Tempat Menarik di Kedah 2023: Senarai Percutian Best

Senarai tempat Menarik di kedah 2023 termasuk di bandar Alor Setar

tempat best tempat menarik di kedah 2023

Alor Setar terletak di barat laut Malaysia adalah ibu negeri Kedah. Selalunya dibayangi oleh adiknya Pulau Langkawi, bandar kelihatan menerima pengunjung yang masih lagi kecil setiap tahun. (CHECK SINI: Senarai tempat menarik di Langkawi)

Sedangkan banyak bangunan dan tempat bersejarah yang terdapat di Kedah yang boleh disenaraikan.

BACA SINI: Senarai early bird Buffet Ramadhan Kedah

Negeri ini terkenal dengan julukan ‘negeri jelapang padi’. Jadi jikalau anda mahu tempat persinggahan jika mahu ke pergi ke Pulau Pinang atau Langkawi, inilah negeri yang boleh anda singgah. Tetapi nak pergi mana? Nah….ini senarai tempat menarik untuk anda jika jalan jalan ke negeri kedah.

Senarai Kandungan Penting:

30+ Tempat Menarik di Kedah 2023

Senarai Tempat Menarik di Kedah termasuk di waktu malam

Tempat Menarik Daerah Kota Setar

Kota Setar adalah daerah yang paling membangun di Kedah. Dalam sektor pelancongan, selain Langkawi, daerah ini adalah antara yang paling banyak menerima kedatangan pelancong.

Bandaraya Alor Setar adalah bandar terbesar iaitu sebuah ibu negeri dan Bandar Diraja Kedah. Kebanyakan tempat-tempat menarik untuk dilawati mudah dicari dan terletak berhampiran dengan pusat bandar.

Menara Alor Setar

Salah satu tempat menarik di Kedah yang menjadi tumpuan pelancong adalah menara yang berketinggian 165.5meter ini. Terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, taman dengan dihiasi landskap yang menarik dan cantik mengelilingi menara ini. Menara ini boleh dinaiki oleh pengunjung untuk melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dari atas.

Waktu Operasi:

  • Setiap hari: 8.20 pagi – 10.30 malam

Alamat:

  • Menara Alor Setar,
  • Lot 99, Lebuhraya Darul Aman,
  • 05100 Alor Setar, Kedah

Hubungi:

  • Tel Pejabat: 04-720 2906 / 04-720 2901
  • Fax: (604) – 720 2073

Harga Bayaran Masuk:

  • Harga tiket / Bayaran masuk dengan MyKad:
  • Dewasa: RM12
  • Warga Emas/OKU/Kanak-kanak: RM8
  • Pelajar Berkumpulan: RM8

Muzium Padi

Lokasi Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, Alor Setar. Kegiatan penanaman dan penuaian padi negeri Kedah dipamerkan di muzium ini.

Di ruangan galeri turut mempamerkan pelbagai peralatan tradisional yang digunakan dalam proses bersawah.

Selain itu, terdapat juga pameran kebudayaan seperti membuat dan bermain layang-layang, permainan kampung tradisi serta permainan gasing.

Waktu Operasi:

  • Setiap Hari: 9pagi – 5 petang

Alamat:

  • Muzium Padi Kedah
  • Jalan Gunung Keriang,
  • 06250 Alor Setar, Kedah

Hubungi:

  • Tel: 04-735 1315
  • Faks: 04-730 5516

Harga Bayaran Masuk:

  • Kanak-kanak: RM2
  • Pelajar sekolah: RM2
  • Dewasa: RM5

BACA SINI: Tempat menarik port dickson pd

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad

Rumah kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad terletak di Seberang Perak, Alor Setar. Ia dibina daripada kayu dan beratapkan nipah.

Gambar-gambar beliau semasa remaja, perabot lama dan barang-barang lama yang masih terpelihara seperti keadaan asalnya yang dijaga oleh Arkib Negara dapat dilihat oleh para pengunjung.

Waktu Operasi:

  • Isnin: Tutup
  • Selasa – Ahad: 9pagi – 5petang
  • Jumaat: 9pagi – 5petang (12-3petang tutup)

Alamat:

  • Rumah kelahiran Mahathir Mohamad
  • Nombor 18, Lorong Kilang Ais,
  • Persiaran Sultan Abdul Hamid,
  • 05000 Alor Setar, Kedah.

Hubungi: 04-7722319

Harga Bayaran Masuk:

  • Kanak-kanak: Percuma
  • Dewasa: Percuma
  • Kanak-kanak: Percuma

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ini terletak di Gunung Kerian, Alor Setar.

Lokasinya hanya bersebelahan dengan Muzium Padi. Anak-anak anda sesuai dibawa ke pusat sains ini bagi mendedahkan mereka kepada perkara-perkara berkenaan teknologi, sains dan inovasi terkini.

Minat, pemahaman serta kehidupan sains dalam kehidupan dapat dipupuk menerusi pendedahan seperti ini.

Waktu Operasi:

  • Sabtu – Khamis: 9pagi – 5petang
  • Kanak-kanak:RM1

Alamat:

  • Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
  • Jalan Gunung Keriang,
  • 06570 Alor Setar, Kedah

Hubungi:

  • Tel Pejabat: 04-720 7700

Harga Bayaran Masuk:

  • Kanak-kanak: RM1
  • Dewasa: RM3

Tempat Menarik di Rumah Merdeka Kedah

Rumah Merdeka yang terletak di Alor Setar ini pernah didiami Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pelbagai sejarah dan momen menarik yang berlaku di rumah ini termasuklah berlangsungnya pertemuan muhibbah pada tahun 1966 yang menamatkan konfrontasi Malaysia-Indonesia

Waktu Operasi:

  • Isnin: Tutup
  • Selasa – Ahad: 9pagi – 5petang
  • Jumaat: 9 pagi – 5 petang (12-3petang tutup)

Alamat:

  • Rumah Merdeka
  • Jalan Putra,
  • 05100 Alor Setar, Kedah

Hubungi:

  • Tel: 04-720 4214
  • Arkib Negara Malaysia

Harga Bayaran Masuk:

  • Dewasa & Kanak-kanak: Percuma

Masjid Zahir

Masjid Zahir merupakan Masjid Diraja Kedah dan juga Masjid Negeri. Pada tahun 1912, ia telah dibina dan dirasmikan oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1915.

Ia merupakan salah satu masjid yang mempunyai seni reka bentuk yang tercantik di Malaysia.

Bangunannya yang dicat dengan warna putih dan kubahnya yang berwarna hitam, cukup unik dan mendamaikan apabila memandangnya.

Alamat:

  • Masjid Zahir
  • Jalan Kampung Perak,
  • 05150 Alor Setar, Kedah

Tempat Menarik di Galeri Sultan Abdul Halim Kedah

Pada tahun 2007, telah berlaku pengubahsuaian pada bangunan asal Mahkamah Tinggi Alor Setar ini dan dijadikan sebuah galeri yang menyimpan hampir 2000 barangan koleksi peribadi Sultan Kedah.

Carta yang menunjukkan susur galur keluarga DiRaja Kedah bermula dari tahun 1136 juga antara lain yang terdapat di galeri ini.

Alamat:

  • Galeri Sultan Abdul Halim
  • Lebuhraya Darulaman,
  • 05100 Alor Setar, Kedah

Balai Seni Negeri

Balai Seni Negeri ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar.

Pelbagai hasil seni daripada karya-karya anak-anak tempatan dan juga luar negeri Kedah disimpan di galeri ini.

Pameran di galeri ini meliputi seni ukiran kayu, hasil seni lukis dan seni khat yang cukup menarik.

Balai Seri Negeri yang mempunyai reka bentuk unik ini dipengaruhi oleh senibina Roman dan dibina pada tahun 1912. Sebelum bertukar menjadi beberapa jabatan kerajaan negeri, ia pernah dijadikan sebagai Mahkamah Tinggi.

Alamat:

  • Balai Seni Negeri
  • Lebuhraya Darulaman,
  • 05100 Alor Setar, Kedah

Tempat Menarik di Muzium Negeri Kedah

Pada tahun 1997, bangunan Muzium Negeri Kedah ini dibina bagi menampung ruang pameran yang lebih besar. Bengkel, dewan pameran, mini teater dan perpustakaan ditempatkan di muzium ini.

Dewan Sejarah, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf, Dewan Manuskrip dan Sudut Bahasa dan Sastera adalah antara 10 galeri pameran tetap yang dibuka untuk orang ramai. Anda dapat menyaksikan pelbagai pusaka kebudayaan termasuklah khazanah Kesultanan Kedah.

Turut disediakan kumudahan lif, tempat letak kereta, cafeteria dan tandas awam untuk keselesaan pengunjung.

Alamat:

  • Muzium Negeri Kedah
  • Lebuhraya Darulaman, Bakar Bata,
  • 06570 Alor Setar, Kedah

Bangunan Bersejarah Kota Kuala Kedah

Sekitar Kuala Kedah juga antara destinasi lain yang boleh dilawati di daerah Kota Setar.

Bandar ini cukup popular sebagai tempat persinggahan pelancong yang ingin ke Langkawi. Terminal feri untuk ke Pulau Langkawi, Pulau Payar dan lain-lain juga terletak di sini.

Mungkin ramai pengunjung yang pernah ke sini tetapi tidak berkesempatan melawat tempat menarik di bandar ini. Sebenarnya anda boleh mengunjungi beberapa tarikan pelancongan seperti tempat bersejarah dan tempat makan.

Lokasi Kota Kuala Kedah ini terletak di tebing utara muara Sungai Kedah. Pada tahun 1771, kota pertahanan ini dibina dan kemudian ia telah berjaya disiapkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1780.

Kota ini dipulihara oleh Jabatan Muzium Malaysia sebagai salah satu tempat bersejarah di Kedah.

Antara yang menarik boleh anda lihat di sini adalah rumah api, meriam lama dan pintu gerbang ke Kota Kuala Kedah. Selain itu, terdapat sebuah rumah di dalam kota ini yang telah dijadikan muzium. Pelbagai barangan peninggalan sejarah Kota Kuala Kedah turut dipamerkan di galeri muzium ini.

Alamat:

  • Kota Kuala Kedah
  • Kampung Seberang Kota,
  • 06600 Kuala Kedah, Kedah

Tempat Menarik di Daerah Kubang Pasu Kedah

Pekan Jitra dan pekan Changlun adalah dua bandar yang terdapat di daerah Kubang Pasu ini. Jika anda berkunjung ke sini, anda boleh melawat beberapa tempat menarik yang kami senaraikan di bawah ini.

Wang Tepus Ecotourism

Wang Tepus Ecotourism adalah destinasi pelancongan terbaru yang diperkenalkan di daerah Kubang Pasu. Pakej percutian dengan pelbagai aktiviti menarik juga ditawarkan kepada para pengunjung.

Tempat ini adalah paling ideal untuk bercuti bersama keluarga bagi anda yang tinggal di kawasan bandar.

Resort yang cantik dan rumah tradisional adalah antara beberapa tempat penginapan unik yang disediakan.

Aktiviti yang boleh didapati disini adalah seperti river cruise, melawat agro farm dan dusun buah-buahan.

Alamat:

  • No 1331 Awanaz
  • Kampung Cerok Tok Lateh,
  • 06000 Wang Tepus, Kedah

Tempat Best Fantasia Aqua Park Jitra di Kedah

Fantasia Aqua Park adalah tarikan yang agak terkenal di Jitra. Ia adalah taman tema yang sangat ideal untuk seisi keluarga anda.

Walaupun ia tidak sehebat Carnival Sungai Petani, namun ia cukup untuk anda berseronok bersama keluarga yang tersayang. Cuma jika anda mempunyai keluarga yang besar, bersedia sahajalah dengan kos harga tiket untuk masuk ke Aqua Park ini.

MnM Home Whimsical Houses

Reka bentuk rumah senget yang sangat unik dan warna cantik adalah tarikan utama di MnM Home Whimsical House.

Selain itu, di sini juga terdapat rumah Hobbit, rumah di atas pokok, taman permainan kanak-kanak, rumah terbalik dan binatang ternakan.

Besar kemungkinan anda hanya akan pergi sekali sahaja bagi anda yang hanya ingin merasai pengalaman tempat menarik ini kerana harga tiketnya yang agak membebankan iaitu RM35 untuk dewasa dan RM15 pula untuk kanak-kanak.

Tasik Darulaman Jitra

Taman Tasik Darulaman terletak di Jitra, Kedah. Ia merupakan kawasan rekreasi untuk penduduk setempat.

Terdapat sebuah tasik yang luas, padang bermain layang-layang, trek jogging, gerai makanan, gelanggang futsal, kemudahan tempat meletak kereta dan lain-lain.

Aktiviti berkayak dan mengayuh paddle boat juga boleh dilakukan di Tasik Darulaman Jitra ini oleh pengunjung

Taman Rekreasi Bukit Wang

Taman Rekreasi Bukit Wang adalah tempat menarik di Kedah yang boleh dikunjungi jika anda mencari lokasi pelancongan alam semulajadi di daerah Kubang Pasu.

Ia terletak tidak jauh dari bandar Jitra. Ia agak popular sebagai kawasan rekreasi air terjun yang selalu dikunjungi dan menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu dan cuti sekolah.

Bukit Wang juga popular untuk aktiviti perkhemahan selain daripada mandi-manda dan berkelah. Hutan semulajadi yang menghijau mengelilingi tempat cantik ini.

Suasana yang damai dan tenang sememangnya sesuai untuk bersantai bersama ahli keluarga. Turut disediakan kemudahan asas seperti tempat letak kereta, pondok rehat, tandas, laluan pejalan kaki dan gerai makan.

Tempat Bersejarah Makam Puteri Lindungan Bulan di  Kedah

Makam Puteri Lindungan Bulan adalah sebuah makam sejarah yang terletak di Siputeh, Jitra. Lokasinya yang terletak di atas bukit dan hingga kini, ia masih terjaga rapi.

Bagi para peminat sejarah terutama bagi mereka yang mengkaji kerajaan Kedah Lama, ia merupakan pilihan destinasi pelancongan walaupun ia bukanlah suatu tempat yang menarik.

Kisah Puteri Zaleha dan Puteri Lindungan Bulan yang unik ini mempunyai tarikannya yang tersendiri yang membuatkan orang datang untuk melawat tempat ini.

Gua Kerbau dan Gua Batu Putih

Gua batu kapur yang boleh didapati di Kodiang adalah Gua Kerbau dan Gua Batu Putih.

Ia pernah didiami oleh manusia pada zaman dahulu yang dapat dibuktikan dengan penemuan kesan sejarah di dalam gua ini.

Kini, ia menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati di daerah Kubang Pasu ini.

Tempat Menarik di Daerah Pendang Kedah

Tidak banyak tarikan pelancongan di daerah Pendang ini untuk dikunjungi. Setelah Pasar Kemboja mula dibuka, ia sudah mula dikunjungi oleh orang ramai.

Anda tidak perlu khuatir dengan kemudahan penginapan dan makanan sekiranya anda berkunjung ke Pendang atas urusan tertentu. Antara tempat menarik di Pendang adalah seperti:

Tasik Pendang

Lokasi Tasik Pendang ini tidak berapa jauh dari pekan. Ia adalah sebuah tempat rekreasi dan riadah bagi masyarakat setempat.

Ketenangan dengan melihat pemandangan menarik di tepi tasik ini akan dapat dirasakan bagi sesiapa sahaja yang mengunjungi kawasan ini.

Di pinggir tasik terdapat sebuah resort yang sesuai dijadikan tempat penginapan. Aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Pendang adalah jogging, berkayak dan permainan outdoor yang sangat menyeronokkan.

Tempat Menarik di Pasar Kemboja Kedah

Pasar Kemboja adalah antara salah satu tempat menarik di Pendang yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

Pada setiap Jumaat, pasar mingguan ini akan dibuka dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari.

Pakaian lelaki dan wanita yang dijual adalah antara yang menarik di sino. Ia menjadi tumpuan ramai kerana harga barangan yang dijual jauh lebih murah berbanding pasar malam biasa.

Rimba Rekreasi Bukit Perak

Rimba Rekreasi Bukit Perak yang terletak di kawasan Bukit Perak ini merupakan air terjun yang dibuka kepada orang ramai. Lokasinya terletak di Sungai Tiang, kira-kira 20km dari Pekan Pendang.

Berkelah, mandi-manda dan merentas hutan melihat keindahan alam semulajadi adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Tempat Best di Telaga Gajah Kedah

Telaga Gajah di pekan Pendang ini adalah sebuah perigi lama yang masih kekal dijaga rapi.

Walau pada musim kemarau, perigi ini tidak pernah kering dan suatu masa dahulu pernah menjadi sumber air dan tempat mandi gajah.

Tempat Menarik Daerah Padang Terap di Kedah

Bandar terbesar di daerah Padang Terap adalah bandar Kuala Nerang. Ia terletak di hulu negeri Kedah, terdapat beberapa tempat menarik yang boleh anda lawati jika anda berkunjung ke daerah Padang Terap ini.

Hutan Lipur Puncak Janing

Ia cukup terkenal dengan air terjun Puncak Janing. Kawasan air terjun ini terletak tidak berapa jauh dari pekan Kuala Nerang, dan sentiasa dijadikan lokasi perkelahan penduduk tempatan.

Air terjun ini sesuai untuk bermandi-manda kerana airnya yang sejuk dan menyegarkan manakala suasana hening akan berserta dengan pokok-pokok hutan yang menghijau memberikan ketenangan pada pengunjung yang datang.

Tempat Menarik di Tasik Pedu Kedah

Pada suatu ketika dahulu, ia merupakan tempat percutian di Kedah yang sangat popular.

Tarikan utama pelancong ke sini adalah tasik yang cantik dan luas serta pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Walau bagaimanapun, resort yang dibina di tasik ini telah pun ditutup.

Namun begitu, anda masih lagi boleh menikmati pemandangan yang indah dan memancing di tasik ini.

Tempat Menarik di Daerah Yan Kedah

Yan adalah sebuah daerah yang mempunyai banyak tempat menarik di Kedah yang boleh anda kunjungi. Bandar terbesar di daerah ini adalah Sungai Yan. Terdapat banyak tempat pelancongan di daerah Yan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya tarikan alam semuladi di Gunung Jerai.

Pemandangan indah Gunung pasti membuatkan anda terpesona kemana sahaja anda pergi di daerah ini. Selain itu, anda pasti akan terpikat akan pemandangan sawah padi yang luas terbentang di daerah ini.

Daerah Yan adalah kawasan perkampungan yang masih mengekalkan cara hidup tradisonal. Kerja-kerja Bertani dan nelayan masih dilakukan oleh kebanyakan penduduk di daerah ini. Homestay Kampung Raga adalah program homestay di daerah Yan yang sangat terkenal dan sesuai bagi anda yang ingin merasai cara kehidupan, budaya dan adat resam masyarakat setempat.

Selain itu, Daerah Yan juga terletak di pinggir laut yang menghadap Laut Selat Melaka.

Terdapat beberapa pantai menarik di Yan yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk bersantai, berehat bersama rakan-rakan atau keluarga, memancing dan makan-makan di medan selera yang terdapat di tepi pantai.

Perairan ini menjadi tempat persinggahan nelayan di pulau-pulau yang boleh didapati di sini serta menjadi destinasi pemancing serta penyelam seperti di Pulau Bidan, Pulau Songsong, Pulau Bunting dan Pulau Telor.

Tempat Menarik di Gunung Jerai Kedah

Salah satu tempat menarik di Kedah yang popular adalah Gunung Jerai. Pengunjung boleh menginap dengan selesanya di sebuah resort di puncak gunung.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti mandi air terjun, mendaki gunung dan melawat tempat menarik di atas Gunung Jerai ini.

Air Terjun Titi Hayun

Air Terjun Titi Hayun sangat terkenal di daerah Yan sebagai tempat perkelahan dan mandi-manda.

Pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung seperti tempat meletak kereta yang luas, chalet, tandas awam dan gerai makan.

Ramai yang membawa ahli keluarga untuk berkelah seharian di sini pada cuti umum dan musim cuti sekolah. Ia juga sesuai dijadikan lokasi percutian santai pada hujung minggu.

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti mendaki gunung, merentas hujan, menjejak air terjun dan lain-lain.

Air Terjun Batu Hampar

Ia tetap menjadi tumpuan walaupun air terjun disini tidak terlalu cantik. Ini kerana ia mempunyai kolam yang cetek untuk kanak-kanak mandi dan sangat sesuai untuk aktiviti perkelahan keluarga.

Namun apa yang lebih menarik adalah Salak Denai Chalet yang terkenal terletak di Batu Hampar ini.

Bagi setiap chalet yang terdapat di Salak Denai mempunyai sebuah kolam mandi dimana kolam mandi tersebut adalah khas untuk penyewa chalet tersebut sahaja.

Pakej dan harga yang sangat berpatutan ditawarkan di Salak Denai Chalet di Yan ini dan sangat ideal bagi sesiapa yang inginkan percutian bajet keluarga.

Tempat Menarik di Air Terjun Seri Perigi Kedah

Satu lagi air terjun yang terletak di daerah Yan yang boleh dikunjungi adalah Air Terjun Seri Perigi.

Air terjun di kaki Gunung Jerai ini tinggi dan sangat cantik. Anda boleh datang pada musim hujan ataupun bulan November dan Disember untuk menikmati keindahan sebenar kerana waktu ini pemandangan air terjun paling menarik.

Pengunjung turut disediakan kolam yang luas serta kawasan lapang untuk perkelahan dan mandi-manda.

Pantai Murni

Di daerah Yan, kawasan pantai yang popular adalah Pantai Murni.

Ia merupakan lokasi untuk bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga sambil menikmati keindahan matahari yang terbenam. Surau, bangku rehat, medan selera dan taman permainan kanak-kanak adalah antara kemudahan yang boleh didapati di sini.

Selain itu, uptown atau bazar turut dibuka selama 3 hari seminggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.                                             

Tempat Best di Pulau Bunting Kedah

Pulau Bunting adalah pulau yang terbesar di daerah Yan. Ia juga merupakan pulau yang paling hampir dengan daratan. Tanah besar Kedah ke Pulau Bunting dihubungkan melalui sebuah jambatan yang dibina.

Jambatan ini pernah dibuka untuk laluan kereta namun sekarang laluan ini telah ditutup. Pulau Bunting ini juga tidak mempunyai perkampungan penduduk.

Orang ramai tetap datang ke pulau ini untuk beriadah, melihat pemandangan cantik dan memancing walaupun jambatan Pulau Pinang kini ditutup.

Ia mempunyai potensi untuk dimajukan ke tahap lebih tinggi menjadi sebuah tempat pelancongan menarik di daerah Yan.

Tempat Best di Pulau Songsong Kedah

Pulau Songsong adalah sebuah pulau menarik di daerah Yan. Dek kerana keindahan semulajadi yang mengagumkan terdapat di pulau ini menyebabkan ia semakin dikenali. Pelancong tempatan dan luar tetap berminat untuk ke Pulau Songsong ini walaupun tanpa kemudahan asas.

Aktiviti yang boleh anda lakukan disini adalah seperti bersantai di tepi pantai dan mandi-manda.

Ia mempunyai tarikan yang tersendiri kerana di sini terdapat dua pantai dimana ia satu kawasan pantai bersih dan berpasir halus yang sesuai untuk mandi-manda.

Aktiviti snorkeling juga boleh dilakukan kerana kawasan perairan disini terdapat banyak coral yang cantik-cantik.

Tempat Menarik di Daerah Kuala Muda Kedah

Bandar Sungai Petani dan Gurun adalah dua bandar utama di daerah Kuala Muda ini. Manakala, bandar terbesar di daerah ini adalah bandar Sungai Petani.

Pelbagai kemudahan pelancongan yang terdapat di Sungai Petani seperti pengangkutan awam, hotel dan tempat membeli-belah.

Pekan Gurun menjadi tumpuan ramai walaupun tidak sepesat Sungai Petani kerana ia terletak di kaki Gunung Jerai iaitu gunung tertinggi di Kedah yang menjadi pusat pelancongan utama di daerah ini.

Tempat Bersejarah Muzium Arkeologi Lembah Bujang Kedah

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di Merbok, Kedah. Pelbagai artifak dan kesan peninggalan sejarah kerajaan Hindu yang bertapak di Kedah pada kurun ke 3 masihi hingga 13 masihi boleh dijumpai di muzium ini. Koleksi seramik, rempah-ratus, manik-manik kaca dan lain-lain yang ditemui di sekitar Lembah Bujang dipamerkan di muzium arkeologi ini. Selain itu, anda boleh melawat muzium ini yang menempatkan candi agama Buddha/Hindu yang dibina semula daripada tinggalan asal.

Tempat Menarik di Pantai Merdeka Kedah

Salah satu tempat menarik di Kedah yang cukup terkenal adalah Pantai Merdeka. Kini, ia semakin terjaga dan semakin maju. Bagi pelancong yang ingin bercuti, disini juga terdapat chalet, homestay dan resort untuk didiami.

Selain itu, turut disediakan kemudahan seperti gerai makan, surau, tempat kereta yang luas, tandas awam dan surau untuk orang ramai.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain layang-layang, mandi laut, dan menaiki bot melawat lokasi menarik di sekitar kawasan pantai Merdeka ini.

Taman Rekreasi Sungai Merbok

Jika anda mahu membawa keluarga bersiar-siar, Taman Rekreasi Sungai Merbok adalah destinasi pelancongan yang menarik untuk dipilih. Disini terdapat hutan bakau yang menarik yang memenuhi laluan pejalan kaki di pinggir sungai. Selain itu, terdapat restoran, bot nelayan dan jeti untuk pengunjung menjamu selera. Turut disediakan perkhidmatan “River Cruise” bagi membawa pelancong menyusuri Sungai Merbok. Untuk kaki pancing di luar sana, Taman Rekreasi Sungai Merbok adalah lokasi yang strategik untuk anda.

Tempat Menarik di Air Terjun Tupah Kedah

Di kawasan Merbok terdapat Hutan Lipur Air terjun Tupah yang terletak di kaki Gunung Jerai. Ia merupakan lokasi menarik untuk berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga tersayang dan rakan taulan.

Taman Tema Air The Carnival

Taman Tema Air The Carnival atau water theme park ini terletak di bandar Sungai Petani.

Taman tema air ini adalah tempat pelancongan di Kedah yang ideal untuk percutian sekeluarga. Turut disediakan pelbagai permainan air untuk semua lapisan umur.

Alamat:

  • The Carnival
  • Persiaran Cinta Sayang,
  • 08000 Sungai Petani, Kedah

Tanjung Dawai

Tanjung Dawai merupakan salah satu lokasi pelancongan yang popular di Kedah. Di sini terdapat jeti nelayan dan pantai. Kawasan ini dikunjungi ramai untuk bersantai di tepi pantai bersama keluarga.

Ada juga yang bermain layang-layang dan berkelah bersama anak-anak. Makanan laut yang segar di restoran yang terdapat di sekitar pantai boleh dinikmati oleh penggemar ikan bakar.

Tanjung Dawai popular dengan ikan bilis dan belacan. Selain itu, anda boleh membeli buah tangan daripada barangan hasil nelayan untuk dibawa pulang seperti ikan masin, keropok ikan dan lain-lain lagi.

Chalet Terapung Persatuan Peladang

Seterusnya, di kawasan Merbok juga terdapat Chalet Terapung Persatuan Peladang yang terletak di Kuala Segantang Garam. Tempat penginapan di atas air yang disediakan di sini seterusnya menjadikan resort ini sangat menarik untuk didiami.

Bagi kaki pancing, chalet ini sememangnya tidak asing lagi bagi mereka. Terdapat kolam memancing yang menyimpan pelbagai spesies ikan yang menanti kedatangan pengunjung selain daripada sungai yang boleh didapati di chalet ini.

Jangan lupa untuk membawa barangan memasak dan juga bbq sekiranya anda bercadang untuk bermalam disini.

Tempat Menarik di Daerah Kulim Kedah

Pelbagai tempat menarik di Kedah yang boleh dilawati di daerah Kulim ini bagi pengunjung yang ingin berkunjung ke sini. Bandar terbesar adalah bandar Kulim. Segala kemudahan pelancongan yang anda mahu boleh didapati di Kulim ini.

Terdapat rumah tumpangan, hotel dan rumah rehat untuk penginapan. Bas, kereta sewa dan teksi juga senang untuk didapatkan untuk ke mana-mana.

Bandar Kulim mempunyai banyak restoran yang menyediakan makanan yang lazat belaka sesuai bagi anda yang suka merasai kelazatan makanan tempatan iaitu antaranya restoran ikan bakar, nasi campur makan tengah hari, Angah Nasi Ayam Hainan dan lain-lain lagi.

Berikut di bawah kami senaraikan lokasi pelancongan yang boleh anda lawati.

Taman Burung Kulim

Taman Burung Kulim terletak dipinggir bandar Kulim. Lokasinya tidak berapa jauh dari Menara Jam Merdeka.

Landskapnya yang menarik dengan gazebo, kolam ikan dan taman bunga melengkapi Taman Burung Kulim ini.

Anak-anak anda sangat sesuai untuk dibawa ke sini. Burung, itik dan ikan di taman ini boleh diberi makan oleh para pengunjung. Selain itu, pengunjung juga dapat bermain dan bermesra dengan arnab, kura-kura dan beberapa haiwan lain.

Alamat:

  • Taman Burung Kulim, 60, Jalan Tunku Bendahara,
  • 09000 Kulim, Kedah

Bangunan Bersejarah Merdeka Clock Tower Kedah

Menara Jam Merdeka ini menjadi mercu tanda di bandar Kulim ini. Pada 15 September 1957, DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Hamid telah merasmikan menara ini.

Pengunjung boleh berkumpul memerhatikan menara ini dengan lebih dekat kerana terdapat dataran yang agak luas di kawasan menara jam ini.

Alamat:

  • Menara Jam Merdeka, Bandar Kulim,
  • 09000 Kulim, Kedah

Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim adalah tempat menarik yang cukup terkenal di Kedah, dan juga negeri yang berhampirannya iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Bagi peminat alam semulajadi, anda digalakkan untuk datang di awal pagi untuk melihat pelbagai jenis haiwan, burung-burung dan mergas lain dari atas laluan kanopi ini.

Anda boleh bermalam atau menginap di chalet atau tapak perkhemahan yang disediakan untuk para pelancong.

Alamat:

  • Tree Top Walk Sungai Sedim
  • Kampung Sedim,
  • 09700 Karangan, Kedah

Taman Rekreasi Sungai Sedim

Taman Rekreasi Sungai Sedim terletak di lokasi yang sama dengan Tree Top Walk yang dinyatakan di atas.

Sungguh menarik tempat pelancongan di Kedah yang terkenal dengan aktiviti lasak ini dan yang paling mengagumkan ia juga popular di peringkat antarabangsa. Pelbagai aktiviti air disediakan seperti tubing, whitewater rafting dan lain-lain.

Anda pasti teruja dengan keadaan jeram yang dalam dengan air yang bergerak laju menerusi celah-celah batu besar.

Alamat:

  • Rekreasi Sungai Sedim
  • Kampung Sedim,
  • 09700 Karangan, Kedah

Hutan Lipur Ulu Paip

Hutan Lipur Air Paip adalah kawasan air terjun yang terletak dalam Hutan Simpan Gunung Bungsu.

Ia sering dipenuhi orang ramai terutama pada cuti umum dan musim cuti persekolahan kerana ia merupakan lokasi perkelahan yang popular di Kedah.

Hutan semulajadi yang mengelilingi kawasan ini menjadikannya sangat redup dan menenangkan. Aktiviti menarik yang boleh anda lakukan adalah mandi-manda, jungle trekking, berkelah dan perkhemahan.

Alamat:                                             

  • Hutan Lipur Ulu Paip
  • Jalan Kulim-Mahang,
  • 09700 Karangan, Kedah

Taman Tasik Putra Kulim

Taman rekreasi popular yang terletak di bandar Kulim adalah Taman Tasik Putra Kulim. Aktiviti menarik di sini adalah berkelah, memancing, berkayak dan beriadah.

Medan selera, tempat meletak kereta, tandas awam, wakaf dan pelbagai peralatan sukan ‘physical fitness’ dan ‘outdoor gym’ adalah antara kemudahan yang disediakan di taman tasik ini.

Air Terjun Junjong

Air Terjun Junjong adalah satu lagi tempat menarik yang bercirikan alam semulajadi di Kulim. Ia merupakan kawasan perkelahan penduduk setempat.

Airnya yang cetek sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda walaupun Air Terjun Junjong ini tidaklah begitu menarik.

Pengunjung turut disediakan kemudahan seperti tempat meletak kereta dan gerai makanan.

Alamat:

  • Air Terjun Junjong
  • Jalan Ayer Puteh,
  • 09000 Kulim, Kedah
  • Tempat Menarik di Daerah Bandar Baharu Kedah

Daerah yang terletak di selatan negeri Kedah adalah Bandar Baharu. Ia bersempadan dengan 2 buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Kedah.

Tidak banyak tempat menarik untuk dikunjungi di daerah Bandar Baharu ini. Namun, terdapat beberapa tempat yang boleh dilawati jika anda sampai ke sini.

Taman Tasik Seri Serdang

Ia terletak di tengah-tengah pekan Serdang, Kedah. Ia adalah kawasan riadah di tepi tasik yang cantik pemandangannya.

Sekitar hujung minggu dan cuti umum, ia menjadi tumpuan ramai sebagai tempat perkelahanan masyarakat. Taman permainan kanak-kanak dan peralatan senaman adalah antara kemudahan yang disediakan.

Rimba Rekreasi Batu Hampar

Rimba Rekreasi Batu Hampar terletak di Air Putih, Serdang. Pada suatu ketika dahulu, penduduk sekitar daerah Bandar Baharu pernah bertumpu di kawasan rekreasi ini. Di sini terdapat air terjun yang cantik.

Hutan hijau yang semulajadi mengelilingi kawasan ini dan mewujudkan susasana yang tenang. Namun begitu, tempat ini kini terbiar kerana terdapat kes virus kencing tikus.

Tempat Menarik di Daerah Baling Kedah

Adakah anda masih belum puas melawat tempat menarik di Kedah? Masih tercari-cari lagi destinasi best yang ingin dikunjungi? Baling adalah satu daerah lagi yang boleh anda kunjungi.

Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak. Pekan Baling dan pekan Kuala Ketil adalah dua bandar utama di daerah Baling. Anda akan disajikan dengan pemandangan gunung yang tersergam gagah di pinggir bandar yang seterursnya menjadikan daerah ini unik dan menarik.

Ia juga terkenal sebagai lokasi membeli-belah peralatan dapur yang murah terutama sekali periuk belanga di kalangan pengunjung.

Gua Sireh

Gua Sireh adalah tempat pelancongan baru yang unik di daerah Baling. Gua Sireh ini memang menarik kerana memiliki dinding dan kubah berwarna putih secara semulajadi.

Gua sepanjang 400m dengan laluan yang dibina persatuan penduduk setempat boleh diterokai oleh para pengunjung.

Antara inisiatif persatuan penduduk adalah membangunkan gua ini menyediakan kemudahan termasuklah lampu didalam gua. Buat masa sekarang, tiada kemudahan lain yang disediakan disini.

Alamat:

  • Gua Sireh, Kampung Padang Che Mas,
  • 09100 Baling, Kedah

Tempat Menarik di Ulu Legong Hot Springs Kedah

Seterusnya, tempat percutian di Kedah yang menarik adalah Ulu Legong Hot Springs.

Pengunjung disediakan dengan beberapa kolam air panas yang luas. Adalah berbeza bagi setiap kolam kedalaman dan suhu kepanasan air. Pengunjung boleh berenang dan menyelam sepuas hati dan ia bukanlah sekadar untuk merendam kaki sahaja.

Kolam-kolam untuk kanak-kanak turut disediakan di Ulu Legong Hot Springs ini. Kemudahan chalet dan homestay juga boleh didapati disini. Pendek cerita, ini sesuai dijadikan sebagai lokasi percutian bajet untuk seisi keluarga.

Alamat:

  • Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
  • 09100 Baling, Kedah Darul Aman.

Lata Bukit Hijau

Lata Bukit Hijau ini terletak di Hutan Lipur Bukit Hijau, Baling. Lata ini mempunyai kolam mandi semulajadi yang luas dan air terjun yang cantik. Airnya sungguh nyaman dan jernih. Beberapa tingkat air terjun boleh didapati di sini.

Tangga boleh didaki untuk ke kemuncak oleh para pengunjung ataupun boleh berkelah di bahagian bawah sahaja.

Kemudian turut disediakan kemudahan seperti gerai makan, chalet, tandas awam, kawasan meletak kenderaan dan surau. Peranginan Lata Bukit Hijau merupakan tempat menarik di Kedah yang wajib dilawati dan ia adalah antara lokasi air terjun yang paling cantik.

Lata Bayu

Lata Asam Jawa adalah nama lain bagi Lata Bayu. Ia merupakan tempat perkelahan yang popular di daerah Baling. Lata ini mempunyai air terjun yang menarik dan mempunyai kolam yang luas.

Tempat letak kereta, tandas awam, gerai makan dan pondok rehat adalah kemudahan asas yang disediakan untuk keselesaan para pengunjung.

Gunung Baling

Gunung Baling terletak berdekatan dengan Pekan Baling. Dengan ketinggian hanya 420 meter, ia adalah sebuah bukit batu kapur.

Puncaknya yang tinggi sangat sesuai untuk anda melihat dan menghayati pemandangan menarik daerah Baling.

Lebih kurang 2-3 jam masa yang diperlukan untuk mendaki ke puncak gunung ini.

Gua Jepun

Gua Jepun terletak di Gunung Baling. Majlis Daerah Baling giat membangunkan produk pelancongan baru ini bagi menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini.

Pelancong masih lagi boleh ke lokasi dan melihat kawasan gua ini walaupun belum siap sepenuhnya.

Malah gua ini juga boleh dikunjungi pada waktu malam kerana lampu spot dipasang dan pemandangan yang menarik dan unik dapat anda saksikan.

Terdapat banyak tempat menarik yang dikunjungi jika anda bercuti ke Baling.

Dapatkan senarai aktiviti yang boleh dilakukan dan tempat makan popular dan best di daerah ini sekiranya anda bercadang untuk ke sini.

Tempat Menarik di Daerah Sik Kedah

Daerah yang terbesar di negeri Kedah adalah daerah Sik. Manakala bandar utama di daerah ini adalah Pekan Sik. Ia popular dengan pelbagai jenis pelancongan terutamanya alam semulajadi. Anda boleh mengunjungi beberapa tempat menarik yang popular.

Pelancongan Pertanian Bendang Man

Salah satu tempat menarik di Kedah untuk bercuti adalah Pelancongan Pertanian Bendang Man.

KEDA mengusahakan projek pelancongan ini yang merupakan sebuah ladang buah-buahan yang mempunyai kemudahan dewan mesyuarat dan 12 buah chalet. Turut disediakan tapak perkhemahan bagi yang berminat. Ia sesuai untuk diadakan seminar, aktiviti kem motivasi dan lain-lain.

Lebih menarik lagi apabila anda dapat menikmati manggis, durian, langsat dan lain-lain secara terus dan segar dari ladang pada musim buahan-buahan.

Air Terjun Lata Mengkuang

Rimba Rekreasi Lata Mengkuang terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi.

Air terjun ini menjadi lokasi perkelahan masyarakat setempat dan cukup popular dalam kalangan pelancong. Lokasinya tidak berapa jauh dari KEDA Resort Bendang Man.

Air terjunnya menarik dan terdapat beberapa kolam mandi yang boleh kanak-kanak dan dewasa bermandi-manda.

Ulu Muda Eco Park

Pelancongan alam semulajadi yang dipenuhi flora dan fauna dapat anda lihat dan rasai sendiri dengan perlu meredah hutan simpan.

Sebelum sampai ke kawasan hutan Ulu Muda Eco Park, pengunjung perlu menaiki bot di Empangan Gubir.

Kebiasaannya pelancong akan bermalam di hutan dan tinggal untuk beberapa hari. Ini adalah kemuncak percutian alam semulajadi anda sepanjang berada di Kedah sebelum ke Taman Negara.

Tempat Menarik di Lata Hujan Lebat Kedah

Air terjun ini terletak di Kampung Landai, Gulau. Lata Hujan Lebat ini mempunyai air terjun yang sangat menarik untuk dikunjungi walaupun ia agak kurang terkenal.

Pengunjung pasti akan berapa puas dengan air yang sejuk menyegarkan, kewujudan beberapa tingkat air terjun dan kolam semulajadi yang luas.

Ia sesuai untuk tempat bersantai atau beristirehat kerana suasananya yang aman damai yang berlatar belakangkan hutan hijau yang cukup menenangkan jiwa.

Tempat Penginapan Menarik di Kedah

Anda boleh menyemak di atas talian di Booking.com untuk melihat diskaun dan potongan harga hotel dan resort di Kedah dan seterusnya membuat tempahan bilik penginapan.

YouTube video

BACA SINI: Senarai tempat menarik di Perlis

SUMBER: https://www.tripadvisor.com.my

Semoga anda enjoy sepajang pergi ke semua tempat best dan tempat menarik di Kedah ini.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia