Apa itu SST : Berita Senarai Barangan Yang Dikenakan Cukai

Berita Apa itu SST Malaysia dan Senarai Barangan Yang Dikenakan SST

Selepas selama ini, rakyat Malaysia dihadapkan dengan cukai GST sebelum ini sehingga kita menyaksikan sendiri harga barang di Malaysia terus melonjak tinggi sehingga menghimpit kos sara hidup di Malaysia.

apa itu sst

Selepas kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan, kerajaan Pakatan harapan menunaikan apa yang telah dijanjikan sebelum ini

Ia seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan iaitu pelaksanaan SST malaysia pada kadar 6 peratus cukai perkhidmatan dan 10 peratus cukai jualan.

Pelbagai persoalan yang wujud dibenak fikiran rakyat Malaysia. Antaranya apa itu cukai SST Malaysia, ape senarai barangan yang dikenakan sst, apa yang maksud sst 10 peratus dan sst 6 peratus.

Ada juga yang bertanya apa beza cukai sst vs gst? Mana yang lebih baik dan mesra kepada pengguna di Malaysia?

Bermula 1 September yang lalu, bermula kehidupan rakyat Malaysia dengan pelaksaan cukai SST setiap kali mereka berbelanja selepas ia berjaya lulus di Dewan Rakyat dan Dewan Negara di parlimen Malaysia yang mana Kastam Diraja Malaysia telah diberikan amanah untuk menguatkuasakan undang-undang ini agar dipatuhi semua pihak.

Butiran Senarai Barangan yang dikenakan SST

  • LENGKAP! Senarai barangan yang dikenakan SST Malaysia,KLIK SINI

Sukar sebenarnya untuk anda semak senarai barangan yang dikenakan SST, ini kerana jumlahnya terlalu banyak untuk anda semak yang check.

Senarai SST Exemption List

Jadi ada baiknya kami senarai sst exemption list untuk cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang lebih kurang berbanding senarai barangan yang dikenakan SST seperti yang disenaraikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

senarai barangan yang dikenakan sst

Antara barang yang popular dikalangan rakyat Malasia dalam kehidupan seharian ialah mendapat pengecualian SST ialah :

Kategori makanan

  1. Tulang lembu
  2. Daging unta
  3. Bahagian ayam
  4. Daging Angsa
  5. Daging ayam
  6. Daging burung puyuh
  7. Daging itik
  8. Daging lembu
  9. Daging rusa
  10. Daging kambing
  11. Daging babi (pork meat)
  12. pedal ayam
  13. ikan bilis
  14. Ikan
  15. Kerang
  16. Ketam
  17. Ikan Pekasam
  18. Ikan kering
  19. Ikan hiasan
  20. Ikan masin
  21. Kupang
  22. Lala
  23. Lobster
  24. Osyter ataupun Tiram
  25. Scallops
  26. Udang (Shrimp and Prawn)
  27. Siput sedut
  28. Sirip ikan yu atau Shark Fin
  29. Sotong
  30. Udang Geragau
  31. Udang kering
  32. Susu segar atau Fresh milk
  33. Telur ayam
  34. Teluru itik
  35. Telur pindang
  36. Telur puyuh
  37. Telur masin
  38. Telur penyu
  39. Yogurt
  40. Bawang putih
  41. Bawang merah
  42. Bendi
  43. Buah zaitun atau Olive
  44. Brokoli atau brocolli
  45. Bayam atau Spinach
  46. Cili segar
  47. Daun bawang
  48. Daun salad
  49. Mushroom atau cendawan
  50. Jagung
  51. Kacang botol, kacang buncis, kacang panjang, kancang kuda
  52. Kailan
  53. Kangkung
  54. Keledek
  55. Kubis bunga
  56. Labu atau pumpkin
  57. Lobak merah atau carrot
  58. Pak Choy
  59. Petai
  60. Tomato
  61. Timun atau cucumber
  62. Terung
  63. Taugeh
  64. Sengkuang
  65. Sawi atau Mustard
  66. Petola
  67. Ubi
  68. Anggur
  69. Apple
  70. Asam Jawa
  71. Avokado atau avocado
  72. Betik
  73. Blackberris
  74. Buah aprikot atau Apricot

Kategori Penggunaan Seharian

  1. Pantyliner
  2. Lampin atau Napkin atau Pampers
  3. Disposable Underwear atau seluar dalam pakai buang

Kategori Kereta dan Motor

  1. Motosikal melebihi 200 cc tetapi tidak melebihi
  2. 800 cc untuk versi CKD
  3. Motosikal melebihi 50 cc tetapi tidak melebihi
  4. 150 cc untuk versi CKD
  5. Motosikal kurang daripada 50 cc untuk versi CBU
  6. Kereta untuk versi CKD
  7. Basikal Kanak-kanak

Kategori Pakaian

Kain ihram haji dan kain ihram umrah

Kategori Bahan Bacaan

  1. Surat khabar ataupun newspaper
  2. Buku motivasi, buku resipi masakan, buku agama
  3. Buku cerita
  4. Majalah atau magazine
  5. Buku latihan
  6. buku kanak kanak
  7. buku teks sekolah rendah dan sekolah menengah
  8. buku rujukan pelajar universiti dan kolej
  9. buku rujukan
  10. buku rujukan pelancong atau tour guide book
  11. Kertas A4

P/S : Menteri Kewangan baru-baru ini mengatakan topup atau kad tambah nilai telefon bimbit dan smartphone tidak dikenakan SST. Jadi menteri kewangan telah beri amaran supaya memberikan nilai topup seperti yang dibeli dan dibayar oleh pengguna. Usah berdegil. Topup tidak disenaraikan dalam senarai barangan yang dikenakan SST.