Hibah Tabung Haji 2020 : Anda Tetap Akan Dapat dan Bagaimana Cara Kira

Hibah tabung haji 2020 : Anda Tetap Akan Dapat dan Bagaimana Cara Kira kiraan yang betul dan tepat

Jikalau sebelum ini ada cakap cakap yang mengatakan ramai yang tutup akaun tabung haji gara gara skandal demi skandal melanda tabungan orang Islam di Malaysia ini.

hibah tabung haji

Dan memang ada rekod pun trend kalangan yang tutup akaun tabung haji.

Hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Berita terkini yang mypt3 terima adalah menunjukkan tabungan yang ada di Tabung Haji telah melonjak tinggi.

Walaubagaimanapun pihak TH ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi, jumlah hibah yang diperolehi kalangan pendeposit.

Terutamanya apabila Tabung Haji yang baru sahaja dihimpit kontroversi baru baru ini.

Kepada yang risau, ini jaminan daripada pihak Tabung Haji sendiri. Walauapapun masalah yang melanda TH, kadar dividen dan hibah tetap mereka boleh umum dan bayar kepada anda semua. Cuma banyak atau sikit sahaja.

Janganlah mengharapkan dengan simpanan anda di TH boleh membuatkan tabungan anda akan melonjak dek kerana pengumuman hibah atau dividen yang tinggi setiap tahun. Jikalau tinggi, bonus untuk anda.

Anggaplah simpanan anda sebagai persediaan awal untuk mengerjakan haji pada masa yang datang. Insyaallah!

Kepada yang tidak tahu apa itu hibah ia adalah dikenali dengan apa yang dipanggil ‘hadiah‘, senang cerita hibah tabung haji adalah sama dengan dividen tabung haji. Sama sahaja. Istilah berbeza.

Cara Kiraan Hibah Tabung Haji 2020

1) Berapa purata baki tabungan anda setiap bulan anda, angka itulah yang akan dijadikan sandaran dengan dikirakan bersama kadar dividen tabung haji.

kiraan hibah th

2) Jikalau anda punya kadar baki setiap bulan rendah, rendahlah pulangan anda pada tahun ini.

Duit asyik keluar sahaja. Itu yang akan berlaku.

3) Contoh pengiraan boleh semak melalui gambar di bawah ini :

pengiraan hibah tabung haji
cara pengiraan tahun 2017 . Sumber : TH

P/S : Mypt3 jangkakan kadar hibah pada tahun hadapan akan terus meningkat, selepas Th telah berjaya distruktur aspek pengurusan kewangannya. Ini satu berita baik buat anda.

PP/S : Jangan lupa kemaskini tabung haji anda. Yang paling pentingnya adalah segala yang ada dapat baik dividen ataupun hibah tabung haji semua telah dibuat bayaran zakat. Jadi tidak perlu risau. Alhamdulillah

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...