Tempat Menarik di Johor 2023: Senarai Aktiviti Percutian Best

Gempak seyyy senarai aktivti percutian best di tempat bersejarah, bangunan dan tempat menarik di Johor 2023 termasuk yang percuma pada waktu malam yang boleh anda datang

tempat best tempat menarik di johor 2023

Johor Bahru adalah satu bandar besar dan ibu negeri kepada Johor Darul Takzim atau popular dikenali dengan gelaran JDT. Sebuah negeri yang terletak bersebelahan dengan negara jiran kita Kota Singa, Singapura.

BACA SINI: Permohonan rumah mampu milik erumah johor dibuka

Dahulu tak ramai yang nampak potensi yang ada pada bandar besar ini walaupun terletak bersebelahan di negara Singapura. Tetapi tidak sekarang ini. Sejak beberapa tahun lepas, kota ini berjaya mengembangkan popularitinya sehingga berjaya menarik ramai untuk datang, samada untuk bisnes atau bercuti di Johor.

Sekiranya, anda berada di Singapura atau dari negeri lain yang mahu jalan jalan kesemua tempat menarik di Johor, boleh semak senarai yang boleh anda cuba seperti di bawah ini

21 Tempat Menarik di Johor dan Best 2023!

Senarai tempat menarik di Johor 2023 termasuk yang percuma di waktu malam sedang dikemaskinikan

1. Legoland

BACA SINI >> Harga ticket legoland Malaysia 2023 price Water theme park

Legoland adalah tempat wajib untuk dilawati jika anda ingin membawa anak-anak anda berekreasi. Sehari di sini pasti anda tidak puas.

Untuk datang ke sini, pastikan anda merancang dengan teliti terlebih dahulu. Theme Park dan Water Park di sini akan membuatkan anak-anak anda untuk berada di sini lebih dari sehari.

Anda disarankan untuk memakai sunblock dan topi!

2. Tempat Menarik di Danga Bay Johor

Bagi mereka yang memilih Johor sebagai destinasi pelancongan, anda wajib melawati Danga Bay yang merupakan kawasan bersantai popular di tepi laut.

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini. Antaranya berjalan santai di tepi pantai Danga Bay, menaiki Cruise, bermain di Theme Park, membeli-belah di Danga City Mall dan lain-lain lagi.

3. Taman Laut Sultan Iskandar (Sultan Iskandar Marine Park)

Dahulunya dikenali sebagai Taman Negara Johor Kepulauan Mersing, sekarang sudah bertukar nama menjadi Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI).

Di TLSI ini, kesemuanya terdapat 13 pulau di sini. Namun, TLSI ini dibahagikan kepada 6 kumpulan gugusan pulau iaitu (1) Pulau Tinggi, (2) Pulau Sibu, (3) Pulau Aur, (4) Pulau Pemanggil, (5) Pulau Rawa dan (6) Pulau Besar.

Melalui 2 jeti sahaja TLSI boleh dikunjungi:

Jeti Tanjung Leman: (1) Pulau Tinggi, (2) Pulau Sibu, (3) Pulau Aur, (4) Pulau Pemanggil

Jeti Mersing: (5) Pulau Besar, (6) Pulau Rawa

4. Tempat Menarik di Kota Iskandar Johor (Yang Percuma)

Kota Iskandar adalah ibarat Putrajaya. Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor ditempatkan di sini.

Pusat pentadbiran mengandungi bangunan Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad), dua buah Kompleks Jabatan Negeri, Dewan Negeri Johor (Bangunan Sultan Ismail), dan kawasan Dataran Mahkota.

Sangat sesuai bagi mereka yang mahu sight-seeing di sekitar Johor ini.

5. Tempat Menarik di Puteri Harbour Marina Johor

Puteri Harbour Marina merupakan tempat yang sesuai untuk anda santai atau ‘chill’ bersama keluarga atau rakan-rakan. Bagi mereka yang gemarkan fotografi, ia juga sangat sesuai untuk anda. Untuk kepuasan atau ‘double chill’, terdapat pelbagai kedai dan restoran berdekatan yang boleh anda nikmati.

Di sini juga terdapat Puteri Harbour Indoor Theme Park. Terdapat juga beberapa tempat khas berdasarkan kartun-kartun seperti Thomas & Friends, Hello Kitty, Pingu, Bob the Builder, Angelina dan Barney bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil.

6. Angry Birds Activity Park

Angry Birds Activity Park yang terletak di dalam shopping mall Komtar, Johor Bahru adalah merupakan sebuah indoor playground yang besar.

Terdapat 5 play area di sini iaitu Red’s Jungle Run, Utopia, South Beach, Danger Zone dan Classic.

Orang kata, tak kenal maka tak cinta pada tempat ini. Tempat ini masih lagi sesuai bagi anak-anak yang langsung tidak mengenali Angry Birds ini kerana permainan-permainan yang terdapat di dalam Angry Birds Activity Park ini pasti boleh membuat si kecil anda gembira dan teruja!

7. Zoo Johor (Johor Safari Park)

Anak-anak anda pasti akan lupa akan kewujudan gadget untuk seketika apabila melihat haiwan-haiwan terpelihara yang ada di Zoo Johor ini.

Tiket masuk sangatlah murah iaitu RM1 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan RM2 untuk dewasa. Untuk OKU pula masuk adalah percuma.

Terdapat banyak haiwan di dalam zoo ini termasuklah singa, unta dan badak air! Yang ada anak kecil itu jemput singgah ya!

8. Masjid Sultan Abu Bakar

Lihat gambar sahaja pun sudah tertarik. Namun lebih menarik lagi jika anda boleh solat di dalam Masjid Sultan Abu Bakar ini sekali.

Jom ramai-ramai singgah ke masjid ini sebelum waktu solat supaya anda dapat bersiap-sedia untuk menunaikan solat secara berjemaah. Selepas solat, anda boleh teruskan sesi fotografi sambil melihat keindahan dan keunikan seni binanya.

9. Tempat Menarik di Pantai Desaru, Kota Tinggi Johor

Terdapat pepohon ru di sepanjang persisiran Pantai Desaru ini yang mencantikkan lagi view pantai ini. Anda bolehlah bergambar dan memulakan sesi fotografi apabila angin sepoi-sepoi bahasa mula meniup kain baju anda, di samping sunglass di mata. Tentu sekali nampak menawan!

Di sekitar pantai ini juga terdapat beberapa penginapan resort yang menarik. Anda boleh menginap di sini untuk santai dan merehatkan minda.

Beberapa aktiviti sukan air menarik juga boleh anda cuba seperti kayak, jetski dan lain-lain.

9. Desaru Coast Adventure Water Park

‘Wavepool’ terbesar di South East Asia dimiliki oleh Desaru Coast Adventure Water Park! Desaru Water Park ini terletak bersebelahan dengan Hard Rock Hotel, Desaru.

Kids Ahoy adalah seksyen khas untuk kanak-kanak di Water Park ini. Anak-anak pasti akan terlupa apa itu handphone buat seketika kerana keterujaan mereka untuk bermain air.

Terdapat 4 lagi zon permainan iaitu Shipwreck Reef, Tidal Wave Beach, Penawar River dan Penawar Falls selain daro zon Kids Ahoy.

10. Ladang Burung Unta / Ostrich Show Farm

Ostrich Show Farm ataupun dikenali sebagai Ladang Burung Unta ini terletak di Pengerang, Johor. Tiket dijual RM8 untuk kanak-kanak, manakala RM15 untuk orang dewasa.

Tempat ini sangat sesuai untuk ibubapa yang mahu anak-anak mereka menerokai alam semulajadi.

Disini juga terdapat restoran. Jadi, inilah peluang anda untuk merasa sate burung unta atau telur dadar burung unta! Wah, bukan senang untuk dapatkan menu sebegini.

11. Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi

Ini satu lagi tempat menarik buat anak-anak anda yang menyebabkan mereka lupa akan kewujudan handphone. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di Desaru Fruit Farm ini.

Antaranya adalah mempelajari tentang lebah dan madu, melawat kebun herba dan sayuran, memberi makan pada haiwan di mini zoo yang menempatkan arnab dan kambing dan memberi makan pada ikan di kolam.

Selain itu, hidangan buffet buah-buahan boleh juga anda nikmati dan aktiviti lasak seperti kart ride dan paintball juga disediakan. Jangan kata anak-anak sahaja, ibu bapa juga boleh turut lupa akan handphone apabila sudah berada di sini!

12. Dataran Bandaraya Johor Bahru

YouTube video

Dataran Bandaraya Johor Bahru ini sangat terkenal dalam penduduk tempatan dan rakyat Johor sendiri. Walaupun nampak seperti biasa sahaja, namun tempat-tempat begini yang pelancong seringkali cari ketika melancong ke negara orang.

Kedai-kedai makanan yang dibuka pada lewat petang akan memeriahkan lagi kawasan lapang ini, sesuai bagi mereka yang mahu bersantai sambil menikmati juadah hidangan.

Dengan adanya dua skrin gergasi di kiri dan kanan pentas utama, dataran ini kini semakin mendapat tumpuan dan berubah wajah dengan tarikan baru ini.

Biasanya menjadi tempat kepada orang ramai menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim.

13. Austin Heights Water & Adventure Park

Austin Heights Water & Adventure Park boleh menjadi pilihan anda sekiranya anda meminati untuk beraktiviti lasak bersama anak-anak. Disini terdapat water park dan aktiviti lasak yang membuatkan anak-anak berasa sangat gembira akan saat yang dilalui itu.

Waterpark disini sarat dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Yellow Wall, Racer Bowl, Rainbow Hood, Super Surf dan lain-lain.

Adventure Park pula dipenuhi dengan aktiviti lasak yang sangat menarik! Antaranya Half Criss Crossing, Needwood Crossing, Drift Kart dan pelbagai lagi aktiviti seperti Team Ninja Warrior di AXN Channel.

14. Bazar Karat

Bazar Karat sama seperti mana-mana uptown di Malaysia. Anda boleh bersantai di Bazar Karat ini jika anda ada melancong ke Johor dan mencari aktiviti malam di Johor.

Usahawan kecil diberi peluang untuk menjana pendapatan dengan wujudnya pasar tersebut yang hanya mengenakan lessen yang murah untuk setiap tapak.

Terdapat juga tempat makan menarik di bazar ini. Jadi, sambil berjalan-jalan di sekitarnya, anda boleh menikmati makanan-makanan yang dijual disini.

15. Tempat Menarik di Bangunan Sultan Ibrahim Johor

Bangunan Sultan Ibrahim adalah bangunan bersejarah di Johor. Jika dilihat gambar di atas, nampak seperti di luar negara kan (jika tidak diambil sudut pagar). Anda boleh bergambar dengan shades hitam dan memakai topi seperti pelancong.

Bangunan Sultan Ibrahim juga merupakan benteng pertahanan ketika Perang Dunia Kedua! Wah! Sungguh hebat apabila kita dengar bukan! This is a must-visit place, lebih-lebih lagi buat pencinta sejarah di luar sana.

16. Kuso 3D Art Gallery

Kuso 3D Art Gallery adalah dunia lukisan 3D yang unik dan sesuai untuk bergembira sambil berfotografi. Kreativiti pengunjung dapat dipertingkatkan kerana untuk mengambil gambar secara kreatif, pelawat perlulah berfikir bagaimana untuk melakukannya.

Disini juga terdapat mesin simulasi 9DVR (Virtual Reality), di mana anda boleh berlawan dengan dinosaur, raksasa dan zombie.

Apa lagi? Bawa keluarga atau rakan-rakan anda ke sini! Rasai pengalaman berkunjung ke Kuso 3D Art Gallery!

17. Wet World Batu Pahat Village Resort

Aduh, di Johor Bahru ini banyak sungguh waterpark yang boleh ditemui! Jika anda tidak larat bermain air di Johor ini, boleh lah anda menyanyikan lagu Aduh oleh Zamani itu.

Disebabkan aktivitinya yang tidak terlalu ekstrem dan sangat child friendly, Wet Water World Batu Pahat Village Resort ini memang sesuai untuk anak-anak.

18. UK Farm atau UK Agro

Untuk pengetahuan pembaca, anda masih lagi di entri tempat menarik di Johor ya, bukan tempat menarik di UK.

Lokasi UK Farm adalah di Kluang, Johor. Dengan aktiviti memberi makan pada haiwan-haiwan peliharaan disini, anak-anak pasti akan berasa teruja dan terhibur.

Anda pasti akan terkesima dan terpegun apabila melawat UK Farm ini kerana keluasan padangnya menghijau yang saujana mata memandang, Disamping berpeluang minum susu segar, anda juga boleh cuba horse-riding di sini.

19. Taman Merdeka

Taman Merdeka ini merupakan tempat warga kota bersantai dan berjogging.

Walaupun ia terletak di tengah-tengah bandar raya, namun pengunjung masih boleh mencari ketenangan dan suasana damai disini membolehkan anda lari seketika daripada hiruk-pikuk bandar raya, bebanan kerja atau tekanan dan urusan hidup seharian.

Anda sangat  dialu-alukan untuk singgah ke sini bersama keluarga yang tersayang.

20. Tempat Menarik di Johor Premium Outlet (JPO)

Anda boleh singgah dan membeli-belah di Johor Premium Outlets, JPO, jika anda peminat barangan berjenama seperti Levi’s, Coach, Michael Kors dan sebagainya. Tempat seperti ini mampu mengukir senyuman di bibir isteri yang tersayang.

Di luar negara, seperti USA contohnya, sudah terdapat banyak outlet sebegini. Namun, hanya ada beberapa outlet sahaja di Malaysia. Boleh lah untuk merasa bagaimana rasa dan nikmatnya membeli-belah di outlet (Namun, harga barangan di sini tidak semurah di USA).

21. Kolam Air Panas Sungai Gersik

Kerajaan negeri telah memelihara Kolam Air Panas Sungai Gersik ini. Suhunya antara 50 hingga 70 darjah Celcius.

Penduduk setempat mendakwa lenguh kaki, sendi atau sakit badan akibat bekerja berat mampu dirawat dengan kehangatan air dalam kolam ini. Ini mungkin disebabkan kandungan sulfurnya yang tinggi sekaligus menyebabkan kolam renang mini mengandungi mineral yang tinggi.

Ruang berendam yang dilengkapi bumbung bukan sahaja disediakan di kolam utama Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Sungai Gersik di Sungai Balang ini, malah terdapat kolam untuk kanak-kanak bermandi-manda pada suhu air yang normal.

senarai tempat bersejarah di johor 2023

SUMBER: https://www.tripadvisor.com.my

Di antara senarai tempat best dan tempat menarik di Johor termasuk yang percuma menjadi pilihan untuk bercuti ke sini?

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia