≡ BACK

Berita : Bank Negara Melancarkan Sistem Online eCCRIS

Bank Negara Melancarkan Sistem Online eCCRIS

Berita baik kepada semua di mana Bank Negara Malaysia telah pun melancarkan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat secara online atau dikenali dengan sistem eCCRIS, yang dapat membantu pengguna seperti anda mampu menguruskan kewangan dan tanggungjawab pinjaman yang telah dibuat dengan lebih baik.

bank negara eccris

Dengan sitem online, anda sebagai pengguna sistem online mempunyai akses untuk menguruskan kedudukan kredit anda sekaligus mampu meningkatkan tahap kelayakan kredit kewangan anda sendiri.

  • anda mampu pantau andaikata berlakunya kecurian identiti anda sendiri daripada masa ke semasa
  • melakukan semakan jikalau ada berlaku kesilapan maklumat yang terdapat dalam laporan CCRIS

Sistem online eccris bnm yang mula diperkenalkan pada bulan Januari, disediakan dan ditawarkan secara percuma. Ia membolehkan orang ramai memperoleh laporan kredit, yang memaparkan perincian sejarah pembiayaan dan pembayaran pinjaman selama ini seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan pendidikan, selama 12 bulan yang terakhir.

Maklumat yang diperoleh dari institusi kewanganakan dikemaskinikan secara bulanan. Sebelum ini, individu hanya boleh mendapatkan laporan CCRIS mereka dari agensi penarafan kredit langsung atau Bank Negara.

Cara Untuk Daftar Sistem ECCRIS

1) Untuk mendaftarkan perkhidmatan ini, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank Negara atau Cawangan Kaunseling dan Pengurusan Hutang (AKPK) di seluruh negara untuk membuat pendaftaran.

2)  Identiti anda perlu disahkan di kiosk CCRIS menggunakan MyKad  dan pengesahan biometrik serta mendaftarkan nombor telefon yang sah

3) Pengguna akan menerima PIN enam digit pada telefon bimbit mereka, yang akan digunakan untuk login pada sistem eccris.

4) ID pengguna dan kata laluan boleh mula ditetapkan, pilih imej dan pilihan soalan keselamatan anda berserta dengan jawapan.

5) Selepas itu, anda sudah boleh mengakses eCCRIS pada bila-bila masa.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Berita Hutang PTPTN Tidak Beban Peminjam Beli Rumah Berita : Hutang PTPTN Tidak Beban Peminjam Beli Rumah Jikalau sebelum kalangan yang meminjam tabung pendidikan Tinggi Nasional PTPTN menghadapi halan…
eCCRIS BNM : Cara Check CCRIS Online Untuk Download Report Kredit Cara Dapat Report Kredit Dengan Semak dan check CCRIS Online dengan sistem login eccris BNM Ada yang sebut ecriss. Kalau tidak pun ccriss. Kedua-kedu…