fbpx

Akta Kerja 1955: Pembayaran Gaji & Hak Pekerja Wanita Malaysia


Semakan Akta Kerja 1955: Pembayaran Gaji & Hak Pekerja Wanita Malaysia, waktu notis berhenti kerja, cuti umum tahunan bagi tahun 2021

akta kerja 1955

Bermula sekarang, boleh dikatakan majoriti pekerja swasta dan kakitangan awam di malaysia sudah kembali ke tempat kerja dan pejabat masing-masing.

Pastinya ramai menarik nafas lega selepas lama terkurung di rumah akibat bertarung dengan virus covid 19 yang menyerang negara kita Malaysia amnya dan di seluruh dunia umumnya.

Apabila anda bekerja di pejabat anda terikat dengan peraturan dan etika yang telah pun ditetapkan oleh pihak syarikat atauoun orang atasan anda. Semua gerak geri, perilaku dan cara kerja anda dipantau terus di pejabat berbanding semasa anda di rumah.

Tetapi tahukah anda, sedarkah anda yang mereka yang di atas anda berhak berikan pelbagai arahan kepada anda selagi ia selaras dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia di bawah akta kerja 1955. Oleh itu, ada baiknya ada luang masa baca sebentar kesemua hak yang ada ke atas diri anda supaya mengalakkan diri anda ditindas atau dianiaya.

Akta Kerja 1955: 9 Fakta Penting

Penting sebenarnya untuk anda tahu dan hadam kesemua 9 hak anda seperti yang terkandung dalam akta pekerja 1955. Ini bagi mengelakkan anda terus ditindas dan diancam sewenang-wenangnya oleh majikan dan orang atas anda, disebabkan anda hanya seorang bergelar pekerja sahaja.

Majikan anda melanggar kesalahan dan diberikan HUKUMAN di bawah akta pekerja 1955 JIKA…

1) Akta Kerja 1955 Waktu Bekerja

  • Meminta anda bekerja terus 5 jam tanpa henti dan anda tidak diberikan rehat sekurang-kurangnya 30 minit lamanya.
  • Anda diarahkan dalam satu hari bekerja lebih 8 jam
  • Dalam tempoh satu minggu, anda TERPAKSA bekerja LEBIH 48 jam

2) Akta Kerja 1955 Pembayaran Gaji

  • Anda tidak menerima gaji lebih dari sebulan
  • Anda masih tidak menerima upah gaji seepas 7 hari dalam tempoh gaji sebulan anda
akta kerja 1955 pembayaran gaji

3) Akta Kerja 1955 Cuti Sakit Bergaji

Anda tidak mendapat gaji dalam tempoh cuti sakit bergaji termasuk kena kuarantin covid 19 di rumah WALAUPUN anda berhak berdasarkan tahun perkhidmatan anda seperti yang termaktub dalam Seksyen 60F, akta buruh 1955]

cuti sakit bergaji

4) Akta Kerja 1955 Notis Berhenti Kerja

Anda kena berhenti kerja tetapi tidak mendapat jumlah yang setimpal seperti contoh pengiraan faedah penamatan kerja (berhenti kerja) seperti VSS / MSS di bawah peraturan peraturan kerja yang terkandung dalam faedah penamatan dan rentikerja sementara 1980 (peraturan 3):

akta pekerja 1955 notis berhenti kerja

5) Akta Kerja 1955 Cuti Umum Tahunan

akta kerja 1955 cuti umum tahunan
  • Anda masih perlu bekerja 7 hari seminggu TANPA dibayar sebarang bayaran tambahan kepada anda
  • Anda masih perlu bekerja pada hari kelepasan am bergaji seperti yang termaktub dalam seksyen 6-D(10(a) & (b) akta kerja 1955]
  • Anda juga sedang dianiaya oleh majikan anda apabila tidak mendapat jumlah cuti tahunan yang telah ditetapkan dalam Seksyen 60E, Akta Kerja 1955
TAHUN PERKHIDMATANBILANGAN CUTI
Kurang 2 Tahun8 hari cuti
Antara 2 Tahun Hingga 5 Tahun12 hari cuti
lebih 5 Tahun16 Tahun

6) Ganti Rugi Notis

  • Mana-mana pekerja yang berkhidmat bawah 2 tahun notice yang perlu diberikan adalah 4 minggu (1 bulan); kalau tahun ke 2 hingga 5 notice dia 8 minggu (2 bulan) & kalau lebih 5 tahun notice 12 minggu (3 bulan).
  • Jika tidak ikut, bererti majikan anda MELANGGAR akta pekerja 1955
ganti rugi notis

7) Cuti Bersalin Pindaan 2019

8) Akta Kerja 1955 Pekerja Wanita

  • Anda diarah untuk bekerja disektor pertanian / perusahaan bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi
  • Anda diarahkan kerja bawah tanah bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi

9) Bayaran Kerja Lebih Masa (Overtime OT)

Apabila anda bekerja anda tidak mendapat hak gaji seperti pada jadual bawah ini:

PERKARABAYARAN
Bekerja di Hari Biasa Bekerja(1.5 ganda untuk setiap Satu jam tambahan)
Bekerja di Hari Cuti Biasa(2.0 kali ganda untuk setiap satu jam tambahan)
Bekerja di Hari Kelepasan Am(3 kali ganda untuk setiap satu jam tambahan
bekerja lebih masa

SUMBER: Kementerian Sumber Manusia (https://www.mohr.gov.my)

10. Gaji Minimum

BACA SINI: Butiran lanjut perintah gaji minimum di Malaysia

Download Akta Kerja 1955 (Akta 265) Bahasa Melayu

Jika anda tidak selesa untuk semak dan baca dalam format english version (versi bahasa Inggeris), kami kongsikan anda panduan infografik akta kerja 1955 (akta 265) dalam bahasa Melayu untuk format PDF, anda boleh download FULL terus sini, https://jtksm.mohr.gov.my

YouTube video

Soalan Lazim & FAQ Akta Buruh 1955

1. Adakah Akta Kerja 1955 ini terpakai untuk kakitangan kerajaan & penjawat awam?

TIDAK

2. Benarkah tindakan majikan apabila berhentikan saya, apabila saya tidak datang / tidak hadir bekerja untuk 2 hari berturut-turut tanpa alasan?

Ya. Dibenarkan jika anda tidak memberikan alasan munasabah.

3. Adakah boleh kena berhenti kerja jika saya ada masalah salahlaku?

Ya majikan ada hak untuk berhentikan anda seperti di bawah Seksyen 14(1), Akta Pekerja 1955

4. Majikan boleh berhentikan kerja saya dalam tempoh cuti bersalin?

Tidak dibenarkan sama sekali seperti termaktub dalam akta buruh 1955

Kami syorkan anda kongsikan dengan rakan pejabat anda, family terdekat yang turut berada dalam sektor swasta di FACEBOOK & GROUP WHATPPS / TELEGRAM mereka. Dipersilakan. Semoga lebih ramai celik dengan HAK MEREKA yang termaktub dalam akta kerja 1955.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!


3 artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2021 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia