kos yang sangat tinggi.

Anak-anak teruja untuk memulakan sesi persekolahan. Mereka semestinya memerlukan beg baharu, baju baharu, alat tulis baharu dan buku-buku sekolah. Hal ini menyebabkan ramai ibu bapa yang terebabn dan mengeluh kerana harga barang yang semakin meningkat.

Oleh itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bantuan awal persekolahan 2023 bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu untuk membeli barangan persekolahan yang baharu untuk anak-anak, terutamanya pada awal tahun.

Inisiatif ini diwujudkan pada tahun 2012 di Malaysia. Bantuan ini diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak darjah 1 sehingga tingkatan 5 dan yang setaraf dengannya. Ianya juga diberikan kepada semua keluarga B40, M40 dan T20 termasuk mempunyai pendapatan isi rumah kasar berjumlah RM3000 dan kebawah. SUMBER: MOE

Syarat Permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2023

BAP Bantuan Awal Persekolahan 2023 ini diberikan secara sekali gus (one-off) kepada pelajar yang layak sebanyak RM150.

Syarat kelayakan untuk mendapatkan BAP ini adalah dengan memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut;

BACA SINI >> Bantuan sekolah untuk sesi persekolahan KPM

  1. Seseorang murid itu mestilah merupakan warganegara Malaysia yang sah, hendaklah dibuktikan melalui kad pengenalan pelajar atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
  2. Seseorang murid merupakan murid darjah 1 sehingga tingkatan 5 dan setaraf dengannya.
  3. Bagi murid yang bersekolah di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang berusia antara 4 tahun sehingga 19 tahun.
  4. Murid yang bersekolah di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney yang berusia antara 14 tahun sehingga 21 tahun.
  5. Ibu bapa kepada murid tersebut mempunyai pendapatan bulanan kasar sebanyak RM3000 dan kebawah pada tahun semasa. (DIMANSUHKAN tahun 2023, apabila bantuan ini diberikan kepada semua)
  6. Walaubagaimanapun, bagi ibu bapa kepada murid dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih dan Sekolah Integriti & Sekolah Henry Gurney akan dikecualikan daripada pengesahan pendapatan tahun semasa.

Borang BAP 2023 RM150 Untuk Pelajar

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini akan diberikan kepada pelajar melalui beberapa proses sebelum ianya sampai ke tangan pelajar.

rm150 untuk pelajar

Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia akan meminta data peribadi murid pada tahun sebelumnya untuk pemberian BAP pada tahun semasa.

Semua data tersebut diambil dari Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan juga melalui permohonan secara manual melalui Borang 1 (Borang Bantuan Awal Persekolahan 2023) seperti Rajah 1.0.

Seterusnya, Jabatan Pendidikan Negeri akan menerima Surat Siaran Pelaksanaan BAP, kemudiannya diedarkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah. 

Selepas itu, setiap sekolah di setiap negeri perlu mengenalpasti pelajar yang layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pihak sekolah mestilah mengedarkan Borang PB1 kepada semua pelajar yang layak.Ibu bapa atau penjaga hendaklah mengisi borang yang diedarkan dan mengembalikan borang tersebut bersama-sama dokumen lampiran seperti salinan kad pengenalan pelajar dan bukti pendapatan ibu bapa pelajar yang disahkan oleh pihak berkuasa.

Borang PB2 (Borang Pengesahan Pendapatan) seperti Rajah 2.0 mestilah diisi oleh ibu bapa yang tidak mempunyak bukti pendapatan seperti slip gaji. Tuntasnya, pihak sekolah berhak untuk menafikan pemberian BAP jika dokumen yang dilampirkan tidak lengkap oleh ibu bapa.

Kemudian, Borang PB1 dan PB2 mestilah difailkan bertujuan untuk pengauditan di peringkat sekolah. Pihak sekolah juga hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Bantuan Peringkat Sekolah untuk menguruskan urusan pemberian bantuan ini.

Bantuan boleh diagihkan dalam bentuk tunai atau dengan pengkreditan ke dalam akaun. Bagi pihak sekolah yang memberikan bantuan tersebut dalam bentuk tunai, mereka hendaklah memastikan urusan terimaan dan bayaran BAP mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan kumpulan Wang Sekolah.

Ketika penerimaan BAP tersebut, ibu bapa kepada pelajar mestilah menandatangani borang b3 bantuan awal persekolahan iaitu Surat Akuan Penerimaan atau Penolakan BAP.

Kelebihan Bantuan Awal Persekolahan BAP 2023 Diumumkan

YouTube video

Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023) ini diberikan kepada pelajar dimana ianya merupakan satu inisiatif kerajaan kepada rakyat sebagai tanda prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Bantuan awal persekolahan 2023 ini tersenarai dalam bajet kewangan negara 2023 di mana semua pelajar tanpa had umur akan menerima bantuan bap sebanyak RM150 untuk pelajar. BAP ini akan disalurkan kepada pelajar bermula Januari 2023.

Tujuan pemberian bantuan awal persekolahan ini adalah untuk meringankan bebanan kewangan ibu bapa yang mempunyai anak ramai yang ingin masuk ke sekolah.

Bantuan awal persekolahan 2023 ini dapat membantu serba sedikit dalam pembelian barang-barang sekolah seperti pakaian, barang alat tulis dan buku-buku.

Taraf hidup yang tinggi dan harga barang yang makin meningkat memberi kesan kepada ibu bapa secara tidak langsung ketika awal persekolah anak-anak.

Dengan bantuan ini, ianya dapat membantu ibu bapa pelajar dapat menanmpung perbelanjaan mereka. 

Selain itu, ianya juga adalah merupakan salah satu bukti bahawa pihak kerajaan cakna terhadap kebajikan dan kesusahan rakyat.

Kerajaan membenarkan inisiatif ini dengan harapan supaya ianya dapat melegakan pihak ibu bapa yang mana sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan sekolah yang ditanggung oleh ibu bapa.

Kerajaan juga ingin memastikan para pelajar memulakan sesi persekolahan dengan baik tanpa sebarang kekurangan.

SUMBER Pekeliling bantuan awal persekolahan tahun 2023: moe

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia