Aliran Tingkatan 4 2020: Sains dan Sastera Dihapuskan

Aliran Tingkatan 4 2020 Sains dan Sastera Dihapuskan dan dimasuhkan sekaligus disatukan selepas ini

aliran tingkatan 4

Pastinya apabila habis ambile exam pt3 dan semakan keputusan pt3, ramai akan bertanya anda mahu ambil aliran yang mana satu? Adakah aliran sains atau aliran sastera?

Biasanya, ramai akan cop sesiapa yang ambil aliran sains adakah kalangan bijak pandai. Manakala yang ambi aliran sastera adalah ‘kelas kedua’ aka kurang bijak.

Akhirnya, ada yang ‘tiada mampu’ untuk mengambil subjek yang luar kemampuan sendiri. Sedangkan yang sepatutnya setiap aliran atau subjek yang diambil dipilih berdasarkan minat dan kemampuan masing-masing yang berbeza-beza.

Situasi inilah yang sedang diberi perhatian oleh pihak kerajaan malaysia hari ini melalui Kementerian Pendidikan Malaysia KPM yang mahukan aliran sains dan sastera dihapuskan bermula tahun 2020. Jadi tiada aliran sains dan sastera di mana pemansuhan ini bermula tahun 2020 ini. Persoalannya, bagaimana mekanisme aliran tingkaran 4 selepas ini? Teruskan membaca di bawah ini :

  1. Aliran Sains dan Sastera Dimansuhkan
  2. Kenapa Dimansuhkan

5 Fakta Aliran Tingkatan 4 2020

Butiran lengkap pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia KPM mengenai jenis aliran Tingkatan 4 2020 adalah seperti di bawah ini :

1) Tiada lagi aliran sains dan sastera 2020. Jadi Perbezaan aliran sains dan sastera tidak akan berlaku lagi selepas ini. Tiada unsur beza antara setiap aliran dikalangan pelajar dan ibu bapa serta guru

2) Pelajar Tingkatan 4 bebas pilih subjek apa yang mereka minat dan ada kebolehan

3) Jadi situasi yang mana anda minat kepada seni terpaksa belajar subjek sains tiada lagi bermula Januari 2020 kelak

4) Maksimum matapelajaran yang anda boleh ambil untuk SPm adalah 10 subjek sahaja

5) Pelajar Tingkatan 4 dan pelajar Tingkatan 5 hanya WAJIB ambil 6 subjek ini sahaja

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris (English)
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah
  6. Pendidikan islam atau Pendidikan Moral
  7. Pendidikan Jasmi dan Kesihatan

6) Selebih subjek boleh anda pilih daripada subjektif elektrik samada daripada :

  • Sains Tulen (Fizik, Kimia, Bilogi) & Matematik Tambahan
  • Bahasa
  • Pengajian Islam
  • Kemanusian & Sastera

Kenapa Aliran Sains dan Sastera Dimansuhkan

  1. Tidak mahu ada elemen dikriminasi antara 2 aliran yang berbeza-beza
  2. Memberikan peluang yang luas untuk pelajar Tingkatan 4 untuk menimba ilmu dengan apa yang diminati

P/S : Semua ini dilakukan selaras dengan dasar Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

PP/S : Harapan kami agar pelaksanaan aliran Tingkatan 4 dapat berjalan lancar seperti yang dirancang. Tidak timbul sebarang masalah di pertengahan jalan. Insyaallah

Baca Lagi 4 Info Berkaitan Di Bawah

Scroll to Top