Bangunan Bersejarah Di Selangor : Sejarah Struktur Istana Bandar

Bangunan Bersejarah Selangor Sejarah PT3: Struktur Istana Bandar atau Alaeddin

Bagi pelajar PT3 yang tinggal dan duduk di Selangor ini untuk anda.

bandar bersejarah selangor

Terutamanya yang masih samar-samar lagi untuk mengkaji bangunan bersejarah di tempat anda, anda boleh memilih bangunan Istana Bandar untuk dimasukkan di dalam bahan kajian dalam kerja kursus PT3 2016 anda.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian informasi di bawah ini dapat membantu anda dalam menyiapkan tugasan kerja sejarah PT3 dengan sukses cemerlang.

Bangunan Bersejarah Selangor : Sejarah Istana Bandar / Alaeddin

Istana Bandar ataupun dikenali sebagai Istana Alaeddin terletak di daerah Kuala Langat Mukim Bandar. Pada tanah seluas 12.96 ekar, istana ini telah dibina. Istana ini terletak jauhnya 20km dari Bandar Banting dan berdekatan dengan Masjid Sultan Alaeddin.

Latar Belakang Bangunan

Pada penghujung abad ke-19, Istana Bandar ini mula dibina pada tahun 1905, ia siap sepenuhnya.

Struktur / Senibina Bangunan

Struktur binaan Di dalam istana ini dikatakan mempunyai 15 buah bilik dan senibina ini diambil dari adunan dan gabungan senibina Islam Timur Tengah dan India.

Tukang-tukang Cina yang mahir dan berpengalaman turut sama terlibat dalam membina istana ini. Unsur-unsur atau elemen ragam hias dan seni ukuran pengaruh Cina telah diterapkan pada bangunan ini.

Selain itu, bangunan bersejarah Selangor ini turut mempunyai kolam-kolam yang kedudukannya terletak di bahagian hadapan istana dan lanskap yang menarik dan indah. Disebabkan pemindahan pusat pemerintahan ke Kuala Lumpur, istana ini telah ditinggalkan selepas merdeka tahun 1957.

Tujuan Pembinaan Bangunan

Baginda Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah bersama Hajjah Safiah, permaisuri baginda telah menggunakan bangunan  ini sebagai tempat bersemayam sehinggalah pada tahun 1889, baginda mangkat. Istana ini juga fungsinya pada masa dahulu sebagai tempat pertabalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah iaitu sebagai sultan ke-7 untuk Negeri Selangor Darul Ehsan pada tahun 1926.

BACA SINI:
Pengenalan Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 Sejarah PT3

Fungsi / Keadaan Bangunan

Istana ini pernah dijadikan sebagai Pusat Kraftangan Daerah tetapi oleh kerana kurang mendapat sambutan, ia telah dikosongkan semula

Bangunan bersejarah Selangor ini juga telah mengalami pembaikan pulih semua pada tahun 1988 kerana kerosakan yang teruk. Kemudian, ia pernah dijadikan untuk Pusat Tahfiz Al-Quran oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.