≡ BACK

Informasi Bangunan Sultan Abdul Samad Sejarah PT3

Informasi Bangunan Sultan Abdul Samad Sejarah Pt3

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah nama bagi bangunan ini.

bangunan sultan abdul samad

Asalnya Bangunan Sultan Abdul Samad ini hanya disebut sebagai ‘Bangunan’ sahaja sebelum ditukar kepada nama yang sekarang ini.

Nama DYMM Sultan Negeri Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah telah diambil untuk menamakan bangunan ini yang pada ketika itu memerintah tahun 1898 hingga 1957. Ia boleh digunakan sebagai rujukan untuk bahan folio sejarah anda kelak

Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad

Pengenalan Bangunan Sultan Abdul Samad ialah bangunan yang penuh dengan keunikan yang tersendiri dan identiti seni bina dan juga penuh dengan warisan dan kebudayaan yang masyhur serta sentiasa diangkat tinggi di mata negara lain. Ia menjadi sanjungan rakyat dan kebanggaan rakyat Malaysia sebagai salah satu bangunan bersejarah yang terkenal. Struktur Bangunan Sultan Abdul Samad sangat sinonim dengan bandar raya Kuala Lumpur hatta Negara Malaysia berikutan di sinilah lokasinya sambutan perayaan-perayaan penting akan dianjurkan dan disambut oleh rakyat Malaysia seperti Sambutan Hari Merdeka, Sambutan Tahun Baru serta acara-acara dan sambutan lain yang berkaitan dengan pelancongan negara. Bangunan bersejarah Kuala Lumpur ini juga menjadi mercu tanda yang masyhur di Kuala Lumpur dan kebanyakan pelancong dari luar negara sangat mengagumi dengan sambutan-sambutan yang seringkali diadakan di sini.

Asal-Usul Bangunan Sultan Abdul Samad

Pada awal 1893, sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad telah bermula apabila perancangan bagi mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbiran telah mula dilakukan oleh Residen British di Selangor, Sir William Maxwell. Kawasan seluas 1.034 hektar telah dipilih sebagai tapak yang sesuai untuk mendirikan pusat pentadbiran, iaitu lokasinya terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu berhampiran  dengan pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Anthony C. Norman, seorang arkitek Inggeris telah mereka bentuk bangunan ini dan dibantu oleh A.B. Hubbock yang pada ketika itu berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894.

Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad ini bertujuan supaya jabatan-jabatan kerajaan yang penting dapat ditempatkan semasa British memerintah di negara kita. ‘Bangunan Baru Kerajaan’ iaitu The New Government Offices adalah nama yang dikenali ketika permulaan pembinaannya dan kemudian sebagai ‘Sekretariat Persekutuan’ ataupun Federal Secretariat. Sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974, bangunan ini diguna sama dengan Kerajaan Negeri Selangor. Pada akhir abad ke-19, Bangunan Sultan Abdul Samad adalah kemuncak pembangunan yang didirikan di Kuala Lumpur. Malah di bawah pengendalian Charles Edwin Spooner, sebagai perancang Bangunan Kerajaan pada ketika itu dan juga Sir William Maxwell, kejayaan berupa program ‘Bangunan Tersergam’ (Massive Building Programme) telah berjaya diperoleh.

Pengasas Bangunan Sultan Abdul Samad

Arthur Charles Alfred Norman, arkitek British yang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur adalah orang bertanggung jawab mereka bentuk pelan asal Bangunan Sultan Abdul Samad ini dan turut dibantu oleh Charles Edwin Spooner, seorang jurutera yang berasal dari British untuk memulakan kerja pembinaan bangunan ini. Mulanya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini hanya menggunakan konsep Inggeris Classical Rennaisance iaitu hasil reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman. Namun, seni bina Islam telah diadaptasi sebagai tonggak reka bentuk bangunan tersebut menggantikan pelan asal A.C. Norman. Orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam ini adalah seorang arkitek muda, R.A.J. Bidwell. Perubahan ini berlaku kerana berikutan ketidakpuasan hati C.E. Spooner dengan reka bentuk yang dikemukakan dan ditampilkan oleh A.C. Norman.

Tarikh Bina Bangunan Sultan Abdul Samad

Pada tahun 1893, adalah tarikh mula senibina Bangunan Sultan Abdul Samad dan pada tahun 1897, pembinaan siap sepenuhnya untuk digunakan. Selama dua tahun tujuh bulan masa telah diambil. Tetapi pada 6 Oktober 1894, barulah Sir Charles B.H. Mitchell selaku Gabenor Negeri-Negeri Selat telah melakukan perletakan batu asas bangunan selepas reka bentuk bangunan tersebut dipersetujui.

Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad

Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad ini amat strategik kedudukannya iaitu di Jalan Raja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun. Keluasan kawasan ini adalah 10,200 meter persegi. Di hadapan dengan bangunan ini adalah Kelab Diraja Selangor dan Dataran Merdeka dan berhampiran dengan persimpangan jalan-jalan penting seperti Jalan Raja Selangor, Jalan Tun Perak, dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Terdapat juga Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan di bahagian bangunan ini di mana mengalirnya pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak.

Tujuan Penubuhan Bangunan Sultan Abdul Samad

Sebuah bangunan kerajaan ingin dibina dan didirikan sebagai pusat pentadbiran British pada ketika itu merupakan objektif utama bangunan ini dibina. Di samping, memberi imej baru kepada Kuala Lumpur dan agar imej seni bina Islam yang menarik dapat ditonjolkan. Pembinaan awal Bangunan Kerajaan Baru ini adalah bertujuan supaya semua Jabatan Pentadbiran Neger-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) dapat ditempatkan di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat iaitu menempatkan :

  1. Bilik Mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber);
  2. Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner);
  3. Sekretariat Kerajaan (G.S.O);
  4. Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board);
  5. Public Works Department (PWD);
  6. Pejabat Tanah;
  7. Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).
  8. Jabatan Galian;
  9. Audit dan Perbendaharaan;

Kos Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad

Bagi tujuan pembinaannya, kos telah pun dihadkan tidak melebihi RM231,000.00 oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, kira-kira sejumlah RM152,000 dianggarkan bagi jumlah keseluruhan kos pembinaan bangunan ini dan ada juga sumber yang mengatakan angka sebenar kos binaan adalah RM152,824. Namun demikian, ia tetap menjadi sebuah bangunan termahal pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, pengubahsuaian telah dialami bangunan ini yang menelan belanja RM17.2 juta selama enam tahun dan pada tahun 1978, ia siap diubahsuai semula. ‘Pengubahsuaian telah dilakukan terhadap bangunan ini untuk dijadikan sebagai pejabat kementerian dan lebih kurang RM20 juta anggaran kos pengubahsuaian,” Datuk Seri Muhd Shafie Apdal berkata, pada 24 Disember 2008.

Perasmian Bangunan Sultan Abdul Samad

Pada 4 April 1897, bangunan ini sudah pun siap dan dirasmikan oleh Sir Frank Swettenham, Residen British dengan acara dan upacara yang penuh gemilang berserta dengan ucapan menarik oleh Charles Edwin Spooner, berkenaan sejarah pembinan bangunan tersebut. Teks lengkap ucapan perasmian beliau dalam Bahasa Inggeris boleh diperolehi dan didapati sebagai rujukan dalam JMBRAS BOL. 65, tulisan buku The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M Gillick. Bangunan ini telah diangkat dan diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada tahun 2007 berdasarkan sejarah dan keunikannya tersendiri.

Keistimewaan Bangunan Sultan Abdul Samad

1. Reka Bentuk Pelan
Reka bentuk pelan Bangunan Sultan Abdul Samad sangat unik dan menarik dan merupakan antara bangunan yang masyhur pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat bangunan dan suatu elemen penting yang diketengahkan dalam reka bentuk bangunan ini adalah ladam setinggi 57 kaki.

Sebuah anjung yang berhadapan dengan Padang Kelab Diraja Selangor merupakan bahagian utama bangunan ini. Tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke bilik-bilik Mahkamah Agung dan kamar-kamar Hakim boleh dilihat oleh pelawat semasa memasuki pintu utama bangunan ini. Bagi memberikan pengudaraan secara maksimum, ruang pejabat ini dipagari serambi, terutama ketika itu tiada penghawa dingin pada zaman pemerintahan British itu.

2. Bahan Binaan
Sebuah kilang bertempat di Brickfield telah ditubuhkan untuk membekalkan bahan binaan kepada Banguan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S). Bahan binaan yang dibekalkan adalah seperti 18,000 pikul kapur, 50 tan besi keluli, 2,500 tong simen, 5,000 lb tembaga, 30,000 kaki padu kayu dan 4 juta batu bata.

– Pengubahsuaian dan Penaiktarafan

Banjir besar telah melanda bandar raya Kuala Lumpur apabila hujan lebat berlaku di seluruh negara pada tahun 1971. Banjir yang berlaku ini telah menenggelamkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Padang Kelab Selangor dan menyebabkan pada struktur bangunan bersejara h ini di bahagian dalaman dan luaran Bangunan Sultan Abdul Samad rosak teruk. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat sekitar tahun 1978 dan pada tahun 1984, ia siap sepenuhnya dan anggaran pengubahsuian belanja sebanyak RM17.2 juta. Sumbangan sebanyak RM200,000 telah disumbang oleh kerajaan Australia pada tahun 1982 untuk penyaduran tembaga pada ketiga-tiga kubah diBangunan Sultan Abdul Samad yang kini bersinar dan berseri dengan indahnya.

Terdahulu sebelum penyaduran tembaga ini, kubah-kubah tersebut dibuat daripada kayu dan kepingan tembaga yang dicat hitam disalut pada batu-bata. Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan langsung bahagian luar Bangunan Sultan Abdul Samad dan kedudukan asal bangunan tersebut. Ini kerana hanya bahagian dalam bangunan sahaja yang diubahsuai. Pada tahun 1984, Bangunan Sultan Abdul Samad sekali lagi dirasmikan setelah ia siap dengan sepenuhnya. Mulai Disember 2007, bangunan Sultan Abdul Samad telah diubah suai dengan dijadikan sebagai pejabat-pejabat Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Perpaduan dan Warisan Malaysia.

3. Hiasan Dalaman
Sebuah dataran berbentuk segi empat turut dibina di dalam bangunan ini dan diperindahkan lagi di mana di tengah-tengahnya ada satu dataran segi empat yang dipagari dan dikelilingi oleh batas-batas pokok bunga yang cantik belaka. Bangunan ini juga mempunyai satu menara jam besar, tiga buah kubah dan sebuah arked dan juga satu serambi besar tertutup.

Ketiga-tiga kubah, arked, menara jam besar serta lengkungannya yang luas merupakan ciri-ciri utama bangunan ini. Kubah-kubah itu telah disalut dengan tembaga yang dahulu pada asalnya hanya diperbuat daripada kayu dan batu-bata yang dicat hitam. Dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun mengapit kubah yang terletak di atas menara jam besar. Kubah yang berada di tengah itu agak luar biasa dan unik kerana ia adalah paduan dan gabungan dua ciri tradisional kubah dan kios.

Gerbang yang terdapat di struktur bangunan Sultan Abdul Samad berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Gerbang ini diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Dua menara kecil di sudut bangunan mengimbangi menara jam besar yang terletak di tengah-tengah. Keagungan bangunan Sultan Abdul Samad dilambangkan dengan adanya tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara.

Kegunaan Dahulu dan Sekarang

Bangunan Sultan Abdul Samad digunakan sebagai Pejabat Residen Jeneral, Pusat Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pejabat Pos Besar pada zaman penjajahan British. Selepas merdeka, ia digunakan sebagai Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sehinggalah tahun 1978. Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Jenayah dan Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Dagang telah ditempatkan di bangunan ini pada tahun 1978. Akhir sekali, kegunaan bangunan ini dijadikan sebagai pejabat rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan dan Kesenian dan Warisan Malaysia (KPPKW). Bangunan bersejarah ini turut diwartakan menjadi warisan kebangsaan negara. Keseluruhan kompleks bersejarah termasuklahBangunan Sultan Abdul Samad ini sendiri ditadbir dan dijaga oleh KPPKW.

Dan lagi sambungan bagi informasi dan maklumat penting termasuklah cara binaan dan peristiwa sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad pula, anda boleh rujuk dan semak informasi melalui 3 gambar yang disusun mengikut urutan seperti yang terpapar di bawah ini :

pt3
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bangunan Bersejarah Di Selangor : Sejarah Struktur Istana Bandar Bangunan Bersejarah Selangor Sejarah PT3: Struktur Istana Bandar atau Alaeddin Bagi pelajar PT3 yang tinggal dan duduk di Selangor ini untuk anda. …
Bangunan Bersejarah Di Terengganu Sejarah PT3 : Istana Maziah Bangunan Bersejarah Di Terengganu Sejarah PT3 : Istana Maziah Bangunan bersejarah Terengganu yang paling popular dan terkenal adalah bangunan Istana …
Bangunan Bersejarah Sarawak : Sejarah Struktur Binaan Fort Margherita Bangunan Bersejarah Sarawak Sejarah PT3 : Struktur Fort Margherita Fort Margherita ataupun lebih dikenali sebagai Kubu Margherita merupakan tempat be…