fbpx

Bangunan Bersejarah Di Malaysia: Tempat Bersejarah & Monumen


Senarai Bangunan Bersejarah Di Malaysia , tempat bersejarah & monumen best

Bangunan Bersejarah di Malaysia

Pada entri kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua artikel yang menarik iaitu tentang bangunan bersejarah di Malaysia.

Semoga artikel ini menberi manfaat dan faedah kepada anda semua terutamanya kalangan pelajar Tingkatan 3 yang akan mencari bahan untuk Tugasan dan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 kali ini.

Semoga ia memudahkan kerja anda semua.

BACA SINI: Semak harga postage poslaju 2020 di Malaysia

Bangunan Bersejarah Di Malaysia : Bangunan Sultan Abdul Samad

1) Bangunan Bersejarah di Malaysia

Sebagai bukti kepada sesuatu peristiwa sejarah dan sesuatu era itu, monumen lama dan bangunan lama sangat berfungsi untuk dijadikan bukti lebih-lebih lagi dari segi perkembangan sejarah negara. Detik-detik dan saat sejarah negara pernah dijajah dan ditawan pada suatu ketika dahulu dapat diimbas kembali dengan wujudnya peninggalan penjajah seperti rumah agam, jambatan, kota dan menara jam. Penjajahan awal pemerintahan British di semenanjung Tanah Melayu ketika akhir abad ke-18 dapat dibuktikan dengan kewujudan dan tertubuhnya bangunan monumen dan kolonial bersejarah  di Georgetown, Pulau Pinang seperti Kota Cornwallis (1808), Gereja St George (1817), Menara Jam Victoria (1897) dan juga Muzium Negeri (1821).

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan yang seni binanya bercirikan Moor dan direka bentuk oleh Anthony C. Norman, seorang arkitek British. Kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya pula ialah 57 meter adalah merupakan tapak bangunan dua tingkat ini didirikan. Terdapat juga tempat letak kereta untuk para hakim dan juga pegawai-pegawai mahkamah yang terletak di bahagian bawah bangunan. Ia juga mempunyai sebuah menara jam yang setinggi 40 meter dan 3 buah kubah.

Pada tahun 1978, pengubahsuaian telah dilakukan yang telah menelan belanja sebanyak RM17.2 juta yang mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan. Bendera Union Jack telah diturunkan di sini pada tanggal 31 Ogos 1957 dan bermulanya kibaran bendera Wilayah Persekutuan. Tanda dan mercu kibaran bendera ini menunjukkan satu tanda berlalulah zaman penjajahan di negara kita dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka tanpa penjajahan asing. Bangunan ini telah dirasmikan pada tahun 1896 dan nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu telah diambil untuk menamakan bangunan ini.

Di bawah ini adalah gambar bangunan Sultan Abdul Samad lama yang pernah menjadi bangunan kerajaan suatu ketika dahulu.

SEMAK SINI JUGA: Senarai tempat menarik di langkawi waktu malam

samad1
samad1
samad1

Bangunan Bersejarah Di Malaysia : Bangunan Stadhuys

2) Bangunan Bersejarah di Malaysia

Pada tahun 1650, Bangunan Stadhuys telah dibina oleh pemerintah Belanda sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan juga pegawai-pegawainya. Bangunan ini merupakan contoh terbaik senibina gaya Belanda pada ketika itu.

Di Rantau Timur, bangunan Stadhuys dipercayai sebagai bangunan yang tertua. Di dalamnya terdapat Muzium Sejarah dan Muzium Ernografi yang boleh dikunjungi tidak kira pelancong luar dan dalam negara. Bangunan ini sangat menggambarkan keunikan dan contoh terbaik bagi senibina Belanda pada zaman itu. Di dalamnya juga boleh didapati bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun dahulu dan pameran pakaian pengantin tradisional.

Kedua-dua muzium ini ada memaparkan butiran terperinci dan lengkap mengenai bagaimana di zaman dahulu, bahan-bahan dan pakaian-pakaian peninggalan ini memainkan peranan pada ketika itu.

Jangan tidak tahu bangunan bersejarah di Malaysia di Melaka pada asalnya adalah warna putih.

Di bawah ini anda semak sendiri gambar bangunan bersejarah Stadhuys pada zaman dahulu dan juga gambaran sekitarnya pada era 300-400 tahun lampau seperti yang terpapar pada gambar di bawah ini:

tempat tempat bersejarah di malaysia
monumen bersejarah di malaysia
bangunan di malaysia
stadthuys4
masjid bersejarah di malaysia
stadthuys6
stadthuys7
stadthuys7
stadthuys7
stadthuys10
stadthuys7
stadthuys12
stadthuys13
stadthuys14
stadthuys15
stadthuys16

Bangunan Bersejarah Di Malaysia : Batu Bersurat, Terengganu

3) Bangunan Bersejarah di Malaysia

Pada tahun 1887, Batu Bersurat dijumpai di Padang Tara, di tepi Sungai Tara, Kampung Buloh, Kuala Berang dia Daerah Hulu Terengganu. Kemudian, Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan telah menjumpai Batu Bersurat ini di bahagian tangga surau Kampung Buloh pada tahun 1902. Batu Bersurat ini dijadikan dan digunakan sebagai alas membasuh kaki sebelum naik ke tangga surau dan keadaannya pula telah patah sebahagian di sebelah atas.

Pada Batu Bersurat ini terdapat tulisan jawi bertarikh 702 hijrah yang ditulis di atasnya. Penerangan mengenai Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hakam Islam berkaitan perbuatan maksiat dan hukuman yang akan dikenakan mengikut taraf seseorang beserta dengan kenyataan-kenyataan palsu ada ditulis pada batu itu.

Batu Bersurat ini pernah dihantar pada tahun 1983 ke Muzium Singapura buat pinjaman sementara. Batu Bersurat telah dibawa kembali ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura apabila Muzium Negara Kuala Lumpur telah siap dibina.

Pada tanggal 12 Februari 1987, surat telah ditulis oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada Jabatan Muzium dengan terkandungnya isi dan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat itu. Ini kerana pihak Muzium Terengganu ingin mempamerkan Batu Bersurat itu di muzium mereka. Pada tahun 1991, keputusan telah dikeluarkan oleh Jemaah Menteri agar Batu Bersurat itu dipulangkan semula kepada Kerajaan Terengganu.

Suatu upacara penyerahan semula Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah dilangsungkan di Dewan Perjanjian, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi. Pada masa itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan iaitu Encik Ismail Bin Adam yang mewakili Kerajaan Persekutuan. Manakala, YAB. Dato’ Seri Amar DiRaja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad yang merupakan Menteri Besar Terengganu pada ketika itu mewakili Kerajaan Negeri Terengganu. 

Penemuan Batu Bersurat di Terengganu ini merupakan sebuah peringatan yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia dan juga merupakan titik tolak bermulanya pengisytiharan Agama Islam sebagai agama rasmi negara dan Undang-undang Islam.

Konklusinya di sini, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan dan monumen bersejarah peninggalan zaman dahulu amatlah penting dan diperlukan supaya generasi muda dapat tahu mengenai latar belakang dan sejarah penubuhan sesebuah negara.

Bangunan Bersejarah di Malaysia : Muzium Negara Kuala Lumpur

Semak butiran pada 5 gambar di bawah :

Bangunan Bersejarah di Malaysia : Candi Lembah Bujang, Kedah

Semak butiran pada 2 gambar di bawah :

Bangunan Bersejarah di Malaysia : Masjid Zahir Alor Setar Kedah

Semak butiran pada 3 gambar di bawah :

 

Senarai Bangunan Bersejarah di Malaysia

Di bawah ini Mypt3.com kongsikan senarai bangunan bersejarah di Malaysia yang boleh anda pilih untuk dimasukkan sebagai kajian bagi tugasan dan kerja kursus sejarah PT3 2016 anda kelak.

  1. Bangunan bersejarah Johor: Majlis Bandaraya Johor Bahru, Masjid Sultan Abu Bakar, bangunan Sultan Ibrahim, Kota Batu Johor Lama, Galeri Dato’ Onn, MUzium Sultan Abu Bakar, bangunan sekolah Mengenah Kebangsaan SMK Tinggi Muar, Hospital Sultanah Aminah, Balai Polis Bukit Kepong
  2. Bangunan bersejarah Kedah: Masjid Zahir, Lembah Bujang, Maktab Mahmud, Jambatan Merdeka, Muzium Diraja Kedah, Balai Besar Alor Setar,
  3. Bangunan bersejarah Kelantan: Pintu Kota Istana Balai Besar, Istana Jahar, Kubu Pantai Sabak, Jambatan Gantung Sultan Ismail Nal, Muzium Perang, Muzium Islam, Wat Phothivihan, Jambatan Guillemard, Masjid Kampung Laut, Masjid Muhammadi, Muzium Diraja Istana Batu,
  4. Bangunan bersejarah Kuala Lumpur: Muzium Negara, Stadium Merdeka, Stesen Keretapi Kuala Lumpur KL, Bangunan Parlimen Malaysia, Victorian Institution, Perpustakaan Negara Malaysia, Carcosa Seri Negara, Tugu Negara, Istana Budaya, bangunan Sekolah Convent Bukit Nanas, Muzium Diraja Kuala Lumpur,
  5. Bangunan bersejarah Labuan: Kompleks Bersejarah Chimney, Terowong Tanjung Kubong, Tugu Penyerahan Jepun, Tugu Peringatan Perang Dunia Ke II
  6. Bangunan bersejarah Melaka: Kota A Famosa, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Replika Istana Kesultanan Melaka, Bangunan Stadthyus, Perigi Hang Tuah, Gereja St Paul, Bangunan Lama Hong Kong dan Shanghai Bank, Masjid Tengkera, Muzium Islam Melaka, Rumah Api Tanjung Tuan
  7. Bangunan bersejarah Negeri Sembilan: Istana Lama Seri Menanti, Masjid Negeri, Masjid Kuala Dulang, Teratak Za’aba, Tugu Peringatan Sungai Kelamah, Muzium Kota Lukut, Tugu Peringatan Kuala Klawang, Bangunan sekolah SMK King George V, Muzium Tentera Darat, Istana Ampang Tinggi,
  8. Bangunan bersejarah Pahang: Muzium Diraja Pekan, Pejabat Kerajaan Kuala Lipis, Muzium Sultan Abu Bakar, Jambatan Gantung Sungai Lembing
  9. Bangunan bersejarah Perak: Istana Iskandariah, Istana Kenangan Kuala Kangsar, Kota Belanda, Kota Long Jaafar, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Maktab Melayu Kuala Kangsar, Maktab Perguruan Sultan Idris, Muzium Negeri Perak, Istana Kelli (Kelli’s Castle), Masjid Ihsaniah Iskandariah, Penjara Kinta, Bangunan Pejabat Pos Lama Ipoh, Convent Taiping, Menara Jam Condong Teluk Intan, Galeri Sultan Azlan Shah, Menara Pavillion, Jambatan Victoria,
  10. Bangunan bersejarah Perlis: Kota Indera Kayangan, Majlis Perbandaran Kangar, Masjid Lama Arau, Ruah Tetamu Kangar, Stesen Keretapi Padang Besar (Railway), Jabatan Imigresen Malaysia, Muzium Kota Kayang,
  11. Bangunan bersejarah Pulau Pinang Penang: Kota Cornwallis, Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang, Penang Free School, Rumah Kelahiran P.Ramlee, Muzium Perang, Muzium Negeri, Gereja St Anne, Masjid Kling, Gereja St.George, Menara Jam Victoria, Bukit Melawati,
  12. Bangunan bersejarah Sabah: Rumah Agnes Keith, Masjid Jamek, Muzium Warisan, Tokong Sam Sing Kung, bangunan Sekolah St Michael and Gereja All Angels, Muzium Agop Batu Tulug, Menara Jam Atkinson, bangunan sekolah menengah kebangsaan SMK Tambunan,
  13. Bangunan bersejarah Sarawak: Kubu Margherita, Muzium Sarawak, Muzium Etnologi (Bangunan Lama)
  14. Bangunan bersejarah Selangor: Bangunan Abdul Samad, Bukit Malawati, Istana Bandar / Alaeddin, Kuala Kubu Baru, Gedung Raja Abdullah, Kota Raja Mahadi, Selangor Chinese Association Hall, High School Kajang, Balai Bomba Kota Raja Klang, Jambatan Kota, Penjara Kajang, Madrasah Muhammadiyah Sabak Bernam, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Muzium Petaling Jaya, Istana Alam Shah, Muzium Sultan Alam Shah, bangunan sekolah Menengah Kebangsaan SMK Tuanku Abdul Rahman Arang Batu,
  15. Bangunan bersejarah Terengganu: Istana Maziah, Bangunan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu PSMCT, Masjid Ulul Albab Jerteh, Batu Bersurat Padang Tara, Istana Maziah

LAGI SEMAK SINI

Contoh Pengenalan Bangunan Bersejarah Kerja Kursus Sejarah PT3

contoh maksud definiasi pengenalan bangunan bersejarah

Bagi mendapatkan hasil kerja kursus yang terbaik dan maksimum, anda haruslah memulakannya dengan pengenalan yang mantap dengan cara menghuraikan atau menjelaskan keseluruhan kajian yang dilakukan secara umum mengenai tajuk tugasan yang telah diberikan.

Contoh penulisan pengenalan merangkumi maksud dan definisi bangunan bersejarah, tempat bersejarah & monumen di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin pesat membangun dan maju dalam pelbagai sektor, namun dicelah-celah arus pembangunan dan pemodenan ini terdapat bangunan bersejarah yang menarik dan indah di samping keunikan reka bentuk dan senibina bangunannya  serta penuh dengan kesan sejarah ketamadunan pada suatu masa dahulu yang tetap terpelihara sehingga kini.

Setiap bangunan dan tinggalan lama bersejarah yang terdapat di negara ini mestilah dipelihara dan dipulihara dengan rapi dan sebaik mungkin bagi mengelakkan warisan ketamadunan sejarah ini daripada terus lenyap, pupus dan dilupakan oleh generasi masa kini dan pada masa akan datang.

Contoh bangunan bersejarah yang wajar dan mestilah dipulihara adalah seperti Balai Besar di Alor Setar, Kedah, Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Kota Margherita di Sarawak dan Bangunan Stadhuys di Bandar Hilir, Melaka. (Anda boleh nyatakan bangunan tinggalan sejarah lain yang lebih menarik dan terkenal)

Begitu juga di tempat tinggal saya di Pulau Pinang terdapat bangunan bersejarah ….. (Sila nyatakan bangunan bersejarah yang anda kaji untuk tugasan anda)

p/s: Diharapkan dengan perkongsian contoh pengenalan bangunan bersejarah ini dapat memberi manfaat kepada pelajar PT3 untuk menyelesaikan dan menyiapkan tugasan dan kerja kursus sejarah PT3. Semoga anda dapat menghasilkan pengenalan yang bermutu dan berkualiti seterusnya menarik minat pemeriksa untuk membacanya.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!


3 artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2021 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia