Accounting Software Malaysia: Free vs Price List


Best Accounting Software Malaysia: Free vs Price List (2023)

best accounting software malaysia

Teknologi yang semakin canggih mewujudkan pelbagai perisian yang dapat memudahkan pekerjaan dalam semua bidang termasuklah bidang perakaunan. Ianya diwujudkan untuk melahirkan hasil kerja yang berkualiti. Antaranya termasuklah perisian perakaunan.

Perisian perakaunan (Accounting Software) merupakan perisian yang digunakan bagi tujuan perakaunan. Ia digunakan secara khusus bagi urusan harian oleh akauntan melibatkan hal-hal perakaunan syarikat atau individu.

Data yang direkodkan di dalam perisian ini adalah termasuklah data pembelian, penjualan, pembayaran gaji, laporan dan data-data lain yang berhubung dengan laporan perakaunan.

Banyak perisian atau program yang diwujudkan untuk kegunaan para akauntan. Ianya diwujudkan bertujuan untuk menghasilkan laporan akaun yang sistematik dan teratur serta meningkatkan produktiviti pekerjaan dalam bidang ini.

Senarai Accounting Software Malaysia 2023

Berikut merupakan senarai accounting software yang ditawarkan oleh para akauntan dengan kadar harga dan ciri-ciri yang berbeza;

1. Info Ringkas Patriot & Harga

Patriot merupakan salah satu perisian perakaunan (accounting software) yang dihasilkan untuk menguruskan transaksi kewangan harian termasuklah urusan sumber manusia (HR) dan urusan penggajian.

Ianya bertujuan untuk membantu menyelaraskan proses yang berbeza berkaitan dengan pengurusan pembayaran gaji dan penyerahan cukai. 

Selain itu, program ini juga berfungsi dalam mengekalkan rekod gaji, mencetak cek, mendeposit deposit terus ke akaun bank, menjana laporan gaji dan menyerahkan cukai menerusi software ini.

Secara tidak langsung, ia dapat memudahkan urusan para akauntan dan pentadbir sumber manusia. Ianya juga direka sesuai untuk perniagaan kecil dengan bilangan 1-100 pekerja tanpa mengira industri termasuklah peruncitan, perniagaan kecil, perkhidmatan dan banyak lagi.

patriot accounting
  • Harga langganan perisian ini adalah $20 sebulan dengan tawaran 30 hari secara percuma.
  • Pengguna boleh melayari laman sesawang https://www.patriotsoftware.com untuk melanggan dan menggunakan perisian ini.

2. Info Ringkas Freshbooks

Freshbooks ialah accounting software yang menguruskan transaksi kewangan harian yang mudah dan didatangkan dengan ciri-ciri yang lengkap kepada pengguna.

Freshbooks juga berupaya menguruskan invois dan ianya sangat sesuai bagi kegunaan pekerja bebas, kontraktor bebas dan profesional yang bekerja sendiri.

Platform ini kaya dengan ciri penghasilan invois yang dan penerimaan bayaran yang lengkap dan mudah dengan hanya satu klik di platformnya. 

freshbooks accounting
  • Perisian perakaunan di Freshbooks boleh dilanggan menerusi portal https://www.freshbooks.com dengan harga langganan sebanyak $25-$50 sebulan bergantung pada pakej yang dilanggan.

3. Info Ringkas YNAB Accounting

Perisian YNAB (You Need A Budget) merupakan perisian perakaunan yang menguruskan kewangan syarikat atau individu secara teratur.

Pendekatan proaktif digunakan dalam penganggaran. Pengguna boleh menyesuaikan data yang ada mengikut keperluan pengguna. Ianya boleh dilakukan secara manual.

Pengguna boleh menjana laporan perakaunan bagi memudahkan para pengguna mengetahui nilai aliran duit  masuk dan keluar serta hutang piutang. Walaubagaimanapun, ianya agak rumit bagi pengguna baru.

ynab accounting
  • Harga langganannya bermula dengan harga $14.99 sebulan. 

4. Info Ringkas Zoho Books

Zoho books merupakan sistem kewangan yang ditubuhkan pada 1996 bertujuan menguruskan sistem sumber manusia serta sistem kewangan organisasi.

Ia merupakan sistem perakaunan yang bermutu tinggi. Ianya juga sesuai untuk semua lapisan pengguna.

Pengiraan menerusi perisian ini adalah secara automatic di mana figur yang dimasukkan dan dijana adalah telus. 

Banyak fungsi yang ditawarkan menerusi sistem Zoho Books ini termasuklah merekodkan transaksi kewangan, mengendali rekod inventori dengan cekap, menguruskan pembayaran secara atas talian, menguruskan pengiraan cukai, menguruskan invois dan banyak lagi.

Segalanya boleh direkodkan di dalam satu platform sahaja. Secara tidak langsung, ianya dapat memudahkan dan meningkatkan produktiviti sistem kewangan syarikat atau organisasi.

zoho books accounting
  • Harga langganan bagi Zoho Books adalah $59 di mana agak mahal berbanding yang lain.
  • Walaubagaimanapun, Zoho Books juga menawarkan penggunaan secara percuma selagi mana ianya memenuhi kriteria penggunaan secara percuma.

5. Info Ringkas Quickbooks

Perisian Quickbooks yang boleh dilanggan menerusi laman sesawang https://quickbooks.intuit.com diwujudkan berfungsi dalam menguruskan sistem kewangan secara manual.

Pengguna boleh menjejaki aliran tunai, menyesuaikan invois, menjalankan laporan kewangan, memudahkan pengurusan inventori dan banyak lagi di dalam satu sistem sahaja.

Perisian ini boleh diakses dengan mudah menerusi peranti pengguna.

Ianya sangat mudah dan cekap untuk digunakan. Ianya sesuai untuk digunakan bagi perniagaan daripada pelbagai industri.

quickbooks accounting
  • Ianya boleh dilanggan dengan harga serendah RM30 sebulan dengan 30 hari penggunaan secara percuma.
  • Perisian ini banyak digunakan oleh kebanyakkan industri perniagaan kerana kos langganannya yang murah dan ringkas dari segi penggunaannya. 

6. Info Ringkas Accounting Seed

Accounting Seed merupakan salah satu perisian perakaunan yang menyediakan perician seperti menjejaki data kewangan secara keseluruhannya bermula daripada pemasaran, pelaksanaan projek, jualan produk, perakaunan pejabat sehinggalah kepada penghasilan penyata kewangan yang lengkap. Ianya boleh dilakukan di dalam satu platform sahaja. 

Perisian ini sesuai untuk digunakan oleh semua kapisiti syarikat termasuklah perniagaan kecil sehingga syarikat gergasi.

accounting seed
  • Harga langganan bulanan adalah bergantung pada jenis penggunaan yang digunakan di dalam platform tersebut.

7. Zipbooks Accounting

Zipbooks, perisian perakaunan yang ringkas sesuai bagi pemilik perniagaan kecil. Ia merupakan perisian atas talian yang mudah digunakan oleh semua individu.

Ia memenuhi semua keperluan perakaunan dan simpan kira pekerja bebas, perunding, kontraktor dan pemilik tunggal.

Perisian ini diwujudkan untuk menguruskan invois, laporan kewangan, penjejakan masa dan pengurusan pelanggan dan vendor.

Banyak lagi ciri-ciri lain yang ditawarkan menerusi Zipbooks ini.

zipbooks accounting
  • Harga langganan adalah bermula dengan harga $15 sebulan dengan ciri-ciri yang terhad.

Kelebihan Syarikat Malaysia Guna Online Accounting Software

Dengan penggunaan teknologi yang semakin maju, perisian-perisian sebegini sangat penting untuk kegunaan individu dan organisasi.

Secara tidak langsung, banyak manfaat yang boleh diperolehi menerusi perisian perakaunan ini. Dengan adanya perisian perakaunan ini, produktiviti sesebuah syarikat atau organisasi pada bahagian kewangan akan meningkat.

Ini kerana dengan hanya menerusi satu platform, segala informasi melibatkan transaksi kewangan syarikat boleh didapati dengan mudah dengan hanya satu klik sahaja.

Seterusnya, perisian perakaunan ini juga akan memudahkan kerja para akauntan dalam menguruskan kewangan individu dan syarikat.

Sebagai contoh, pengurusan penggajian pekerja. Ianya boleh dilakukan menerusi perisian ini dengan mudah serta dapat direkodkan untuk tujuan masa hadapan. 

Tambahan pula, segala data yang dimasukkan ke dalam sistem perisian ini akan disimpan dengan selamat.

Ia akan memudahkan pengguna untuk menjejaki rekod yang lama jika berlaku apa-apa masalah berkenaan dengan kewangan individu atau syarikat.

Tuntasnya, segala proses transaksi kewangan akan berlaku dengan lancar dan efektif. Ini akan menunjukkan aliran kerja yang cekap oleh sesebuah syarikat atau individu.

Kelemahan Pakai Accounting Software Online

Perisian perakaunan ternyata memberi banyak kelebihan kepada pengguna terutamanya peniaga yang menguruskan aliran tunai dalam kehidupan seharian mereka.

Walaubagaimanapun, perisian ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri.

  • Antara kelemahan dalam menggunakan perisian ini adalah bila figur yang dimasukkan mempunyai kesalahan. Ia akan memberi kesan dan impak negatif kepada laporan kewangan peniaga.
  • Bukan itu sahaja, langganan perisian ini juga agak mahal jika dibandingkan dengan melakukan pengiraan transaksi kewangan secara manual.
  • Bagi pemilik peniagaan kecil dan individu, ianya agak tidak berbaloi untuk memiliki perisian sebegini walaupun ianya dapat memudahkan urusan pengguna.
  • Bagi penggunaan transaksi kewangan yang ringkas, pengguna boleh menggunakan Excel atau Spreadsheet.

Accounting Software Sesuai Untuk Small Business & SME Company

Laporan kewangan yang sistematik dan lengkap dihasilkan oleh perisian perakaunan yang canggih.

Ia mestilah didasarkan dengan cara-cara penggunaan yang betul, antara termasuklah;

  1. Langgan perisian perakaunan mengikut keperluan pengguna.
  2. Rekodkan semua butiran kewangan syarikat dengan lengkap di dalam perisian tersebut. 
  3. Masukkan figur ke dalam perisian perakaunan dengan betul.
  4. Menjana laporan, invois, resit dan banyak lagi menerusi sistem tersebut.

Malaysia Accounting Software Paling Murah Harga Bayaran Bulanan

Quickbooks merupakan antara salah satu perisian perakaunan yang paling murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Bahkan ianya sesuai untuk pengguna pemilik peniagaan kecil kerana ciri-ciri yang ditawarkan berbaloi dengan harga langganan bulanan. 

Accounting Software Yang Offer Free Trial

Kebanyakkan perisian perakaunan ini menawarkan tempoh penggunaan secara percuma selama 30 hari.

Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna berkenaan ciri-ciri yang ditawarkan.

Pengguna boleh cuba menggunakan perisian tersebut pada tempoh percubaan tersebut untuk memastikan ianya memenuhi keperluan pengguna.

Jika ianya memenuhi keperluan pengguna, maka pengguna boleh melanggannya secara berbayar. 

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia