Barang Hantaran Tunang dan Contoh Hantaran Kahwin

Cara Buat dan Senarai Barang hantaran tunang yang simple dan checklist Kahwin Yang Wajib baik utuk lelaki dan perempuan

contoh idea barang hantaran untuk tunang simple

Tahniah diucapkan kepada anda baik untuk pasangan lelaki mahupun kepada pasangan perempuan, kerana anda sudah mengambil langkah untuk membina hubungan kekeluargaan antara kedua-dua belah pihak.

Ada yang memilih untuk kahwin terus. Ada yang bertunang lama baru berkahwin. Ini borang nikah online untuk anda perolehi untuk kahwin.

Ada yang tunang beberapa bulan sahaja kemudian terus kahwin mengikut adat melayu selama ini. 

Untuk majlis pertunangan pastinya ada beberapa checklist yang perlu anda ikuti termasuklah juga senarai hantaran tunang lelaki atau perempuan tidak satu pun terlebih pandang. Sekarang pun, ramai yang memilih dan mengikut bajet tunang yang simple.

Senarai Barang Hantaran Tunang Untuk Lelaki dan Perempuan

Sireh junjung adalah termasuk dalam senarai hantaran untuk diberikan tunang yang wajib ada untuk majlis pertunangan. Jikalau tiada, boleh gantikan sahaja dengan tepak sireh

Untuk yang memilih hantaran kahwin yang wajib tetapi masih lagi bajet berpatutan anda boleh ikuti tips dan panduan yang dikongsikan di bawah ini :

  • Pastikan anda sudah menentukan terlebih dahulu berapa banyak dulang untuk bagi lelaki dan berapa dulang untuk bagi perempuan. Biasanya kalau hantaran tunang untuk perempuan, yang lelaki beri 7 dulang, belah perempuan balas dengan 9 dulang. Ataupun boleh juga idea hantaran tunang 3 balas 5 atau hantaran kahwin 5 balas 7.
  • Elakkan buat suprise. Lebih baik maklumkan atau beli bersama-sama barangan hantaran yang diingini. Ini bagi mengelakkan barangan hantaran pertunangan tidak digunakan selepas itu
  • Jangan beli barangan terlalu besar kerana ia menyebabkan gubahan hantaran menjadi lebih sukar

13 Senarai Barang Hantaran Kahwin Lelaki

Ini pula senarai idea dan list diberikan pihak lelaki melibatkan contoh barang hantaran untuk pasangan perempuan anda

BACA SINI: Bantuan kahwin B40 2024: Pasangan Baru Berkahwin

senarai barang hantaran lelaki
Contoh gubahan barang hantaran tunang terkini untuk pihak lelaki atau pihak perempuan https://www.pinterest.com/izza0601/hantaran-kahwintunang/
  1. Dulang untuk mas kahwin atau dulang duit hantaran
  2. Dulang untuk batal air sembahyang (dulang hantaran Cincin gelang atau rantai atau barang kemas yang lain)
  3. Dulang tepak sirih junjung
  4. Dulang bunga rampai
  5. Set wangian
  6. Barang tunang seperti Beg tangan
  7. Hantaran kasut
  8. Kek
  9. Buah buahan
  10. Jam tangan
  11. Telekung
  12. Set Al Quran
  13. Barangan alat solek

NOTA: Pasangan boleh sahaja pilih baju pertunangan yang simple baik perempuan mahupun lelaki dalam majlis tunang anda kelak

14 Senarai Barang Hantaran Kahwin Perempuan

Ini pula senarai barang dulang hantaran bajet untuk pihak perempuan, set hantaran dari bakal pasangan lelaki anda

contoh barang hantaran perkahwinan

  1. Kemeja ataupun baju melayu atau kedua-duanya sekali
  2. Kain Pelikat
  3. Dompet dan juga tali pinggang
  4. Kasut
  5. Set Minyak Wangi
  6. Satu Naskah Al Quran
  7. Buah buahan
  8. Gajet seperti smartphone ataupun tablet
  9. Jam Tangan
  10. Tuala
  11. Bunga Rampai
  12. Coklat
  13. Kek
  14. Set sejadah

Soalan Lazim & FAQ

1. Apakah sirih junjung termasuk dalam hantaran

Ya, betul

2. Beza hantaran tunang dan nikah

Apa yang diberi untuk hantaran untuk pertunangan adalah untuk persiapan nikah, manakala hantaran kahwin dibawa dan diberi selepas berjaya bernikah dan wajib ada mas kahwin dan barang kemas batal air sembahyang

3. Berapa dulang hantaran kahwin

Yang penting kedua-dua pihak memberikan jumlah dulang dalam bilangan ganjil dan bilangan pemberikan oleh pihak perempuan lebih banyak bilangan dulangan berbanding pasangan lelaki

P/S : Hari ini, tutorial cara buat hadiah orang sebelah ada banyak.

PP/S: Nasihat kami berpadalah dalam menyediakan bajet hantaran perkahwinan. Ukur baju di badan sendiri

PPP/S : Semua orang boleh deko dan buat sendiri untuk idea gubahan hantaran pertunangan yang simple tapi masih meriah. Tepuk dada tanya selera dan bajet serta perancangan pertunangan dan majlis perkahwinan anda dengan pasangan

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia