Bercuti di Laos : 15 Keistimewaan Melancong Buat Backpacker Ini

15 Keistimewaan Buat Backpacker Ini Bercuti di Laos

Tips dan Pengalaman Bercuti di Laos. Ini keistimewaan bandar laos. Perjalanan kami pada tempoh hari di Vientiane – Pakse (Bolaven Plateau) – 4000 islands – Vang Vieng – Luang Prabang – Vientiane selama 10 hari.

Pengalaman Bercuti Ke Laos : Trip dan Pengalaman Ke Laos

bercuti di laos

Apakah Keistimewaan Bercuti di Laos?

1. Negara Laos ni secara asasnya terbahagi kepada 3 bahagian. Utara, Selatan dan Tengah. Sebelum pergi ke sana, periksa terlebih dahulu cuaca di Laos. Bulan Julai itu adalah musim hujan.

2. Kami sampai di Vientiane pagi. Dari lapangan terbang naik tuk-tuk ke central bus station. Dari situ cari bas untuk ke Southern Bus Station untuk beli tiket ke Pakse. Untuk ke Pakse boleh menaiki sleeper bus dari Vientiane dari Southern Bus Terminal. Kami berpeluang untuk naik bas yang selesa. Di dalam bas, disediakan skrin tv untuk setiap orang. Tapi tiada satu cerita pun yang ditayangkan yang kami faham dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 11 jam.

3. Kebiasaannya orang pergi Pakse ini untuk buat trip Bolaven Plateau. Sama ada loop besar atau kecik. Untuk trip ini, kami menyewa moto dari Kedai Miss Noy. Apabila google, ramai yang mencadangkan kedai ini. Eve (Husband Miss Noy) seorang mat saleh yang sangat membantu. Ketika dia beri peta, penerangan turut disertakan  seperti di mana boleh berhenti dan patut berhenti.

4. Jadi sepanjang perjalanan ini boleh singgah banyak air terjun. Tad Pha Shuam, Tad Soung, Tad Hang & Tad Lo. Di sini ada banyak juga hotel dan guest house untuk disewa.

Kami menginap di Sailomyen guesthouse. Tempat ini sesuai kerana berada tepi sungai dan boleh lepak-lepak di beranda chalet tengok air terjun dan orang mandi manda di sungai.

5. Di Tad Lo pula tiada apa sangat, lebih kepada nature atau alam semulajadi. Ada dua air terjun yang terdapat di sini. Salah satu darinya boleh dilihat dari beranda chalet kami.

6. Di Pakse, kami jumpa dua kedai makan halal. Satu daripadanya betul-betul berada di depan kedai Miss Noy. India yang pernah kerja di Malaysia. Pekan Pakse ni biasa-biasa sahaja. Pusing satu pekan tidak sampai satu jam sudah boleh cover semua.

7. Dari Pakse, boleh ambil trip ke 4000 islands. Disebabkan kami kesuntukan masa, kami hanya ambik day trip tour je ke sana. Beli dari Miss Noy sahaja. Kebiasaannya orang akan bermalam di Don Det atau Don Khone. Perjalanan dalam 2 jam dari Pakse untuk ke Ban Nakasang kemudian kena naik bot untuk ke Don Det atau Don Khone. Di Ban Nakasang terdapat satu air terjun – largest waterfall in Southeast Asia – Khon Phapheng waterfalls.

8. Ambil tiket bus dari Pakse terus ke Vang Vieng. Tetapi akan berhenti di Vientiane untuk tukar bas. Bas berhenti dekat dengan kawasan hotel-hotel bajet dan terdapat satu kedai halal – Dhaka Restaurant. Boleh bersarapan di situ untuk alas perut. Perjalanan dari Vientiane ke Vang Vieng adalah dalam 4-5 jam. Sampai sahaja di Vang Vieng, bas berhenti di kawasan company bus. Sekitar situ banyak hotel-hotel mahal dan juga murah. Setelah dua tiga hotel kami masuk, kami pun berjumpa dengan Molina Guesthouse.

9. Di Vang Vieng ni, kami sewa moto untuk ronda-ronda. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini, berkayak, hot air ballon, tubing, pergi cave, mandi di blue lagoon. Pakej aktiviti pun banyak  terdapat di sekitar situ. Boleh pilih mana yang ingin dilakukan atau paling tidak pun, santai sahaja di tepi sungai. Di sini, terdapat juga kedai halal Nazim.

10. Dari Vang Vieng naik minivan ke Luang Prabang. Dicadangkan naik minivan siang. Jadi boleh lihat pemandangan bergunung-ganang. Kalau mahu jimat boleh naik sleeper bus. Perjalanan hanya dalam 6-7 jam. Sampai di Luang Prabang, minivan berhenti di satu perhentian dan semua kena turun di situ. Untuk ke City Center kena naik tuk-tuk. Kalau sudah booking hotel, boleh maklumkan saja pada minivan nama hotel. Mereka akan berhentikan di hadapan hotel. Oleh sebab kami pada ketika itu tiada hotel lagi, mereka pun memberhentikan dekat area pasar malam. Kami masuk lorong-lorong sekitar situ, terjumpa Rattana guest house dengan harga 100k kip. Boleh jalan kaki sahaja ke pasar malam.

11. Tempat menarik di luang prabang Luang Prabang. Tempat percutian utama dan menarik adalah Kuang Si Waterfall. Memang cantik sangat permandangannya dan boleh naik tuk-tuk sendiri atau boleh ambik pakej dengan mana-mana agen. Kebetulan terjumpa satu guesthouse milik Malaysian yang berkahwin dengan orang Laos. Mereka mempunyai kedai makan juga berhadapan guesthouse jadi memang kami melepak dan makan di situ. Untuk pergi ke Kuang Si pun ambil trip dengan mereka juga, siap dibekalkan makanan dengan pinggan dan sudu. Hehe.

12. Boleh menikmati sunset dengan memanjat Mount Phou Si. Bole sewa basikal atau berjalan kaki sahaja di sekitar Luang Prabang.

13. Kemudian, naik sleeper bus ke Vientiane. Bas akan berhenti di Northen Bus Station. Di sana, terdapat city bus dan boleh naik untuk ke central bus station. Dari situ kami berjalan kaki sahaja ke lorong hotel backpacker. Menginap di Dhaka Hostel boleh dapatkan diskaun makan 10%. Malam-malam boleh jalan ke pasar malam. Kalau mahu membeli souvenir boleh beli di pasar malam ni dan boleh untuk sesi tawar-menawar.

14. Di Vientiane, kalau mahu pusing-pusing boleh naik tuk-tuk atau bas. Boleh juga tawar-menawar kalau manaiki tuk-tuk dan juga boleh juga sewa basikal.

15. Tidak kisahlah walau apa pun orang cakap – buat apa pergi Laos? Bukannya ada apa pun? Yang penting kita buat benda yang kita gembira. Hati kita, kita yang tentukan.

Lagi 6 Gambar Sepanjang Bercuti di Laos

Sekian sahaja catitan dan coretan saya melakukan trip backpacker dan bercuti di Laos. Sekian, terima kasih.

Baca 3 Lagi 3 Artikel Berkaitan Di Bawah: