≡ BACK

Bangunan Bersejarah Perlis Sejarah PT3 : Muzium Kota Kayang

Bangunan Bersejarah Perlis Sejarah PT3 : Muzium Kota Kayang

Pada artikel ini, kami di MyPT3 akan berkongsi kepada anda berkenaan salah satu bangunan bersejarah di Perlis iaitu Muzium Kota Kayang. Muzium Kota Kayang adalah antara tinggalan bangunan bersejarah bagi Perlis Indera Kayangan.

bangunan bersejarah perlis

Bangunan bersejarah Perlis ini sangat terkenal kerana muzium ini sangat berhampiran dengan makam Sultan Kedah yang ke-15.

Dengan keunikan inilah, pelajar Tingkatan 3 yang berada atau tinggal di sekitar Perlis boleh mengambil peluang ini untuk membuat kajian dan menganalisis bangunan ini untuk dimasukkan sebagai bahan kajian Kerja Kursus Sejarah PT3 2016.

Bangunan Bersejarah di Perlis : Sejarah Muzium Kota Kayang

Muzium Al-Marhum Kota Kayang dikenali sebagai Muzium Kota Kayang. Muzium ini terletak 6.5 kilometer dari Pekan Kangar, dengan melalui Jalan Tok Kuning menuju ke Kuala Perlis sekaligus diangkat sebagai salah satu bangunan bersejarah Perlis yang cukup terkenal di sana

Sejarah Binaan Muzium Kota Kayang

Pada tahun 1999, muzium ini telah dibina yang terletak berhampiran dengan kawasan Makam Al-Marhum Kayang pertama atau Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah (1661 – 1687)  yang merupakan Sultan Kedah ke – 15. Kota Indera Kayangan telah dibangunkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kedah oleh Sultan pada ketika itu.

Sultan Muhyiddin Mansur Syah atau Al-Marhum Sena (1653-1661) yang telah mangkat dan disemayamkan di Kota Sena berhampiran Bandar Kangar telah digantikan oleh Baginda.

Struktur / Senibina Sejarah Muzium Kota Kayang

Pada zaman pemerintahan Sultan Kedah yang ke – 15 iaitu pemerintahan Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah 1 yang memerintah antara tahun 1661 sehingga 1687, tapak Muzium Al-Marhum Kota Kayang yang juga merupakan Kota Indera Kuantan telah dibina.

Pada 8 Safar 1075 Hijrah, kota ini telah siap dibina, yang dilengkapi dengan Istana dan Balai Penghadapan. Kota Indera Kayangan adalah nama yang diberikan kepada kota ini. Bangunan bersejarah Perlis ini dibina di kawasan yang dikelilingi bukit-bukit seperti Bukit Besi Hangit, Bukit Lambung Pawah, Bukit Kubu, Bukit Nasi Sebungkus, Bukit Papan, Bukit Tok Poh dan Gunung Medan.

Kota Indera Kayangan ini mempunyai jalan perhubungan dengan laut melalui laluan Sungai Raja yang digali terus ke Sungai Perlis. Pada tahun 1688, Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah I telah mangkat dan dimakamkan di Kota Indera Kayangan yang juga dikenali dengan gelaran Al-Marhum Kayang Pertama.

Fasa pertama mempunyai arkeologi berharga, spesimen yang dijumpai di sekitar Perlis dan sejarah Perlis serta senjata tradisional yng digunakan oleh masyarakat setempat.

Fasa kedua pula boleh didapati sejarah susur galur pemerintah Perlis serta informasi lain yang berkaitan yang dipaparkan di Galeri Diraja dan juga bahagian kebudayaan.

Makam Al-Marhum Kayang Pertama Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I  dan juga Juang Tawa yang merupakan menantu Baginda iaitu seorang putera Bugis telah ditempatkan di sudut kanan berhampiran dengan bukit.

Perigi Lama

Keluarga Al-Marhum ada menggunakan sebuah perigi. Kemudian, perigi tersebut telah digunakan untuk tujuan pertanian oleh masyarakat setempat selepas pentadbiran kesultanan Kedah berpindah ke Kota Setar

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Di bawah ini Myt3 akan kongsikan kepada anda berkenaan salah satu daripada senarai…
Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Sejarah Senibina Istana Balai Besar Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Struktur Senibina Pintu Kota, Istana Balai Besar Berikut di bawah ini MyPT3 akan kongsikan kepada anda tentang sala…
Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur : Sejarah Struktur Tugu Negara Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur Sejarah PT3: Struktur Binaan Tugu Negara Terdapat begitu banyak bangunan bersejarah di Kuala Lumpur yang boleh di…
Bangunan Bersejarah di Melaka : Sejarah Struktur Binaan Kota A’Famosa Bangunan Bersejarah di Melaka Sejarah Pt3 : Struktur Binaan Kota A’Famosa Berikut di bawah kami akan berkongsi secara padat dan ringkas mengenai bang…
Bangunan Bersejarah Di Negeri Sembilan : Sejarah Istana Ampang Tinggi Bangunan Bersejarah Negeri Sembilan Sejarah Pt3 : Istana Ampang Tinggi Terdapat banyak senarai bangunan bersejarah di Negeri Sembilan dan antaranya a…
Bangunan Bersejarah Di Pahang : Sejarah Muzium Sultan Abu Bakar Bangunan Bersejarah Di Pahang Sejarah Pt3 : Struktur Muzium Sultan Abu Bakar Pada kali ini, kami di MyPT3 akan menulis berkenaan dengan salah satu ba…
Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri Perak Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri Perak Terdapat banyak senarai bangunan bersejarah yang terdapat di Perak antaranya adalah Mu…
Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang : Fort Kota Cornwalls Sejarah Pt3 Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang Penang: Fort Kota Cornwalls Sejarah Pt3 Bangunan atau kota bersejarah ini sangat popular di kalangan pelancong lu…
Bangunan Bersejarah di Sabah : Sejarah Struktur Menara Jam Atkinson Bangunan Bersejarah Sabah Sejarah PT3 : Struktur Binaan Menara Jam Atkinson Berikut dikongsikan senarai bangunan bersejarah Sabah iaitu contohnya ada…
Bangunan Bersejarah Di Selangor : Sejarah Struktur Istana Bandar Bangunan Bersejarah Selangor Sejarah PT3: Struktur Istana Bandar atau Alaeddin Bagi pelajar PT3 yang tinggal dan duduk di Selangor ini untuk anda. …