≡ BACK

BUKTI ASB Loan vs ASB Simpanan Sendiri Lebih Menguntungkan

BUKTI asb loan vs asb simpanan sendiri asb lebih menguntungkan. Persoalan untung atau rugi dijawab secara terperinci di sini

Ramai tanya kepada mypt3 sebenarnya sejak sejak pengumuman dividen asb yang mana anda boleh check menggunakan sistem asb online, myasnb. Mereka tanya……

asb loan vs asb simpanan

Mereka tanya, buat loan asb untung atau rugi? Bagus ke? Berbaloi atau tidak? Mana yang lebih baik loan asb atau simpan sendiri? Apa perbezaan asb loan dan simpanan asb sendiri? Kenapa perlu berhutang untuk melabur di ASB?

Macam-macam persoalan yang diutarakan kepada kami.

Ok baik memandangkan ada yang mahu pendapat daripada Mypt3 yang dah telah guna bertahun-tahun kemudahan dan faedah, suka untuk Mypt3 syorkan anda buat asb loan. Ini pengalaman kami sendiri.

Selama ini, Mypt3 hanya buat simpanan sendiri. Lambat!

Orang buat ASB Financing (ASBF), anda pun nak buat. Ikut tanpa ada matlamat dan tak faham pun macam mana ASBF boleh bagi untung lebih besar berbanding buat simpanan ASB sendiri.

Anda sebenarnya ada pilihan untuk melabur duit anda di mana, tetapi anda perlu tahu dan faham dengan jelas, mana satu untung mana satu rugi, tahu beza keburukan dan kelebihannya.

Nak melabur kat mana-mana platform sekalipun, kena faham potensi, risiko dan teknik-teknik.

Jadi, untuk kali ini adalah perkongsian untuk kongsikan kiraan asas bagi membuktikan asb loan adalah lebih bagus daripada simpanan sendiri di ASB. Semua persoalan anda simpan sendiri atau loan asb terjawab.

  • SIMPANAN ASB BIASA
  • HASIL PUN BIASA-BIASA

Potensi Simpanan ASB Sendiri

Katakan anda mampu simpan RM1,080 sebulan

Kenapa RM1,080? Ini kemampuan, asb financing ini ikut kemampuan anda, lagi tinggi boleh simpan, lagi tinggi potensinya.

Jadi, setiap bulan, anda pun simpan sendiri RM1,080 dalam akaun ASB selama 3 tahun. Katakan purata dividen campur bonus adalah 7 peratus.

Kira guna Compound Interest Calculator menggunakan aplikasi kalkulator di telefon bimit anda baik Android atau di Apple Store

  • Monthly Deposit: RM1,080
  • Period (month): 36 bukan (bersamaan 3 tahun)
  • Annual Interest Rate %: 7 peratus
  • Compounding: Annually

Total Principal: RM38,880.00
Maturity Value: RM43,228.58

Jadi, hasil yang anda akan dapat termasuk dividen terkumpul hanyalah RM43,228.58 lepas 3 tahun untuk tknik cara simpanan asb sendiri.

Lagi tak bestnya, kalau anda simpan sendiri atau saving sendiri di rumah atau di akaun saving bank, anda cuma dapat RM38,880 sahaja (Rujuk Total Principal).

Bagaimana pula Keuntungan ASB Loan vs ASB Simpanan Sendiri

  • ASB FINANCING.
  • UNTUNG LEBIH BANYAK.

Jikalau anda mampu membuat simpanan RM1,080 sebulan. Oleh itu, kami sarakan anda buat permohonan asb loan de ngan jumlah sebanyak RM200,000 untuk tempoh maksimum selama 30 tahun.

Dan sebenarnya tidak perlu tunggu tempoh matang asb. Tiga tahun atau lima tahun sudah cukup

Setiap bulan, anda bayar ansuran RM1,080. Contoh kadar keuntungan bank adalah 5.05 peratus dan dividen campur bonus purata ASB adalah 7 peratus.

Jom kita kira berapa anda akan dapat pada tahun ke 3.

asb loan vs simpanan sendiri

Kira guna Loan Calculator.

  • Loan Amount: 200,000
  • Interest Rate: 5.05 peratus setiap tahun
  • Loan Term: 30 tahun
  • Monthly Payment: RM1,079.76

Amortization Schedule: RM190,766.21 (Bulan ke-36)

Maksudnya pada bulan ke-36, baki ASBF anda adalah RM190,766.21. Maka, principal terkumpul anda pada waktu tu adalah *RM200,000 – RM190,766 = RM9,234*

Kira guna Compound Interest Calculator.

  • Principal Amount: 200,000
  • Period (month): 36
  • Annual Interest Rate %: 7
  • Compounding: Annually
  • Interest Amount: RM45,008.60

Interest amount tu adalah mewakili dividen and yang compounding selama 3 tahun.

Nak tengok berapa jumlah besar yang anda akan dapat, kena tambahkan principal terkumpul dan dividen compounding ni.

RM9,234 + RM45,008 = RM54,242

Jadi, hasil yang anda dapat adalah RM54,242 setelah 3 tahun!! Banyak tu. Boleh buat duit deposit beli dua buah rumah. Kereta lagi, hutang lain boleh settle terus

KESIMPULAN Perbandingan ASB Loan Vs Simpanan Sendiri

Kalau anda mampu simpan RM1,080 sebulan selama 3 tahun, anda nak simpan dalam simpanan bank @ simpan kat rumah atau simpanan biasa kat ASB atau gunakan ASB loan untuk maksimumkan keuntungan?

Senarai KaedahJumlah Keuntungan
Simpan sendiri akaun saving atau di rumahRM1,080 x 12 x 3 = RM38,880 (Modal)
Simpanan biasa ASB:RM43,228 – RM38,880 = RM4,348 (Keuntungan bersih)
ASB Financing:RM54,242 – RM38,880 = RM15,362 (Keuntungan bersih)

 

Nak untung RM15,362 atau RM4,348 selepas 3 tahun dengan modal RM1,080 sebulan? Pilihlah sendiri. Matematik tak tipu. Dah dibuktikan dengan pengiraan.

loan asb untung atau rugi

Patutkah Berhutang Untuk Pelaburan ASB?

Ada orang muflis sebab hutang. Ada orang jadi kaya sebab pandai uruskan hutang dengan baik. Anda pilihlah, perlu lah pandai uruskan kewangan sendiri ya

Anda gunakan duit bank RM200K untuk melabur 3 tahun dan dapat tunai sebanyak RM54,242. SMART! Kalau tak, anda hanya dapat RM43,228 saja dengan ASB simpanan sendiri.

RM1,080 sebulan adalah komitmen yang besar? Ikut kemampuan anda sendiri.

Kalau mampu RM550 sebulan, anda buat kiraan untuk ASBF RM100,000 pula.

Mampu RM200 sebulan, buat yang harga RM200. Boleh buat asbf 30k, 50K atau 150K. Terpulang. Malah pelajar universiti ramai yang dah ambil asb fianncing ini.

Kemampuan kita, kita yang tentukan. Untuk yang baru nak start tu jangan gelojoh-gelojoh ya, ambil sikit-sikit dahulu, nanti boleh tambah sijil anda dikemudian hari.

Keburukan asb loan jikalau anda tamak, gelojoh dan tidak berpijak kepada bumi yang nyata kemampuan anda membayar balik pinjaman anda.

Selepas baca artikel perkongsian Mypt3 ini, anda rasakan asb loan menguntungkan atau tidak?

Nota:

P/S : Andaian kadar keuntungan bank adalah 5.05 peratus.
PP/S : Andaian purata dividen asb dan bonus adalah 7 peratus.
PPP/S : Simpanan sendiri vs Simpanan Asb vs Pelaburan Asb loan

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Simpanan Tabung Haji vs ASB : Mana Pulangan Yang Lebih Baik Simpanan Tabung Haji vs ASB : Mana Yang Lebih Baik Berdasarkan pengumuman kadar dividen tolak dengan zakat simpanan Ada banyak pelaburan yang dijamin…
Bagaimana Cara Pengiraan Agihan Pendapatan Asb 2019 Bagaimana Cara Pengiraan Dividen Asb 2019 Nampaknya ramai kalangan pembaca Mypt3 yang perlukan bantuan bagaimana cara pengiraan dividen asb yang mere…
Dividen ASB 2018 : Pengumuman Agihan Pada 2019 dan Cara Pengiraan Pengumuman Agihan Dividen ASB 2018 untuk pengeluaran 2019 : Cara Pengiraan Terbaik Kami pasti ramai di sini yang melakukan simpanan di Amanah Saham B…
Pinjaman ASB Loan : 3 Teknik Dapat Pulangan Lebih RM130,000 Pinjaman ASB loan : 3 Teknik Dapat Pulangan Lebih RM130,000 Ada yang lebih selesa dan tenang dengan memasukkan lebihan pendapatan dengan melakukan si…
Sistem ASB Online : Bagaimana Cara Login MyASNB Sistem ASB Online : Bagaimana Cara Login MyASNB Dahulu punya cara memang legend. Bawa buku pelaburan ke mana-mana cawangan Amanah Saham Bumiputera ya…