≡ BACK

Bangunan Bersejarah Di Negeri Sembilan : Sejarah Istana Ampang Tinggi

Bangunan Bersejarah Negeri Sembilan Sejarah Pt3 : Istana Ampang Tinggi

Terdapat banyak senarai bangunan bersejarah di Negeri Sembilan dan antaranya adalah Istana Ampang Tinggi. Pada entri kali ini, sedikit perkongsian akan kami berikan kepada anda semua tentang sejarah dan latar belakang bangunan Istana Ampang Tinggi, Negeri Sembilan.

bangunan bersejarah negeri sembilan

Oleh itu, dengan ini anda dapat memperoleh pengetahuan mengenai Istana Ampang Tinggi berdasarkan maklumat berikut.

Pelajar PT3 yang kini sedang sibuk menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah PT3 boleh menggunakan platform yang disediakan untuk menulis esei kajian bagi bangunan bersejarah di Negeri Sembilan yang satu ini.

Semoga dengan perkongsian ini, calon PT3 khususnya warga Negeri Sembilan dapat selesaikan tugasan dengan jayanya.

Butiran Bangunan Bersejarah Di Negeri Sembilan : Istana Ampang Tinggi

Bangunan Istana Ampang Tinggi ini terletak di Kompleks Taman Seni Budaya, Seremban

Latar Belakang Bangunan

Pada sekitar tahun 1865 dan 1870, di atas sebuah permatang padi di Ampang Tinggi, Kuala Pilah, bangunan ini telah dibina oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-5 iaitu Yamtuan Imam . Keluasan istana ini adalah 23.5 kaki lebar dan 66.5 kaki panjang.

Struktur Senibina Bangunan Bersejarah Negeri Sembilan

Senibina tradisional Minangkabau adalah ciri-ciri reka bentuk dan senibina istana ini. Sebatang paku tidak digunakan sebaliknya hanya pasak digunakan.

Ukiran kayu yang sangat teliti dan halus di sepanjang dinding dan juga pada dinding di bahagian dalam istana terdapat ukiran Al-Quran serta susunan kepingan-kepingan kayu berlian berbentuk sisik pada bumbung cukup mengagumkan dan sekaligus menjadikan istana kelihatan sungguh indah.

Tujuan Pembinaan Bangunan

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-lima, iaitu Yamtuan Ulin yang juga dikenali sebagai Yamtuan Imam telah membina istana ini di atas permatang yang menghala ke sebuah sawah padi yang terbentang luas. Yamtuan Imam telah memerintah Negeri Sembilan dari tahun 1861 sehingga 1869.

Bangunan bersejarah Negeri Sembilan ini berukuran 23.5 kaki lebar dan 66.5 kaki panjang. Istana ini telah dihadiahkan kepada Tunku Cindai iaitu puterinya apabila istana ini siap sepenuhnya. Istana ini dihadiahkan kepada  Tunku Cindai apabila puteri baginda berkahwin dengan Tengku muda Chik iaitu putera Yamtuan ke-empat, Yamtuan Radin

Bangunan bersejarah Negeri Sembilan ini kedudukannya kira-kira jauhnya enam batu dari Seri Menanti. Penambahan lebih banyak panel berukir telah dilakukan oleh Tengku Muda Chik dan seterusnya menetap di situ bersama dengan isterinya.

Kemudiannya, Istana Bandar ini diberikan kepada kepada Tunku Halijah, iaitu puteri mereka yang berkahwin sebagai isteri kedua kepada Yamtuan Muhammad, Yamtuan ke-tujuh. Selepas itu, istana ini telah dihuni oleh anggota keluarga yang lain dari semasa ke semasa apabila Tunku Halijah meninggal dunia pada 1921. Dan ia tidak lagi dihuni secara tetap dan istana itu terbiar begitu sahaja tanpa diperbaiki langsung bermula kira-kira tahun 1930.

Fungsi / Keadaan Bangunan

Pada tahun 1953, kebenaran telah diberikan oleh Tunku Abdul Rahman, Yamtuan ke-8 agar bangunan lama yang tidak beratap ini dibuka dan berpindah ke Seremban. Kemudian, ia telah dipindahkan pada tahun 1980 ke Tapak Kompleks Taman Seni Budaya dan kini, bangunan bersejarah Negeri Sembilan ini menjadi antara salah satu tempat wajib yang mesti dilawati kerana keunikan dan sejarah di sebalik bangunan istana ini.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Di bawah ini Myt3 akan kongsikan kepada anda berkenaan salah satu daripada senarai…
Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Sejarah Senibina Istana Balai Besar Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Struktur Senibina Pintu Kota, Istana Balai Besar Berikut di bawah ini MyPT3 akan kongsikan kepada anda tentang sala…
Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur : Sejarah Struktur Tugu Negara Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur Sejarah PT3: Struktur Binaan Tugu Negara Terdapat begitu banyak bangunan bersejarah di Kuala Lumpur yang boleh di…
Bangunan Bersejarah di Melaka : Sejarah Struktur Binaan Kota A’Famosa Bangunan Bersejarah di Melaka Sejarah Pt3 : Struktur Binaan Kota A’Famosa Berikut di bawah kami akan berkongsi secara padat dan ringkas mengenai bang…
Bangunan Bersejarah Di Pahang : Sejarah Muzium Sultan Abu Bakar Bangunan Bersejarah Di Pahang Sejarah Pt3 : Struktur Muzium Sultan Abu Bakar Pada kali ini, kami di MyPT3 akan menulis berkenaan dengan salah satu ba…
Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri Perak Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri Perak Terdapat banyak senarai bangunan bersejarah yang terdapat di Perak antaranya adalah Mu…
Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang : Fort Kota Cornwalls Sejarah Pt3 Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang Penang: Fort Kota Cornwalls Sejarah Pt3 Bangunan atau kota bersejarah ini sangat popular di kalangan pelancong lu…
Bangunan Bersejarah di Sabah : Sejarah Struktur Menara Jam Atkinson Bangunan Bersejarah Sabah Sejarah PT3 : Struktur Binaan Menara Jam Atkinson Berikut dikongsikan senarai bangunan bersejarah Sabah iaitu contohnya ada…
Bangunan Bersejarah Di Selangor : Sejarah Struktur Istana Bandar Bangunan Bersejarah Selangor Sejarah PT3: Struktur Istana Bandar atau Alaeddin Bagi pelajar PT3 yang tinggal dan duduk di Selangor ini untuk anda. …
Bangunan Bersejarah Di Terengganu Sejarah PT3 : Istana Maziah Bangunan Bersejarah Di Terengganu Sejarah PT3 : Istana Maziah Bangunan bersejarah Terengganu yang paling popular dan terkenal adalah bangunan Istana …