Bank Rakyat Personal Loan: Pinjaman


Bank Rakyat Personal Loan: Pinjaman

bank rakyat personal loan

Bank Rakyat menawarkan tiga pelan pinjaman peribadi iaitu Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam untuk penjawat awam dan juga pekerja Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Pembiayaan Peribadi-i Pesara khusus untuk pesara kerajaan dan Anggota Tentera Malaysia (ATM) serta Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Pinjaman seperti ini memberi peluang pinjaman kepada pekerja sektor swasta serta mereka yang bekerja sendiri samada berpendapatan tetap atau pun tidak.

BACA SINI:

Ketiga-tiga pinjaman ini merupakan pinjaman islamik yang patuh syariah sepenuhnya yang bermaksud tiada cagaran dan penjamin diperlukan untuk memohon.

Bank Rakyat Personal Loan

Berikut merupakan huraian pinjaman tersebut:

PELANPERIBADI-i (AWAM)PERIBADI-i (SWASTA)FINANCING-i (PESARA)
SASARANDireka khas untuk penjawat awam, pekerja GLC dan anggota ATMMensasarkan pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri samada secara kontrak ataupun tetapDitawarkan kepada pesara kerajaan dan ATM
JUMLAH DAN TEMPOH PEMBIAYAANRM5000 – RM200000 1 hingga 10 tahunRM5000 – RM150000 1 hingga 10 tahunRM5000 – RM100000 1 hingga 10 tahun

Syarat Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

PELANPERIBADI-i (AWAM)PERIBADI-i (SWASTA)FINANCING-i (PESARA)
KELAYAKANWarganegara Malaysia. Berumur 18 hingga 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran  Penjawat awam, pekerja GLC terpilih dan anggota ATM Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan  Gaji bulanan tetap Rm1000 atau tahunan sebanyak RM12000. Bersih dari senarai hitam bank lain Bebas dari Akaun Pemerhatian Khas (SAA). Tidak di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)Syarat Umum Warganegara Malaysia. Bersih dari senarai hitam bank lain Bebas dari Akaun Pemerhatian Khas (SAA). Tidak di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Berpendapatan Tetap Berumur 18 hingga 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran  Jawatan Tetap – Gaji bulanan RM2,000 atau tahunan sebanyak RM24,000. Jawatan Kontrak – Gaji bulanan RM8,000 atau tahunan sebanyak RM96,000.
Berpendapatan Tidak Tetap Berumur 18 hingga 55 tahun pada tarikh akhir pembayaran  Gaji bulan minimum RM5,000 atau tahunan sebanyak RM60,000.
Warganegara Malaysia. Berumur 45 tahun ke atas dan 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran  Minimum pencen RM800 sebulan atau RM9600 setahun Bersih dari senarai hitam bank lain Bebas dari Akaun Pemerhatian Khas (SAA). Tidak di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Senarai Dokumen Sokongan

PELANPERIBADI-i (AWAM)PERIBADI-i (SWASTA)FINANCING-i (PESARA)
DOKUMEN SOKONGANSalinan Kad Pengenalan MyKad/MyTentera. Penyata gaji 3 bulan terakhir Penyata bank gaji 3 bulan terakhir Surat pengesahan jawatan atau borang EA terkini.Berpendapatan tetap Salinan Kad Pengenalan  Penyata gaji 3 bulan terakhir Penyata bank gaji 3 bulan terakhir Surat pengesahan jawatan atau borang EA terkini atau slip e-B LHDN
Berpendapatan Tidak Tetap Salinan:  Kad Pengenalan  Borang B LHDN atau resit bayaran. Penyata Bank (6 bulan terkini)
Pemilik Perniagaan & Golongan Profesional (dokumen tambahan) Salinan Penyata Bank akaun syarikat (6 bulan terkini) Borang pendaftaran A dan D atau Borang 24 dan 49 untuk syarikat. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan.
Berpendapatan Komisen (dokumen tambahan) Penyata komisen 6 bulan terkini.
Pesara di Bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Salinan: Kad Pengenalan  Kad Pesara Kerajaan. Penyata pencen.
Pesara di Bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Salinan: Kad Pengenalan  Kad Pesara Tentera. “Ledger Pensioner”.

Jumlah Kelayakan Personal Loan Bank Rakyat

PELANPERIBADI-i (AWAM)PERIBADI-i (SWASTA)
KELAYAKAN PEMBIAYAANBayaran secara pindahan gaji atau Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) atau Potongan Gaji Majikan (PGM) – Maximum RM200000 Bayaran Elektronik – Berdasarkan mana yang lebih rendah antara gandaan gaji sehingga 10 bulan gaji kasar atau RM200,000.Bayaran secara pindahan gaji atau BPA atau PGM – daripada 15 hingga 25 kali ganda gaji mengikut jumlah pendapatan bulanan.  Bayaran Elektronik – daripada 5 hingga 10 kali ganda gaji mengikut jumlah pendapatan bulanan
PELANPERIBADI-i (AWAM)PERIBADI-i (SWASTA)FINANCING-i (PESARA)
KADAR PEMBIAYAANKadar Tetap Bayaran secara pindahan gaji atau BPA atau PGM – dari 4.64% hingga 6.25% Bayaran Elektronik – dari 5.75% hingga 6.31%
Kadar Terapung Bayaran secara BPA atau PGM – dari 4.42% hingga 4.77% termasuk KA. Bayaran secara pindahan gaji – dari 5.78% hingga 6.42% termasuk KA Bayaran Elektronik – 6.42% hingga 6.77% termasuk KA KA – 2.85%
Kadar Terapung Bayaran secara pindahan gaji atau BPA atau PGM – Daripada 8.22%  hingga 8.62 termasuk Kadar Asas (KA) Bayaran Elektronik – Daripada 10.22%  hingga 10.62 termasuk Kadar Asas (KA) KA – 2.85%Bayaran secara pindahan pencen ke bank – 5.3% hingga 5.65% termasuk KA KA – 2.85%

Cara Permohonan Loan Bank Rakyat

Selain daripada berkunjung ke Bank Rakyat anda boleh membuat permohonoan di laman web mereka.

  • Layari https://www.bankrakyat.com.my dan pilih produk peribadi.
  • Pada menu tarik turun, pilih pembiayaan-i, seterusnya pembiayaan peribadi-i dan pilih jenis pembiayaan yang anda seperti gambar rajah di bawah:
pinjaman peribadi bank rakyat

Pada halaman berikutnya sila tekan butang menu “Mohon Sekarang” dan anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah:

loan bank rakyat

Pada paparan ini anda perlu melengkapkan maklumat peribadi anda dan memilih produk yang anda inginkan.

Pastikan anda skrol hingga ke bawah dan tandakan petak dasar privasi, seterusnya tekan “saya bukan robot” dan butang “hantar”. Tunggu sehingga anda dihubungi oleh pihak bank.

Cara Permohonan Pinjaman Perniagaan Bank Rakyat

Bank Rakyat menawarkan beberapa pelan pinjaman perniagaan yang direka khas untuk syarikat dan koperasi yang mempunyai kadar keuntungan yang tetap.

Semua entiti perniagaan termasuk syarikat dan koperasi layak untuk memohon pinjaman yang menawarkan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun ini.

Berikut merupakan senarai pinjaman perniagaan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat:

(i) Pembiayaan Berjangka-i

Meneyediakan modal kerja untuk mengembangkan perniagaan

Kelayakan

Semua jenis perniagaan.

Dokumen Diperlukan

  • Maklumat lengkap tujuan pembiayaan.
  • Laporan jurunilai hartanah yang akan dijadikan jaminan (jika berkenaan).
  • Aliran tunai dan unjuran keuntungan/kerugian projek.

(ii) Pembiayaan Penyambung-i

Pembelian tanah bagi pelaksanaan dan pembangunan projek.

Kelayakan

Semua jenis perniagaan.

Dokumen Diperlukan

  • Kelulusan daripada pihak berkuasa 
  • Kajian daya maju dan kebolehpasaran pembangunan yang dicadangkan.
  • Laporan jurunilai sebagai jamian terhadap tapak projek. 
  • Salinan Perjanjian Jual Beli Tanah 
  • Rekod lampau.
  • Senarai pakar runding dan kontraktor

(iii) Pembiayaan Hartanah-i

Pembelian tanah bagi tujuan kediaman dan juga bukan kediaman

Kelayakan

Semua jenis perniagaan.

Dokumen Diperlukan

  • Salinan Perjanjian Jual Beli.
  • Laporan jurunilai yang akan dijadikan sebagai jaminan.
  • Unjuran aliran tunai perniagaan.

(iv) Kontrak-i

Menampung kos untuk menyiapkan atau melaksanakan kontrak yang diterima.

Kelayakan

  • Koperasi/Syarikat
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad 

(v) Kenderaan-i

Bagi tujuan pembelian kenderaan komersial dan industry

Kelayakan

Semua jenis perniagaan

Dokumen Diperlukan

  • Sewa Beli-i
  • Sebut harga dan maklumat lengkap kenderaan
  • Maklumat kewangan projek

(vi) Share-i

Membantu peniaga membeli saham siarharga yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

Kelayakan

  • Koperasi/Syarikat
  • Syarikat Berhad
  • Syarikat Sendirian Berhad

(vii) Pembiayaan Kontrak-i Tijari

Membiayai kontrak kerajaan atau syarikat 

Kelayakan

Semua jenis perniagaan

Dokumen Diperlukan

  • Surat Anugerah.
  • Bon pencapaian atau Jaminan Bank atau Insuran Kontrak.
  • Aliran Tunai Kontrak
  • Unjuran Keuntungan & Kerugian Kontrak.
  • Jadual Kerja Kontrak.
  • Prosedur Pembayaran Kontrak.

Pembiayaan Modal Kerja Berjangka-i untuk Ar-Rahnu X’Change

Membiayai keperluan modal kerja 

Kelayakan:

Dikhaskan untuk Koperasi.

CashLine-i

Pembiayaan keperluan modal kerja dan pembiayaan kontrak

Kelayakan

  • Syarikat berdaftar dan dimiliki oleh orang Malaysia.
  • Telah beroperasi dengan menjalankan aktiviti perniagaan utama selama 3 tahun berturut.
  • Tahap modal yang mencukupi dan boleh diterima
  • Prestasi keuntungan sekurang-kurangnya untuk 3 tahun berturut.
  • Dana pemegang saham yang positif.
  • Tiada rekod perundangan
  • Tiada hutang

Dokumen Diperlukan

  • Profail syarikat
  • Salinan Borang 24, 44 & 49 yang telah disahkan bersama Memorandum & Artikel Persatuan atau Perlembagaan atau pengesahan bertulis
  • Salinan Laporan kewangan yang telah disahkan dan diaudit bagi tempoh 3 tahun berturut-turut dan akaun Pengurusan atau draf yang terkini 
  • Senarai terkini pembekal dan pembeli utama
  • Senarai terkini penghutang dan pemiutang
  • Senarai pembiayaan
  • Penyata 6 bulan terkini akaun semasa Bank
  • Laporan akaun dan tunai untuk 2 tahun.
  • Maklumat mengenai nilai aset bersih 
  • Maklumart tentang nilai aset bersih Pemegang saham atau Pengarah Syarikat atau rakan kongsi
  • Senarai projek
  • Borang Permohonan lengkap
  • Lain-lain dokumen jika perlu

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia