Tempat Menarik di Sarawak 2023: Senarai Aktiviti Percutian Best

Senarai tempat menarik di sarawak 2023 baik waktu malam dan waktu siang

tempat best dan tempat menarik di sarawak 2023

Untuk negeri, ramai memilih untuk pergi ke bandar besar Kuching. Bandar Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia timur di kepulauan Borneo yang cukup luas. Bagi kami yang pernah sampai ke sana, boleh merasai sendiri kelainan apabila sampai ke untuk terjah tempat tempat menarik di Sarawak.

BACA SINI: Dalam pada masa yang sama boleh juga mohon bkss bantuan sarawak ku sayang

Bandar ini terkenal kerana menjadi tempat kediaman sejumlah kumpulan orang asli seperti seperti kaum Dayak, Iban, Kadazan dan lain-lain. Yang pastinya menjanjikan keunikan untuk mengenal lebih mengenai budaya mereka. Selain itu, flora dan fauna di Sarawak juga sungguh mengagumkan yang pasti akan membuatkan anda terpesona.

Air sungai yang mengalir tenang dan keindahan bukit-bukau menjadikan Sarawak sebagai destinasi percutian pilihan bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan. Yang pastinya ramai datang bercuti di Sarawak mahu melihat sendiri bagaimana keunikan kehidupan yang tinggal di rumah panjang Sarawak itu. Sekaligus dalam menyelami bagaimana mereka menjalani kehidupan seperti pada zaman dahulu.

Semak Tempat Menarik di Sarawak 2023

Berikut di bawah ini kami senaraikan 31 tempat menarik untuk dilawati di Sarawak tahun 2023 ini. Negeri yang terbesar di Malaysia. Negeri yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, budaya dan juga agama.

1. Aktivit Best di Sarawak Cultural Village

Amatlah rugi sekiranya anda tidak melawat ke Sarawak Cultural Village jika anda sudah datang ke Sarawak. Ini kerana di sini ada mempamerkan pelbagai tradisi, sejarah, senibina, gaya hidup, teater dan budaya yang mencipta perpaduan budaya yang unik.

Di atas kawasan seluas 17 ekar ini menempatkan tujuh rumah tradisional yang unik, yang akan memberikan anda pengenalan yang sempurna mengenai Sarawak, berkaitan budaya dan penduduknya, sama ada anda mencari rasa keramahan penduduk Sarawak yang sangat mesra atau wawasan tentang gaya hidup rumah panjang.

Para pengunjung yang datang ke Kuching dan Damai harus melawat Sarawak Cultural Village ini. Disini anda boleh melihat Rumah Panjang Bidayuh, Orang Ulu, Iban, Rumah Melayu, Melanau Tallhouse dan Chinese Farmhouse.

2. Batang Ai Iban Longhouse

Antara tempat lain yang menarik untuk dilawati adalah Rumah Panjang Iban dari Kota Ai yang lokasinya 150km dari timur Kuching.

Rumahnya yang sangat unik dan sudah pasti suasana sangat meriah apabila semua ahli keluarga tinggal berdekatan. Rumah panjang yang dikategorikan sebagai rumah tradisional ini terletak jauh daripada kota dan sekitarnya terdapat terdapat tempat perlindungan hidupan liar dan taman negara.

Selain itu, empangan Ai terbuka kepada para pelancong untuk menikmati pemandangan sekitar yang menenangkan fikiran dan jiwa dengan menaiki bot ke Hilton Batang Ai dan Ai Longhouse.

3. Tempat Menarik di Sibu Central Market Sarawak

Salah satu tempat menarik untuk dikunjungi adalah Pasar Sibu yang menjual pelbagai buah eksotik, hasil hutan dan kraf tangan yang dibuat sendiri oleh orang tempatan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding tempat lain.

Pasar Sibu adalah pasar yang terbesar di Sarawak dan peniaga dan pengunjung yang berkunjung saling menjaga kebersihan masing-masing menjadikan keadaan persekitaran di pasar ini sangat bersih. Lokasi: Jalan Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

4. Fuzhou Food Heritage

Anda boleh singgah ke Fuzhou Food Heritage ini bagi sesiapa yang teringin dan mengidam makan laksa Sarawak ini.

Malah disini juga disediakan pelbagai masakan Cina jika anda menyukai masakan dan makanan Cina, yang paling penting restoran ini halal dan diiktiraf bagi kaum muslim.

5. Lamin Dana

Pada dasarnya, Lamin Dana hanyalah sebuah pondok butik budaya di kawasan Melanau Mukah, Sarawak.

Kaum Melanau merupakan kumpulan etnik tertua yang terdapat di Sarawak Tengah dan populasi mereka adalah 7% daripada penduduk Sarawak.

Lamin Dana adalah gabungan muzium dan rumah tamu dan ia terletak di kampung berair Kampung Tellian. Budaya dan gaya hidup Melanau boleh dirasai sendiri oleh para tetamu contohnya mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti tempatan, terutamanya di sepanjang Sungai Tellian.

Malahan anda boleh lihat sendiri kehidupan seharian mereka yang sederhana namun kelihatan sangat Bahagia dan tenang. Disini juga turut ditawarkan urut tradisional dan mandian wap.

Apabila pusat penginapan disediakan, orang tempatan juga turut mereka latih untuk membuat kraftangan tradisional dimana boleh menambah sumber pendapatan penduduk.

6. Kampung Medong

Pembuatan sagu sangat terkenal dan sinonim dengan Kampung Medong. Kampung ini telah menarik minat para pelancong untuk menyaksikan sendiri cara sagu dibuat dan dihasilkan.

Puan Masinah Paris telah mengusahakan sagu yang dibuat daripada pokok rumbia ini yang menggunakan nama Sagu Medong.

Beberapa kursus telah dihadiri Puan Masinah, di samping mendapat galakan dan dorongan demi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk.

Lebih menarik lagi apabila satu-satunya sagu yang mendapat pengiktirafan daripada Sarawak Best adalah Sagu Medong Puan Masinah ini. Anda boleh datang sendiri dan lihat cara-cara sagu tersebut dihasilkan.

7. Tempat Menarik di Mulu National Park Sarawak

Taman Nasional Gunung Mulu adalah taman negara yang terletak di bahagian Miri Sarawak. Ia merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang meliputi pembentukan gua di persekitaran hutan hujan di khatulistiwa.

Taman ini terkenal dengan gua-gua dan telah dipasang beberapa ekspedisi untuk diterokai dan hutan hujan sekitarnya, terutamanya Ekspedisi Masyarakat Geografi Diraja dari tahun 1977-1978, iaitu selama 15 bulan yang melibatkan lebih daripada 100 saintis dalam bidang berkenaan.

Taman nasional ini telah dinamakan bersempena dengan gunung kedua tertinggi di Sarawak iaitu Gunung Mulu. Taman Negara Gunung Mulu sememangnya terkenal dengan pembentukan batu kapurnya.

Ciri-cirinya termasuklah rangkaian gua yang luas, gua-gua besar, tebing, puncak batu dan gaung. Gunung Mulu adalah gunung batu pasir yang meningkat kepada 7,795 kaki (2,376m). Chamber Sarawak iaitu yang terdapat di Gua Nasib Bagus adalah ruang semulajadi yang paling terkenal di Taman Negara Gunung Mulu.

Panjangnya adalah 700m (2,300 kaki) panjang, 396m (1,299 kaki) dan paling tinggi 70m (230 kaki). Dikatakan bahawa ruang yang begitu besar itu mampu memuatkan dan menampung sekitar 40 buah Boeing 747s, tanpa mengatasi sayap mereka. Salah satu laluan gua tunggal terbesar di dunia adalah Gua Rusa.

8. Sibuti Coral Reef National Park Miri

Taman Negara Terumbu Karang Miri – Sibuti ini merupakan kawasan perlindungan terumbu karang di Bahagian Miri, Sarawak, Malaysia. Taman Negara Terumbu Karang Miri – Sibuti ini adalah destinasi menyelam yang popular di Sarawak.

Miri – Sibuti Coral Reefs Taman Negara, terletak pada kedalaman antara 7 hingga 50 meter (23-164 kaki) di pinggir arah laut, mempunyai jarak penglihatan yang sederhana 10 sehingga 30m (33-98 kaki).

Dari akhir Mac sehingga November setiap tahun adalah masa terbaik untuk menyelam kerana bulan 12 sudah bermula musim tengkujuh dan ombak menjadi besar.

Tempat-tempat menyelam yang popular termasuklah Taman Anemone, Kawasan Luconia, Atago Maru Wreck, Terumbu Karang Padi dan Seafan Garden.

Ia sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan pilihan tempat pelancongan kerada terdapat pelbagai makhluk laut seperti batu karang lembut, kuda laut, Staghorn, Bubble, batu karang kulit dan cambuk laut. Malah terdapat pelbagai makhluk laut yang unik yang jarang dilihat boleh didapati disini.

Namun anda dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berenang agar takut merosakkan tumbuhan batu karang di dalam air.

9. Taman Negara Gunung Gading

Di Sarawak terdapat tempat pemuliharaan Rafflesia iaitu Taman Negara Gunung Gading yang pada mulanya dijalankan secara tertutup. Tetapi kini telah dibuka kepada orang ramai oleh Jabatan Taman Negara supaya khazanah ala mini ini dapat dilihat secara lebih dekat lagi.

Rafflesia adalah bunga yang terbesar di dunia yang mampu membesar melebihi satu diameter. Kebiasaannya bunga ini hanya dapat dilihat melalui kaca televisyen sahaja, namun disini anda boleh melihat betapa besarnya bunga rafflesia ini didepan mata anda sendiri.

Bau yang pelik akan dikeluarkan oleh bunga ini untuk menarik perhatian serangga-serangga menghinggap bunga ini. Untuk ke taman negara ini, anda hanya memerlukan 2 jam sahaja dari bandar Kuching.

  • Bayaran Masuk: rm20
  • Waktu Operasi: 8pagi-5petang
  • Lokasi: Lundu, Kuching

10. Aktiviti di Taman Negara Kubah Sarawak

Terdapat banyak taman negara yang boleh didapati di Sarawak ini. Salah satu antaranya adalah Taman Negara Kubah. Pelbagai tarikan menarik yang boleh didapati di taman negara ini seperti pelbagai jenis haiwan liar, pemandangan gunung dan paya bakau. Malah haiwan terancam juga terdapat disini seperti beruang, orang utan, helang laut dan burung yang terkenal di Sarawak iaitu burung Kenyalang.

Taman ini juga menyediakan aktiviti jungle trekking dan mendaki Gunung Sapi kepada sesiapa yang gemarkan aktiviti lasak. Air terjun Taman Negara Kubah ini boleh dikunjungi untuk bermandi-manda setelah melalui hari yang memenatkan.

Pasti dapat menggamit hati anda. Taman Negara Kubah ini bukanlah calang-calang tempat perlancongan. Ini kerana ia pernah dijadikan lokasi penggambaran bagi dua filem Hollywood iaitu The Sleeping Dictionary lakonan Jessica Alba dan Farewell to the King yang dilakonkan oleh pelakon Nick Forte.

Seorang ahli botani yang terkenal, Odoardo Beccari telah mendokumentasi taman negara ini di dalam bukunya berjudul The Great Forest of Borneo bahawa spesies tumbuhan palma yang tumbuh disini antara yang terbaik di dunia dan ini sekaligus menjadikan Taman Negara Kubah terkenal di dunia ini.

Pelancong asing memang cukup gemar menerokai flora dan fauna yang unik seperti ini. Lokasi: Taman Negara Kubah Jalan Lundu – Sampadi, 93050 Kuching

11. Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh

Rumah ini dibina pada tahun 1818 pada asalnya untuk mengelakkan daripada ancaman penyamun.

Masyarakat Bidayuh disini sudah terbiasa dengan kunjungan para pelancong ke rumah mereka untuk melihat cara dan budaya hidup mereka.

Rekod rumah panjang yang terpanjang sekali di Sarawak dipegang oleh rumah panjang ini.

Selain itu, rumah panjang ini berdekatan dengan kolam air panas dan jaraknya kira-kira 90km dari bandar Kuching. Lokasi: Padawan, Siburan, 94700 Sarawak

12. Borneo Highland Resort

Lokasi Borneo Highland Resort ini terletak lebih kurang 80km dari bandar Kuching. Perlumbaaan Burung Negeri Sarawak dan Acara Memerhati Burung merupakan acara tahunan yang diadakan di kawasan tanah tinggi ini.

Yang menariknya adalah terdapat kaum Bidayuh di Rumah Panjang Annah Rais di kaki bukit Borneo Highland ini. Di samping itu, dengan cuaca yang agak sejuk terdapat juga aktiviti bermain golf.

Ketinggian Borneo Highland ini adalah sekitar 600-1000m. Lokasi: Lorong Kota Padawan 10a, 94200 Kuching

13. Tempat Menarik di Kuching Wetlands National Park Sarawak

Taman negara ini adalah taman negara yang dikelilingi pelbagai jenis haiwan liar di kawasan paya bakau seperti helang laut, buaya, proboscis monkey, monyet berhidung besar dan lain-lain lagi.

Taman negara ini terdiri daripada laut, pantai dan ekosistem air tawar yang jaraknya hanya 15km dari bandar Kuching dan berdekatan juga dengan Sungai Salah dan Laut Sibu.

Anda boleh menaiki bot untuk melihat bot untuk melihat dan menerokai kawasan sekitar taman negara ini.

14. Fairy Cave & Wind Cave

Dengan hanya bayaran serendah RM3 seorang, kesejukan Fairy Cave ataupun dikenali sebagai Gua Pari-Pari ini boleh anda rasai apabila masuk ke dalam gua tersebut.

Nama gua ini diberi bersempena dengan bentuk batu stalagmite di bahagian pintu masuk gua yang strukturnya seperti bentuk dewa bagi masyarakat Cina.

Untuk menaiki gua tersebut anda boleh menaiki tangga yang telah disediakan Terdapat beberapa batu yang berbentuk menyerupai manusia yang boleh dijumpai di dalam gua ini dan setiap satunya mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Manakala, terdapat sebuah gua yang diberikan nama Wind Cave kerana terowong di dalam gua ini adalah tempat laluan angin yang masuk dari satu ruang atau sudut dan akan keluar ke ruang gua yang lain. Pemandangan air mengalir yang sangat tenang juga dapat anda lihat di dalam gua ini.

Namun, lampu tidak disediakan di dalam gua buat para pengunjung. Jadi dinasihatkan supaya anda membawa lampu suluh sendiri.

  • Bayaran Masuk: Kanak-kanak RM1.50 / Dewasa RM3
  • Waktu Operasi: Setiap hari (8.30pagi – 4.30petang)
  • Lokasi: 94000 Bau, Sarawak

15. Pasar Serikin

Pasar Serikin mengambil masa selama satu jam untuk ke sini dari bandar Kuching. Pelbagai barangan kraftangan yang dijual di pasar ini seperti bubu, tikar, kain batik dan makanan tradisi.

Anda digalakkan untuk berkunjung ke sini lebih-lebih lagi penggemar kek kerana kek batik di sini sememangnya sedap dan murah. Namun begitu, waktu operasi Pasar Serikin ini hanya sehingga jam 12 tengah hari sahaja.

Jadi, disarankan supaya anda datang awal. Anda boleh mendapat harga lebih murah jika anda pandai tawar-menawar.

  • Waktu Operasi: Sabtu & Ahad
  • Lokasi: Serikin, 94000 Bau Sarawak

16. Tempat Menarik di Taman Negara Niah Sarawak

Gua Niah terletak di Taman Negara Niah iaitu seperti yang kita belajar dalam silibus sejarah dahulu. Pelbagai bukti kewujudan awal kehidupan manusia dijumpai sekitar 40,000 tahun dahulu, seterusnya menjadikan Gua Niah ini popular dan terkenal.

Lukisan batu, fosil manusia dan kayak kecil seperti sebuah keranda yang diletakkan mayat ditemui oleh pakar arkeologi. Ini bermaksud tempat ini pernah menjadi tempat perkuburan.

Terdapat banyak lagi aktiviti lain yang boleh dijalankan selain daripada menerokai Gua Niah contohnya seperti jungle trekking melalui Bukit Kasut Trail, jungle trekking melalui Madu Trail, melawat Rumah Chang, Kuala Kankira dan Traders Cave.

Anda boleh menginap di chalet ataupun hotel dengan membuat tempahan menerusi Jabatan Perhutanan Sarawak bagi anda yang berminat untuk meneroka Taman Negara Niah, namun begitu, tidak akan disediakan sebarang peralatan memasak di tempat penginapan ini.

Kemudahan makanan juga turut disediakan di hotel bajet di Batu Niah.

  • Bayaran: Tiket Park Conservation RM10 / Harga bot sehala ke Taman Negara RM1
  • Telefon: +6085 737454, +6085 737918, +6085 737450, +6085 736648
  • Lokasi: Taman Negara Niah, 98200 Miri Sarawak

17. Hutan Simpan Semenggoh

Anda boleh melawat ke Hutan Simpan Semenggoh bagi sesiapa yang teringin melihat orang utan. Disini renjer hutan akan memberikan latihan kepada orang utan sebelum dilepaskan ke hutan.

Orang utan telah dilatih untuk pulang makan selepas dilepaskan ke hutan sebanyak dua kali iaitu pada 9-10 pagi dan 3-3.30 petang. Anak-anak pasti akan teruja dan menyukai orang utan yang sungguh bijak ini.

  • Bayaran: RM10
  • Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (8pagi-4.45pagi)
  • Lokasi: Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching

18. Tempat Menarik di Taman Negara Bako Sarawak

Taman Negara Bako mengambil perjalanan kira-kira 37km dari bandar Kuching.

Di Asia Tenggara, ia merupakan taman negara yang paling kecil. Meskipun begitu, ia mempunyal pelbagai tarikan menarik yang tidak boleh kita endahkan begitu sahaja. Ini kerana Taman Negara Bako merupakan taman negara tertua di Sarawak.

Jadi, hampir semua spesis tumbuhan yang tumbuh di Borneo boleh dijumpai di sini.

Di sini juga terdapat pelbagai hidupan liar seperti monyet proboscis atau monyet belanda yang hanya terdapat di Borneo. Di samping itu, taman negara tertua Sarawak ini juga mempunyai laut, paya bakau dan pantai dalam hanya satu taman negara untuk anda melakukan pelbagai aktiviti riadah. Menarik bukan?

  • Bayaran Masuk: Tiket Taman – RM10, Bayaran Bot – RM30
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8pagi-5 petang)
  • Alamat: Forest Department Sarawak, Bangunan Wisma Sumber Alam, Jalan Stadium, Petra Jaya 93660, Kuching

19. Masjid Jamek Kuching

Masjid Jamek ini terletak di Petra Jaya, Kuching. Ia berada di kawasan kota lama berdekatan dengan Sungai Kuching dan ia dikenali sebagai Masjid Lama Negeri Sarawak.

Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina di Sarawak Bumi Kenyalang ini. Pada masa dahulu, masjid ini dibina dengan menggunakan kayu manakala dindingnya pula daripada papan. Manakala, atapnya pula diperbuat daripada kayu bulian. Masjid ini telah diberi nafas baharu dan diubah suai pada tahun 1968.

Kubahnya berwarna keemasan dan dindingnya pula telah diubah menjadi warna merah jambu. Masjid ini dilengkapi dengan sebuah kubah utama dan empat puluh buah kubah kecil.

Mozek dan jubin menghiasi kubah utamanya, manakala kerrawang bermotifkan geometri diletakkan di sebelah dalamnya. Tiang-tiang yang menyokong kubah-kubah kecil ini kelihatan seperti kedudukan tangan sewaktu beroda.

Keindahan masjid ini diserlahkan lagi dengan hiasan menarik cermin kaca berwarna-warni. Kemasan daripada marmar digunakan pada keseluruhan lantai masjid ini agar dapat menyejukkan ruang suasana ketika berada di dalamnya. Pada waktu senja, keindahannya jelas terserlah.

Luas masjid ini kira-kira 100 ekar. Kini masjid ini menjadi mercu tanda dan kebanggaan penduduk Sarawak. Masjid gred khas adalah kategori bagi masjid ini dan boleh menampung 10,000 orang Jemaah pada satu-satu masa.

Kemudahan lain turut disediakan untuk para jemaah termasuklah perpustakaan, dewan persidangan dan ruang pejabat untuk kakitangan masjid. Alamat: Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching

20. Coco Cabana

Anda bolehlah berkunjung ke Coco Cabana yang terletak berhampiran dengan Bandar Miri seandainya anda merupakan pencinta alam semulajadi dan sering menantikan masa terbaik untuk menyaksikan keindahan detik matahari terbenam.

Lokasinya sangat strategik dan terletak di sebuah kawasan bertanjung di tepi laut dan landskap di Coco Cabana sangat menarik untuk anda mengambil gambar sambil menikmati pemandangan sekeliling.

Di sekitar kawasan tepi pantai juga disediakan bangku dan meja makan yang boleh digunakan untuk bersantai bersama keluarga tercinta sementara anda menunggu dan merakam detik istimewa matahari terbenam.

Coco Cabana ini terletak bersebelahan dengan Miri Marinan iaitu tarikan lain yang terdapat di Miri, Sarawak iaitu ia merupakan sebuah pelabuhan bot dan kapal layar. Kawasan jeti ini mempunyai suasana sama seperti di luar negara.

Jadi, tidak disangkal lagi bahawa tempat ini menjadi salah satu lokasi yang wajib dikunjungi jika anda berkunjung ke Sarawak.

21. Aktivit Best di Fort Margherita Sarawak

Fort Margherita merupakan sebuah kubu yang terletak di atas tebing Sungai Sarawak menghadap Pekan Kuching berdekatan kediaman Keluarga Brooks.

‘Ford Margherita’ adalah nama yang diberikan kepada kubu ini bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret. Reka bentuk bangunan yang unik ini diilhamkan daripada reka bentuk kubu dan istana Inggeris Renaissance.

Pada tahun 1879, bangunan ini mula dibina. Fungsi bangunan ini adalah sebagai penjara, gedung senjata, kawasan penempatan pasukan tentera pertahanan kota, menara kawalan dan pusat mengawal di bawah pemerintahan Rajah Kedua semenjak pembinaannya.

Walau bagaimanapun, bangunan ini dijadikan sebagai Muzium Polis pada tahun 1971 dan kini diubahsuai semula sebagai kubu dan dibuka kepada para pelancong yang berkunjung ke Sarawak.

  • Lokasi: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
  • Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (9am-4pm) Sabtu-Ahad (10am-4pm)
  • Bayaran: Percuma

22. Tempat Best di Kampung Melayu Sarawak

Di Sarawak, di sepanjang tebing utara Sungai Sarawak, berbelahan dengan Fort Margherita, terdapat banyak kampung Melayu Asli (kampung tradisional Melayu).

Kampung Boyan, Kampung Sourabaya dan Kampung Gersik merupakan kampung utama yang terdapat di sini. Anda boleh menaiki bot penambang ataupun menaiki teksi melalui jalan darat untuk berkunjung ke daerah ini.

Di sini juga terdapat banyak kedai kek lapis yang kebiasaannya menjadi kegemaran pengunjung di Sarawak. Antaranya adalah Kek Lapis Zaharah, Kek Lapis Dayang Salhah dan Mira Cake House.

Selain daripada kek lapis, makanan wajib yang dibeli di sini adalah terubuk ikan masi dan boleh dibawa balik oleh pelancong yang berkunjung ke sini. Alamat: Kampung Boyan, 93050 Kuching Sarawak

23. Tempat Menarik di Muzium Islam Sarawak

Pada asalnya, fungsi bangunan ini adalah sebagai institusi pengajian dan dinamakan sebagai James Brooke Malay College. Bangunan ini bertukar nama pada tahun 1930 dan dikenali sebagai Madrasah Melayu Sarawak.

Ianya digunakan khas sebagai pusat latihan para guru dalam pendidikan Melayu peringkat tinggi. Melahirkan lebih ramai orang Melayu yang bergiat aktif dalam memajukan bangsa Melayu adalah matlamat utama penubuhannya.

Kemudiannya, pengubahsuaian telah dilakukan terhadap bangunan ini menjadi muzium dan masih bertahan sehingga ke hari ini.

Muzium ini terbahagi kepada tujuh buah galeri yang mana setiap satunya mempunyai unsur tersendiri seperti persenjataan, seni hiasan dan sejarah Islam di Sarawak.

  • Lokasi: Jalan P.Ramlee 93400 Kuching, Sarawak
  • Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (9am-4pm) Sabtu-Ahad (10am-4pm)
  • Bayaran: Percuma

24. Luak Esplanade

Destinasi paling ideal untuk diterokai adalah Luak Esplande terutama bagi anda yang rindukan suasana bayu pantai yang nyaman.

Lokasinya sangat strategik buat para pelancong kerana ia hanya terletak 4km dari Airport Miri dan sekitar 10km dari Bandar Miri. Kawasan tepi pantainya yang lapang dan sangat panjang, sesuai untuk aktiviti seperti berkelah, beriadah, bermain layang-layang, bersenam, santai-santai dan sebagainya.

Luak Esplande adalah satu lagi tempat menarik dan ideal di Miri selain Coco Cabana di Bandar Miri untuk melihat keindahan panorama matahari terbenam.

Kebiasaannya, pada cuti hujung minggu atau cuti sekolah, pantai ini menjadi kunjungan ramai. Di sini, pelbagai makanan santai dijual kepada pengunjung oleh penjaja jalanan. Pada hujung minggu, tidak kurang juga seniman jalanan yang tidak kalah beradu menunjukkan bakat masing-masing yang menghidupkan lagi suasasana di Luak Esplande.

Anda boleh membawa anak-anak beriadah bersama pada waktu petang di Luak Esplande jikalau anda menginap di hotel berdekatan Airport Miri seperti Pari Inn Hotel, Jihold Hotel dan Merdeka Suite Hotel. Oleh kerana kawasannya yang luas, pantai ini juga tidak terlalu padat.

25. Tempat Menarik di Medan Niaga Satok Sarawak

Pasar tani yang terbesar di Malaysia adalah Medan Niaga Satok. Pasar tani yang diuruskan oleh FAMA ini terletak kira-kira 6km dari bandar Kuching iaitu di tebing Sungai Sarawak.

Mempunyai kapasiti sebanyak 1,444 ruang niaga tetap, pasar ini mampu memberikan segala yang anda inginkan yang mungkin tidak dijumpai di tempat lain.

Peniaga sedia ada di Pasar Rumah Satok diberikan keutamaan ruang niaga, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok. Bagi sesiapa yang berkunjung ke Kuching, lokasi ini merupakan medan wajib untuk dilawati.

  • Lokasi: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
  • Waktu Operasi: 7am-10am (Sabtu) 7am-12pm (Ahad)

26. Tempat Menarik di Kuching Civic Center Sarawak

Kuching Civic Center adalah satu lagi lokasi menarik yang wajib dikunjungi apabila datang ke Kuching, Sarawak.

Seni reka bentuk bangunan yang unik ini sudah tentu mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Bukan sahaja menarik, malah fungsinya turut berguna.

Anda dapat menikmati pemandangan 360 darjah bandar Kuching dan kawasan sekeliling sepuas-puasnya dari atas bangunan yang futuristik ini. Planetarium Sultan Iskandar yang mempunyai reka bentuk kubah yang berwarna putih merupakan planetarium yang pertama di Malaysia yang ditempatkan di bangunan ini.

Di sini, pemandangan yang menyegarkan mata dapat anda lihat seperti Gunung Santubong, Serapi dan gunung-gunung lain yang wujud di Kalimantan. Pada 19 Januari 1989, planetarium pertama di Malaysia ini sudah mula dibuka.

  • Lokasi: Jalan Taman Budaya, Kuching 93400
  • Bayaran: RM2

27. Tempat Menarik di Mukah Perkampungan Melanau Sarawak

Bagi pengunjung yang datang ke Sarawak, Perkampungan Melanau ini merupakan destinasi yang paling asing bagi mereka.

Perjalanan ini menjanjikan pengalaman mencabar dan akan memberikan satu sudut pandang berbeza berkaitan kebudayaan dan dapat mengenali pelbagai juadah yang tidak dijumpai di daerah lain.

Anda boleh menaiki kapal terbang melalui Sibu untuk sampai ke kawasan ini. Anda juga boleh sampai ke kawasan ini dari Kuching melalui Aiman Batang Ai Resort melalui jalan darat. Antara aktiviti menarik di sini adalah anda boleh melihat penghasilan dan pemprosesan ‘kuih sepit’.

Anda juga berpeluang menginap dan merasai sendiri pengalaman sebenar berada di dalam rumah yang dibina terapung di atas air. Sungai Telian juga boleh direntasi untuk melihat pemprosesan pokok sagu dan sudah tentunya anda akan berasa sangat teruja untuk melihat cara ulat sagu dikutip.

Sudah pasti anda ingin membawa ole-ole ataupun buah tangan untuk kaum kerabat dan sahabat handai sebelum balik bukan?

Anda boleh berkunjung ke pasar tani tempatan di Mukah. Terdapat pelbagai kraftangan unik hasil karya penduduk Melanau yang boleh dipilih dengan harga yang sangat berpatutan.

28. Muzium Tekstil

Muzium Tekstil yang terletak di Kuching, Sarawak ini ditempatkan di bangunan Pavilion. Senibina bangunan ini adalah campuran Renaissance Inggeris dan mempunyai elemen barat yang dibawa ketika penjajahan British.

Pada tahun 1907 ia telah dibina, fungsinya pada awal pembinaan adalah sebagai Pusat Perubatan. Kemudian, fungsinya bertukar sebagai pejabat Jabatan Pendidikan, sebelum dijadikan muzium tekstil dan mula dibuka untuk orang ramai pada tahun 2000.

Pelbagai jenis tekstil dan busana asli tempatan boleh didapati di sini yang ditenun dan dipakai oleh etnik masyarakat Sarawak yang adisimpan dan dipamerkan.

Antaranya adalah Kain Songket Melayu Sarawak dan Pua Kumbu masyarakat Iban. Di muzium tekstil ini juga, anda boleh melihat bagaimana penghasilan tekstil-tekstil Sarawak, dari awal penyediaannya sehingga siap ditenun menjadi sehelai kain.

  • Lokasi: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching
  • Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (9am-4.45pm), Sabtu-Ahad (10am-4pm)
  • Bayaran: Percuma

29. Sarakraf Sarawak

Sarawak Pavilion adalah sebuah rumah agam yang tersegam megah yang mempunyai rekabentuk zaman jajahan Cina (Chinese-colonial). Terdapat pelbagai jenis kraftangan serta bengkel di dalamnya.

Selain itu, persembahan tarian tradisional masyarakat Sarawak pun anda boleh lihat.

Di sini juga turut menawarkan kelas tarian tradisional dan kelas-kelas membuat kraftangan yang boleh anda sertai. Menarik bukan?

  • Alamat: Sarakraf Sdn Bhd (133055-W) No 78, Jalan Tabuan, 93100 Kuching
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30am-10pm

30. Rumah Panjang Bawang Assan (Iban), Sibu

Bawang Assan merangkumi 9 buah rumah panjang yang merupakan sebuah kawasan perumahan kaum Iban. Sejak kurun ke 18 rumah ini sudah dibina.

Lokasinya terletak kira-kira 40 minit dari Sibu melalui jalan darat ataupun menaiki bot. Ada dua sebab utama ianya menjadi tarikan pelancongan popular.

Sebab pertama adalah pembinaan kepelbagaian rumah panjang dan disusun dari rumah panjang yang bereka bentuk paling tradisional sehinggalah ke reka bentuk moden dan terkini. Jadi pengunjung akan mendapat gambaran yang jelas bagaimana rumah panjang berevolusi sejak kurun lamanya.

Sebab kedua adalah budaya mereka dapat dijelaskan dengan baik dan tepat kepada pelancong yang berkunjung kerana kebananyakan penduduk di sini mempunyai kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Khidmat penginapan bermalam juga turut ditawarkan rumah panjang ini, di mana pengunjung yang menginap dapat melakukan aktiviti harian ditemani oleh penduduk tempatan seperti memancing, menanam dan menuai padi.

31. Tempat Menarik di Ulu Baram Sarawak

Anda tentunya tidak mahu melepaskan peluang ke Selaan-Linau, Ulu Baram jika anda merupakan seorang pencinta alam semulajadi dan sukakan aktiviti mencabar.

Semua elemen penting kepada pengalaman pelancongan eko yang menakjubkan dimiliki tempat ini termasuklah monumen semulajadi, flora, fauna dan komuniti tempatan.

Nilai keaslian, warisan budaya, sejarahnya yang sangat unik dan berbeza boleh anda lihat daripada kawasan Selatan Sarawak.

Anda turut berpeluang bertemu dengan kumpulan etnik Penan dan Kenyah di sini. Pengalaman melakukan aktiviti harian bersama mereka di sini akan turut anda rasai. Tidak akan cukup lengkap pengalaman anda tanpa meluangkan masa di air terjun Sela’an Linau yang sungguh menggamit hati.

Banyak sungguh tempat menarik di Sarawak yang boleh dilawati bukan? Jikalau anda mahu merantau ke semua tempat di Sarawak, 3 hari 2 malam pun tidak akan cukup. Ini baru dikatakan 31 tempat percutian menarik Sarawak.

SUMBER: https://www.tripadvisor.com.my/Attractions-g298308-Activities-Sarawak.html

Jikalau mahu ditulis atau diceritakan kesemuanya memang tidak akan habis. Oleh yang demikian, datang dan rasai sendiri pengalaman berada di sini.

Seeloknya anda merancang dengan baik perjalanan untuk pergi ke semua tempat bersejarah dan tempat menarik di sarawak memandangkan negeri Sarawak ini besar supaya masa tidak terbuang dek jauhnya perjalanan ke satu destinasi.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia