≡ BACK

Bangunan Bersejarah di Melaka : Sejarah Struktur Binaan Kota A’Famosa

Bangunan Bersejarah di Melaka Sejarah Pt3 : Struktur Binaan Kota A’Famosa

Berikut di bawah kami akan berkongsi secara padat dan ringkas mengenai bangunan bersejarah Melaka iaitu Kota A’Famosa sebagai panduan dan rujukan pelajar PT3 untuk membuat tugasan sejarah PT3 2016.

bangunan bersejarah melaka

Sepertimana yang kita ketahui struktur binaan Kota A’Famosa merupakan bangunan yang sangat terkenal di kalangan pelancong kerana ia telah dibina oleh Portugis.

Kota A’Famosa merupakan lambang keagungan dan warisan budaya bagi negeri Melaka yang sekarang jadi salah satu tempat menarik melaka hari ini

Oleh yang demikian, pelajar yang tinggal di Melaka boleh mengambil peluang ini untuk menerangkan struktur bangunan kota a’famosa tersebut termasuk maksud dan definisi sekaligus menyiapkan kerja kursus sejarah PT3 yang terbaik bagi anda.

Bangunan Bersejarah Melaka : Senibina Kota A’Famosa

Kota A’Famosa ini terletak di Bandar Hilir, Melaka dan ia merupakan antara bangunan bersejarah paling popular di Melaka di kalangan para pelancong yang bertandang ke sana.

Latar Belakang Kota A’Famosa

Orang Portugis telah membangunankan senibina+Kota A’Famosa dan memberi nama kepada bangunan ini selepas pada tahun 1511 Portugis menakh+luk Melaka.

Selama 5 bulan masa telah diambil untuk membina Kota A’Famosa. Untuk membina kota tersebut, ramai buruk paksa yang mati akibat daripada kekurangan makanan dan suhu panas yang terik. Bahan-bahan binaan untuk pembinaan bangunan bersejarah Melaka ini diambil dari runtuhan bangunan dan masjid lain.

Struktur / Senibina Bangunan A’Famosa

Kota ini mempunyai empat menara yang tembok pada bangunan ini setebal 2.4 meter sehingga 4.5 meter.

Menara-menara yang dibina tersebut adalah Baluerte de Santiago, Baluerte Madre de Dios, Baluarte San Pedro, Baluerte Santo Domingo, Baluerte de las Virgenes. Melaka telah dijadikan bandar berkota yang dilindungi oleh 70 meriam ke setiap arah penjuru menjelang tahun 1583.

A’Famosa ini diperluaskan sehingga ke kewasan berdekatan dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan ini termasuklah Jalan Mahkamah, Jalan Kota, Jalan Istana, dan Jalan Kota. Ia turut dijadikan sebagai penempatan Kristian oleh Portugis dengan kemudahan tempat beribadat, hospital, biara, 5 buah gereja dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, pada kurun ke-17, kota ini gagal menghalang Belanda. Dengan bantuan dan pertolongan rakyat Melayu Johor dan penduduk tempatan, pelancaran serangan telah dilakukan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Keistimewaan Kota A’ Famosa

a) Bahan Binaan

Bagi pembinaan kota tersebut, bahan-bahannya adalah terdiri daripada runtuhan bangunan dan masijd yang lain.

b) Pengubahsuaian

Ia telah dibaiki dan diubah suai oleh Belanda, dan jata mereka telah diletakkan di atas pintu pagar yang sehingga kini masih kekal pada Porta de Santiago, iaitu satu-satunya pintu yang berjaya diselamatkan dengan ukiran padanya “Anno 1670”

c) Hiasan Dalaman

Kota ini dilengkapi dengan empat menara ataupun ketelom (bastion) dengan ketebalan tembok sebanyak 2.4 meter sehingga 4.5 meter. Menara-menara yang dibina tersebut adalah Baluerte de Santiago, Baluerte Madre de Dios, Baluarte San Pedro, Baluerte Santo Domingo, Baluerte de las Virgenes. Ia juga turut dilindungi dengan 70 buah meriam di setiap arah penjuru (semua arah).

d) Cara Pembinaan

Buruh paksa telah digunakan untuk pembinaan  kubu sementara bagi menangkis dan menepis serangan dari orang-orang Melayu, sebaik sahaja mereka menawan Melaka.

e) Cadangan Untuk Dimusnahkan Kota

Ketika kerja-kerja pemusnahan dan perobohan telah berlaku dengan begitu rancak sekali, seorang kakitangan kerajaan yang bercuti iaitu Sir Stamford Raffles, telah berkunjung ke Melaka atas jemputan William Farquhar.

Apabila perihal kemusnahan Kota A’Famosa telah diketahui, surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India telah ditulis oleh beliau dengan menyatakan perobohan kota ini tidak sepatutnya dilakukan dan diteruskan.

Beberapa sebab telah diberikan oleh beliau, pertama sebabnya adalah jika Melaka dibiarkan oleh Inggeris, pasti pihak lain akan menduduki dan menjajahnya, dan kesannya akan merugikan Pulau Pinang. Yang kedua adalah ia mempunyai nilai sejarah dan perbelanjaan yang banyak tidak diperlukan untuk mentadbirnya. Yang ketiga pula, penduduk-penduduk tempatan Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, pendudik Melaya telah diperintahkan oleh Inggeris untuk terus tinggal dan menetap di situ. Inggeris juga tidak perlu meninggalkan Melaka kecuali jika dipaksa adalah antara kenyataan beliau lagi.

Kerajaan Inggeris telah menerima baik cadangan dan usul Raffles itu tetapi ia sudah terlewat kerana hampir keseluruhan kota ini telah musnah dan dirobohkan. Hampir keseluruhan kota ini telah dimusnahkan dalam tahun 1807. Dan yang tinggal sekarang ini hanyalah satu pintu kota sahaja iaitu Porta de Santiago.

Tujuan Pembinaan Kota

Tujuan Kota A’Famosa ini dibina adalah untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Ia turut dijadikan sebagai satu penempatan Kristian oleh penjajah Portugis yang mernagkumi tempat beribadat, hospital, biara, 5 gereja dan sebagainya.

Buruh paksa telah digunakan untuk pembinaan kubu sementara bagi menangkis serangan dan ancaman orang-orang Melayu sebaik sahaja Portugis menawan Melaka. Mereka bina kubu sementara itu memandangkan kubu utama iaitu “Kota A’Famosa” masih dalam pembinaan pada ketika itu. Secara rasminya ia menjadi Kubu Melaka iaitu Fortaleza de Malaca.

Alfonso de Albuquerque telah mengarahkan untuk membina kota ini dan boleh dikatakan ia menjadi lambang penentangan dan serangan orang penduduk Melaka pada masa itu sehinggakan pihak Portugis terpaksa membina kota pertahanan sebaik sahaja bandar Melaka dikuasai oleh mereka.

Keadaan / Fungsi Kota

Pada zaman dahulu ketika penjajahan, struktur binaan bangunan ini digunakan untuk mempertahankan Melaka. Kini, fungsi Kota A’Famosa ini adalah sebagai kawasan tarikan pelancong dalam dan luar negara. Saban tahun, ramai pengunjung yang bertandang untuk melawat bangunan bersejarah di Melaka ini.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Di bawah ini Myt3 akan kongsikan kepada anda berkenaan salah satu daripada senarai…
Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Sejarah Senibina Istana Balai Besar Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Struktur Senibina Pintu Kota, Istana Balai Besar Berikut di bawah ini MyPT3 akan kongsikan kepada anda tentang sala…
Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur : Sejarah Struktur Tugu Negara Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur Sejarah PT3: Struktur Binaan Tugu Negara Terdapat begitu banyak bangunan bersejarah di Kuala Lumpur yang boleh di…
Bangunan Bersejarah Di Negeri Sembilan : Sejarah Istana Ampang Tinggi Bangunan Bersejarah Negeri Sembilan Sejarah Pt3 : Istana Ampang Tinggi Terdapat banyak senarai bangunan bersejarah di Negeri Sembilan dan antaranya a…
Bangunan Bersejarah Di Pahang : Sejarah Muzium Sultan Abu Bakar Bangunan Bersejarah Di Pahang Sejarah Pt3 : Struktur Muzium Sultan Abu Bakar Pada kali ini, kami di MyPT3 akan menulis berkenaan dengan salah satu ba…
Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri Perak Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri Perak Terdapat banyak senarai bangunan bersejarah yang terdapat di Perak antaranya adalah Mu…
Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang : Fort Kota Cornwalls Sejarah Pt3 Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang Penang: Fort Kota Cornwalls Sejarah Pt3 Bangunan atau kota bersejarah ini sangat popular di kalangan pelancong lu…
Bangunan Bersejarah di Sabah : Sejarah Struktur Menara Jam Atkinson Bangunan Bersejarah Sabah Sejarah PT3 : Struktur Binaan Menara Jam Atkinson Berikut dikongsikan senarai bangunan bersejarah Sabah iaitu contohnya ada…
Bangunan Bersejarah Di Selangor : Sejarah Struktur Istana Bandar Bangunan Bersejarah Selangor Sejarah PT3: Struktur Istana Bandar atau Alaeddin Bagi pelajar PT3 yang tinggal dan duduk di Selangor ini untuk anda. …
Bangunan Bersejarah Di Terengganu Sejarah PT3 : Istana Maziah Bangunan Bersejarah Di Terengganu Sejarah PT3 : Istana Maziah Bangunan bersejarah Terengganu yang paling popular dan terkenal adalah bangunan Istana …