Bangunan Bersejarah di Sabah : Sejarah Struktur Menara Jam Atkinson

Bangunan Bersejarah Sabah Sejarah PT3 : Struktur Binaan Menara Jam Atkinson

Berikut dikongsikan senarai bangunan bersejarah Sabah iaitu contohnya adalah seperti Menara Jam Atkinson yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan negeri Sabah.

bangunan bersejarah sabah

Bangunan menara jam ini juga menjadi tumpuan orang ramai dan masyarakat setempat untuk berkunjung.

Oleh yang demikian, Menara Jam Atkinson ini boleh digunakan oleh pelajar-pelajar PT3 khususnya warga Sabah sendiri untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus sejarah berkenaan dengan tajuk tugasan bangunan bersejarah di tempat anda.

Bangunan Bersejarah di Sabah Sejarah PT3 : Menara Jam Atkinson

Menara Jam Atkinson ini terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

Latar Belakang Bangunan

Pada tahun 1902, bangunan menara jam ini telah mula dibina dan pada tahun 1905, ia siap dibina.

Struktur / Senibina Bangunan

Struktur Menara jam ini hanya diperbuat daripada kayu Merbau (Mirabau) sahaja pada asal pembinaan ini dan berketinggian 48 kaki (157 meter).

Perubahan yang besar telah berlaku pada bentuk permukaan asalnya selepas bangunan menara ini dibina dan melalui proses pembaikan dan pembaharuan yang menyeluruh.

Tujuan Pembinaan Bangunan

Hasil daripada sumbangan orang ramai, bangunan bersejarah Sabah ini telah dibina. Pada tahun 1964, jam baharu pada menara telah menggantikan jam asal yang pada sebelum itu disumbangkan oleh ibu Atkinson. Jam asal itu telah mula berfungsi pada 19 April 1905 ketika menara jam ini masih lagi dalam pembinaan.

Pada dahulu dan asalnya, menara jam ini dibina sebagai tanda memperingati Encik Francis George Atkinson, seorang Pegawai Daerah Kota Kinabalu (dahulunya dikenali sebagai Jesselton) yang telah meninggal dunia pada usia 28 tahun akibat daripada ‘demam malaria’ (demam Borneo).

BACA SINI:
Senarai Bangunan Bersejarah Di Malaysia Sejarah PT3

Fungsi / Keadaan Bangunan

Struktur bangunan bersejarah Sabah ini telah mengalami perubahan yang ketara dan besar selepas menara jam ini dibina dan melalui proses pembaikan dan pembaharuan yang menyeluruh.

Penjagaan dan pemeliharaan struktur binaan menara jam ini telah diambil oleh pihak Muzium Sabah pada tahun 1979. Tapak bangunan ini telah diwartakan sebagai Simpanan Kerajaan bermula pada bulan Ogos 1983 hinggalah kini.