≡ BACK

Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang : Fort Kota Cornwalls Sejarah Pt3

Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang Penang: Fort Kota Cornwalls Sejarah Pt3

Bangunan atau kota bersejarah ini sangat popular di kalangan pelancong luar mahupun dalam negara kerana keunikan kota dan sejarahnya yang tersendiri.

bangunan bersejarah pulau pinang

Sesiapa yang berkunjung ke Pulau Pinang, pasti tidak melepaskan peluang untuk bertandang dan melawat Kota Conwallis ini.

Oleh itu, para pelajar yang tinggal di Pulau Pinang boleh menggunakan Kota Cornwallis sebagai bahan kajian sejarah untuk anda siapkan tugasan Sejarah PT3 yang harus dihantar sebelum atau pada 1 Julai 2016.

Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang : Kota Cornwallis

Bangunan Fort Conrwallis atau lebih sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia dan warga Pulau Pinang sendiri sebagai Kota Cornwallis terletak di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, Georgetown, Pulau Pinang sekaligus 

Sejarah Pembinaan Kota Cornwallis

Pada tahun 1786, Kota Cornwallis ini telah dibina oleh Francis Light. Kota ini telah dibina selepas empat hari Francis Light mendarat di Tanah Melayu dan orang-orang buangan dari India telah digunakan untuk pembinaan kota tersebut.

Struktur / Senibina Bangunan

Kota dan bangunan bersejarah Pulau Pinang ini hanya berasaskan daripada kayu dan batang-batang nibung pada awal pembinaan kota ini. Keluasan kota ini berukuran 46.4 meter persegi.

Nama Charles Earl Cornwallis II, seorang Gabenor Jeneral Inggeris pada ketika itu telah diambil untuk menamakan kota ini sebagai Kota Cornwallis. Kota dan bangunan bersejarah Penang ini dilengkapi dengan senjata-senjata yang digunakan pada zaman dahulu  seperti contohnya meriam.

Tujuan dan Sejarah Binaan

a) Benteng Pertahanan

Disebabkan kedudukan Pulau Pinang dan Kota Cornwallis yang berhampiran dengan laut, bangunan bersejarah Pulau Pinang ini terdedah kepada serangan musuh dan ancaman dari kuasa-kuasa lain.

Tambahan, penduduk Pulau Pinang sendiri telah mengecam dan memberi ancaman terhadap tindakan pihak Inggeris mendirikan kota ini. Penduduk negeri ini sendiri mengecam sejak dari penubuhan awal kota ini didirikan kerana khuatir mereka akan turut terlibat dan diheret sama dalam kancah peperangan.

Tambahan pula, janji yang telah ditaburkan oleh Inggeris untuk membantu Kedah menentang Siam telah diabaikan. Sedangkan Pulau Pinang telah diserahkan oleh Sultan kepada pihak Inggeris iaitu seperti yang sudah termaktub di dalam persetujuan dan perjanjian Inggeris bahawa Kedah akan dibantu bagi menentang ancaman Siam.

Fungsi / Pemulihan Kota Conrwallis

Di bawah Akta Benda Purba, Kota Conrnwallis kota peninggalan Inggeris ini telah diwartakan sebagai bahan sejarah oleh pihak Muzium Negara.

Bangunan bersejarah Pulau Pinang Penang ini sangat dipelihara dan dipulihara dengan baik sekali sebagai satu kesan sejarah dan warisan budaya yang penting memandangkan di dalamnya terdapat beberapa pucuk meriam lama yang kedudukannya dihalakan ke arah laut.

Pihak Belanda telah menghadiahkan meriam-meriam ini kepada negeri Johor kerana telah menolongnya dalam menentang Portugis.

Tetapi, meriam-meriam ini dibawa ke Acheh apabila Acheh berjaya menawan Johor pada tahun 1613. Dan kemudiannya, meriam-meriam ini telah dihadiahkan oleh Sultan Acheh kepada Selangor dan ditempatkan di Kota Kuala Selangor.

Pada tahun 1871, meriam-meriam ini telah dibawa pulang ke Penang dan diletakkan di Kota Kuala Selangor berjaya ditawan Inggeris.

Kini dengan usaha pemeliharaan, pemuliharaan dan penjagaan rapi Kota Cornwallis bukan sahaja popular sebagai kota bersejarah malah dapat menarik minat para pelancong untuk berkunjung tidak kira luar dan dalam negara yang melawat Pulau Pinang ini.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Di bawah ini Myt3 akan kongsikan kepada anda berkenaan salah satu daripada senarai…
Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Sejarah Senibina Istana Balai Besar Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Struktur Senibina Pintu Kota, Istana Balai Besar Berikut di bawah ini MyPT3 akan kongsikan kepada anda tentang sala…
Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur : Sejarah Struktur Tugu Negara Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur Sejarah PT3: Struktur Binaan Tugu Negara Terdapat begitu banyak bangunan bersejarah di Kuala Lumpur yang boleh di…
Bangunan Bersejarah di Melaka : Sejarah Struktur Binaan Kota A’Famosa Bangunan Bersejarah di Melaka Sejarah Pt3 : Struktur Binaan Kota A’Famosa Berikut di bawah kami akan berkongsi secara padat dan ringkas mengenai bang…
Bangunan Bersejarah Di Negeri Sembilan : Sejarah Istana Ampang Tinggi Bangunan Bersejarah Negeri Sembilan Sejarah Pt3 : Istana Ampang Tinggi Terdapat banyak senarai bangunan bersejarah di Negeri Sembilan dan antaranya a…
Bangunan Bersejarah Di Pahang : Sejarah Muzium Sultan Abu Bakar Bangunan Bersejarah Di Pahang Sejarah Pt3 : Struktur Muzium Sultan Abu Bakar Pada kali ini, kami di MyPT3 akan menulis berkenaan dengan salah satu ba…
Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri Perak Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri Perak Terdapat banyak senarai bangunan bersejarah yang terdapat di Perak antaranya adalah Mu…
Bangunan Bersejarah di Sabah : Sejarah Struktur Menara Jam Atkinson Bangunan Bersejarah Sabah Sejarah PT3 : Struktur Binaan Menara Jam Atkinson Berikut dikongsikan senarai bangunan bersejarah Sabah iaitu contohnya ada…
Bangunan Bersejarah Di Selangor : Sejarah Struktur Istana Bandar Bangunan Bersejarah Selangor Sejarah PT3: Struktur Istana Bandar atau Alaeddin Bagi pelajar PT3 yang tinggal dan duduk di Selangor ini untuk anda. …
Bangunan Bersejarah Di Terengganu Sejarah PT3 : Istana Maziah Bangunan Bersejarah Di Terengganu Sejarah PT3 : Istana Maziah Bangunan bersejarah Terengganu yang paling popular dan terkenal adalah bangunan Istana …